Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

Kerana Tidak Belikan Motosikal Untuk Suami - Isteri Di Bunuh

Imej
  Lantaran malu sesama tetangga dan rakan-rakan kerana tidak memiliki motosikal dan permintaan untuk membeli kenderaan 2 roda tersebut tidak dipenuhi oleh isteri, Si Suami bertindak bunuh isteri.  Dengan menggunakan kabel eletrik, KO 33 tahun menjadi seorang pembunuh dengan menjerut leher isterinya Amelina Efriyanti 31 tahun.  Menurut lapopran Tribun News, tragedi kejam itu berlaku di Rejang Lebong, Bengkulu Indonesia.  HK difahamkan pasangan bekenaan pada awalnya bergaduh di rumah. Si Suami berang kerana permintaannya selama 2 bulan untuk memiliki sebuah motosikal tidak dilayan oleh mangsa.  HK mendapat info, suspek juga suka berhutang. Suspek dikatakan berhutang sebanyak 500,000 rupiah (RM150), Tetapi jumlah wang yang ditagih kepada isterinya sebanyak 25 Juta Rupiah(RM752) bagi realisasikan hajatnya unruk membeli sebuah motosikal.  Dua permintaan suspek ditolak oleh mangsa dengan keras hingga mengeruhkan suasana rumahtangga yang mengundang pergaduhan dan berakhir dengan kematian keja

Kerbau Terbesar RM21,000 Buat Korban Aidil Adha Tahun Ini

Imej
  Hariankabar(HK) difahamkan ianya merupakan ternakan paling mahal dan besar bakal jadi korban Raya Haji tahun ini.  Kerbau berusia 3 tahun ini dimiliki oleh W Mohd Rizuan W Zamri seorang anak peneroka Felda di Felda Jerangau,Ajil,Terengganu.  W Mohd Rizuan yang lebih mesra dipanggil Along berkata, beliau menamakan kerbau jantan kesayangannya 'Pi' . Selama tiga tahun 'Pi' di bela oleh Along.  Pi dibeli oleh Along sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berkuatkuasa. Ketika itu Pi baru berusia 10 bulan dan saya membeli dengan harga RM5,500,ujar Along.  Hasil penjagaan yang rapi dengan memberi vitamin dan makanan yang bersesuaian, berat Pi telah mencecah 1,095 Kg.  Pi seekor kerbau yang terlalu besar dan tinggi jika dibandingkan dengan kerbau biasa. Banyak tawaran dengan harga yang boleh dikatakan lumayan untuk membeli Pi sebelum ini,namun di tolak oleh Along.  Along sebelumnya begitu sayang pada Pi dan menjangkakan kerbau berkenaan boleh membesar lagi jika dijaga dengan

Tayar Termahal Di Dunia - RM 2.4 Juta

Imej
  Inilah Tayar Termahal Di Dunia RM2.4 Juta Terpahat nama Z Tyre dalam Guiness Books Of World Record sebagai pengeluar tayar termahal dalam dunia. Z Tyres adalah sebuah syarikat pengeluar tayar yang berpengkalan di Dubai.  Terhasilnya satu set tayar oleh Syarikat Z Tyres dan berjaya menarik pembeli dengan harga yang mustahil untuk didengar dan terkejut bila difikirkan.   Dalam acara lelongan satu set tayar yang dikeluarkan oleh Z Tyres telah meraih harga tertinggi iaitu USD600,000 (RM2,4 juta).  Apa rahsia tayar ini sehingga sedemikian harganya?  HarianKabar(HK) difahamkan, Z Tyres telah menjalinkan kerjasama dengan pakar dari Itali. Pakar ini adalah merupakan grup yang diamanahkan membuat perhiasan istana DiRaja Abu Dhabi.  Pengiktirafan dari Guiness Books Of World Record di berikan kepada Z Tyres Kepakaran mereka tidak dinafikan serta tahu menilai selera pelanggan golongan Ultra Kaya. Grup Pakar berkenaan mengambil masa yang singkat serta cukup mudah bagi merelisasikan impian Z Tyres

350D Skuter Maxi Keluaran Zontes

Imej
  Model yang keterampilannya Sporty dengan Gaya tersendiri adalah skuter maxi yang terkini di pasaran negara China.  Zontes baru-baru ini telah melancarkan model ini. Secara tidak langsung jelas menunjukkan Zontes semakin matang dalam memenuhi citarasa peminat skuter .  Pasaran skuter cukup memberangsangkan dan dikatakan mampu bersaing dengan versi pelbagai model motosikal yang ada di pasaran sekarang.  Jenama Zontes sememangnya tidak asing bagi peminat dua roda di negara kita. Pelbagai versi keluaran Zontes terlihat menjalar di jalanraya negara kita .  Ini petanda peminat dua roda negara kita menerima kemunculan jenama Zontes.  Walaupun Skuter Zontes 350D 2022 dilancarkan bagi pasaran negara China, namun berita ini pastinya menjadi satu tanda soal buat peminat skuter di Malaysia. Soalan lazim yang kita pasti dengar, bila model tersebut akan dibawa masuk ke Malaysia?  Bagi memuaskan hati pembaca HarianKabar(HK) penulis akan mencoretkan serba sedikit info tentang Skuter Zontes 350D.  In

Misi Tanam Ganja Di Thailand - 1 Juta Anak Benih Diberi Percuma

Imej
  'MISI MINAT MENANAM GANJA KEPADA ORANG AWAM' itu visi kerajaan Thailand setelah mengedar 1 juta anak benih pokok 'Ganja' kepada rakyaat.  Pengedaran anak benih Ganja secara besar-besaran secara percuma kepada rakyaat telah dilakukan oleh kerajaan Thailand baru-baru ini.  Pengedaran itu dijangka berterusan selama enam bulan.  Tindakan berkenaan diambil setelah kerajaan Thailand meluluskan serta menghalalkan tanaman dan pemilikan Ganja di negara Gajah Putih tersebut.  Sehari selepas pengumuman kelulusan berkenaan, sebanyak 1,000 anak benih Ganja percuma di berikan kepada pengunjung di Buriram yang berlangsung selama 3 hari bagi meraikan pembaharuan dasar.  Thailand menjadi negara Asia Pertama 'menghalalkan' penanaman Ganja. Dengan alasan tanaman ganja akan dikomersilkan serta memacu industri pelancongan.  Dasar baharu berkenaan dijangka membantu orang ramai meningkatkan pendapatan baik kepada sektor kecil mahupun indsutri pelancongan.  Menurut Menteri Kesihatan

15 Rakyaat Malaysia Terlibat Kemalangan Di Mudzalifah Bukan Jemaah Haji

Imej
  Tularnya berita kemalangan melibatkan 15 rakyaat Malaysia di Mudzalifah telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persoalan memandangkan sekarang ini Musim haji.  Insiden bas terbabas yang membabitkan 15 rakyaat Malaysia di Mudzalifah sebenarnya tidak melibatkan jemaah Haji.  Perkara berkenaan telah disahkan oleh Kementerian Luar Negeri. Hariankabar(HK) dimaklumkan mangsa yang terbabit adalah pekerja sebuah syarikat pembinaan.  Kementerian Luar Negeri - Putrajaya 15 orang mangsa kemalangan tersebut merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah. HK difahamkan dua mangsa kemalangan berkenaan mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk.  Bangunan Konsulat Jeneral Malaysia Di Jeddah Sementara selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Pihak berkuasa Arab Saudi telah menjalankan siasatan lanjut insiden berkenaan.   Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, Konsula

Tertekan Pedal Minyak - Exora Langgar Kaunter Stesen Minyak

Imej
  Disangka tekan pedal brek,rupa-rupanya tersilap tekan pedal minyak.Penyudahnya terus langgar kaunter stesen minyak .  Demikian trgedi yang berlaku di sebuah stesen minyak Shell di Jalan Sin On,Tawau baru-baru ini.  Menurut Ketua Polis Daerah Tawau,Asisten Komisioner  Jasmin Hussin, siasatan mendapati kenderaan Exora berkenaan dipandu oleh seorang wanita berusia 54 tahun.  Punca kejadian ialah setelah mengisi minyak, pemandu berkenaan terus menghidupkan enjin dan telah menekan pedal minyak yang disangkanya pedal brek.  Menurut Jasmin,perempuan berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Ranggu menuju ke Kampung Muhibbah BAL sebelum singgah untuk mengisi minyak di stesen tersebut. Kealpaan pemandu Exora berkenaan mengakibatkan kenderaan meluncur dan merempuh dinding kaunter pembayaran stesen minyak berkenaan. Akibat rempuhan tersebut, dinding kaunter pembayaran stesen minyak berkenaan rosak dan retak manakala wanita terbabit mengalami kecederaan di kaki.  Sementara pemandu Exora tidak meng

Gementar Punya Pasal, Tersasul Sebut Mas Kawin

Imej
  Gemuruh merupakan satu fenomena yang tidak disengajakan,malah datang tiba-tiba di waktu situasi tegang atau stress yang melampau.  Pelbagai jenis gemuruh singgah tanpa mengira usia dan keturunan malah cukup sukar untuk mengatasinya.  Berkemungkinan memakan masa bagi menghilangkan gemuruh atau gementar tersebut. Apatah lagi disaat untuk menjadi Raja Sehari.  Situasi yang cukup mendebarkan bagi seorang lelaki bila berdepan dengan Tok Kadi dengan dikelilingi sanak saudara kedua belah pihak. Bermacam kisah yang kita dengar.  Ada yang tersalah sebut nama,ada yang membisu seribu bahasa dan ada yang terpaksa berulang kali melafazkan Akad Nikah namun masih gagal dalam misi menjadi Raja Sehari.  Demikian hebatnya gemuruh atau gementar yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki yang bakal bergelar Suami. Kisah yang tular di video TikTok baru-baru ini agak berbeza.  Seorang pengantin lelaki dalam keadaan gemuruh serta terlalu gementar ketika menghadap Tok Kadi telah tersasul menyebut nilai mas k

Karaoke Bagi Hilangkan Stress Kesesakan Jalanraya - Steady Uncle

Imej
  T rafik jem atau kesesakan jalanraya khususnya dalam perjalanan balik selepas seharian kepenatan bekerja adalah situasi yang paling menyeksakan bagi setiap pemandu.  Apatah lagi lokasi tempat kerja di kota besar yang menyajikan kesesakan lalulintas sewaktu datang dan balik kerja. 'Stress' tanpa diundang itu rutin. HK terpegun bila melihatkan video yang tular bagaimana seorang 'Uncle' dengan cara tersendiri menghilangkan stress sewaktu terperangkap dalam kesesakan jalanraya.  Beliau yang memandu seorang diri kelihatan sedang memegang mikrofon dengan gaya tersendiri sambil mengalunkan lagu.  Dengan tingkap kereta terbuka, Uncle berkenaan menyanyi tanpa memperdulikan pengguna jalanraya yang lain. Aksi Uncle tersebut sempat dirakam oleh penumpang kereta bersebelahan.  Apa yang jelas didalam video ini, Uncle berkenaan tidak mensia-siakan waktu terluang dan mempunyai tatacara tersendiri bagi hilangkan stress.  Tindakan Uncle tersebut juga tidak menggangu pengguna jalanraya

Laman Facebook Kawasaki Malaysia Sudah Ada - EMOS

Imej
  Harian kabar(HK) sempat menjengah laman Facebook rasmi Modenas dan terbaca satu pengumuman yang menarik.  Berita terkini, Kawasaki Malaysia telah mempunyai laman Facebook rasmi. Satu berita yang menarik dan mungkin ditunggu-tunggu oleh pemilik dan peminat Kawasaki.  HK menerjah ke laman Facebook bekenaan dan mendapati tidak banyak maklumat yang tecoret. Laman facebook yang masih segar pasti memerlukan sedikit masa untuk penyaluran maklumat terkini .  Sedikit info, EMOS (Edaran Modenas Sdn Bhd) merupakan pengedar Ekslusif model-model keluaran kawasaki.  HK difahamkan,EMOS bertanggungjawab dalam memperkenalkan produk terkini kawasaki dengan enjin dibawah 700cc bagi pasaran di negara kita.  Harga yang dijangkakan adalah mampu milik. Sudah pasti bagi harga yang rendah pemasangannya akan dilakukan di dalam negara serta dijenamakan semula oleh Modenas.  Namun sehingga kini belum mendapat sebarang pencerahan tentang isu penjenamaan semula atau mungkin Modenas akan kekalkan keaslian jenama.

Roti Canai Salah Landing - Tauke Bayar Pampasan

Imej
  Kepakaran membuat roti canai bukan dimiliki oleh semua orang,apatah lagi roti canai yang dihasilkan sememangnya sedap serta mendapat kepujian pelanggan.  Tular video di mana seorang pemuda pemilik roti canai berjaya mempromosikan 'Roti Canai Terbang' dengan memikat pelanggan sambil dibantu oleh pekerjanya.  Roti Canai 'Terbang' tersebut cukup terkenal. Kelihatan dalam video berkenaan pelanggan bersorak sewaktu mereka beraksi melambung roti canai tersebut.  Dapat dilihat 'Roti Canai' tersebut melambung ke sana ke mari sambil mendapat tepukan pelanggan yang menunggu giliran masing-masing untuk menikmati roti canai berkenaan.  Kita merancang,Tuhan yang menentukan. Towkey roti canai berkenaan bernasib malang apabila roti canai yang dilambung kepada pekerjanya tersasar dari jangkaan.  Roti Canai yang dilambungkan kepada pekerjanya telah tersasar dan terus mendarat ke muka salah seorang pelanggan.  Namun pelanggan tersebut seorang yang cukup sporting dan sabar. Tiad

Glove Model GP PLUS Di Tarik Balik Dari Pasaran - Alpinestars

Imej
  Sarung Tangan model GP PLUS keluaran Alpinestars telah diarahkan untuk ditarik balik dari pasaran.  Kesatuan Eropah dalam penerbitan terbarunya yang turut dilaporkan oleh Federation Of European Motorcyclist Association (FEMA) telah mengesahkan Sarung Tangan Model GP PLUS boleh menyebabkan 'KANSER'.  Penarikan balik terpaksa dibuat setelah didapati terdapat bahan jenis 'CHROMIUM VI' dikesan yang boleh menyebabkan Kanser.  Bahan berkenaan akan menyebabkan tindakbalas alergi kepada penggunanya dan seterusnya Kanser.  Mengikut kajian Chromium VI pada Sarung Tangan GP PLUS,sekiranya terkena permukaan kulit pengguna boleh menyebabkan 'Dermatitis' dan 'Ulser'  pada kulit sekiranya tidak dirawat.  Chromium adalah sebatian yang terkenal kerana ketahanan serta mampu tangani isu hakisan. Chromium juga selalu digunakan bagi menahan besi dari berkarat.  Difahamkan Chromium VI adalah bahan toksik dan sekiranya memasuki badan bakal merosakkan buah pinggang dan hati