Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

1 Januari 2023 Whatsapp Hentikan Perkhidmatan Di Telefon Pintar - Lihat Senarai

Imej
  P erkhidmatan Whatsapp secara automatik akan dihentikan di beberapa jenama telefon bermula 1 Januari 2023. Perkhidmatan yang paling popular dan cepat, Whatsapp tidak akan aktif pada jutaan telefon pintar versi lama bermula tahun depan.  Sumber dari Daily Mail memaklumkan,pemilik telefon pintar model iPhone dan Android yang lama tidak lagi akan berpeluang selepas 31 Disember 2022 menggunakan perkhidmatan Whatsapp tanpa mendapat kemaskini.  Sebanyak 49 jenama telefon tersenarai termasuk iPhone 5 atau 5c serta beberapa model Huawei, Samsung dan LG.  Pengguna atau pemilik telefon yang tersenarai akan menerima amaran dari Whatsapp sebelum perkhidmatan berkenaan terhenti. Tidak mempunyai kemas kini keselamatan atau kemungkinan tidak mempunyai fungsi yang diperlukan untuk mengaktifkan perkhidmatan Whatsapp. Itu penyebab sistem pesanan Whatsapp dihentikan dari telefon anda. Pemilik atau pengguna telefon pintar iPhone atau peranti lain boleh mengemaskini sistem pengendalian dengan memasuki &#

Covid - 19 Semakin Mengganas Di China - Adakah Malaysia Akan Terkesan?

Imej
  N ampaknya ancaman Covid - 19   belum lagi reda . Terkini rakyaat di negeri China seakan terdesak meninggalkan lokasi mereka akibat Covid - 19 semakin menjadi-jadi.  Carian dan tempahan penerbangan keluar negara melonjak semenjak kerajaan China mengumumkan untuk membuka semula sempadan nya bermula awal tahun 2023.  Larangan penutupan sempadan sebelumnya berkuatkuasa semenjak 3 tahun lepas lantaran wabak Covid -19. Menurut sumber, negara Jepun menjadi sasaran utama rakyaat China.  Thailand,Malaysia,Amerika Syarikat,Australia,Macau,United Kingdom dan Hong Kong termasuk dalam senarai negara yang bakal dikunjungi oleh rakyaat China.  Perkembangan ini merupakan suatu isu yang mengusarkan.Langkah pemantauan dan pencegahan perlu dilakukan demi mengekang penyebaran virus Corona berkemungkinan dibawa oleh pelancong dari negara Tembok Besar.  Dikabarkan beberapa negara telah mengiatkan beberapa garis panduan bagi rakyaat China untuk memasuki negara mereka.  Diharapkan Kerajaan Malaysia mengena

Denda 10k Atau Berdepan Hukuman Penjara Bagi Kesalahan Modifikasi Enjin Dan Paip Ekzos Motosikal

Imej
  B erfikirlah terlebih dulu sebelum modifikasi enjin dan mengubahsuai paip ekzos motosikal anda. Denda dan hukuman yang menanti teramat berat tidak lama lagi.  Terkini  Akta Pengangkutan Jalan 1987 bakal dipinda dalam meningkatkan hukuman kesalahan pengubahsuaian enjin motosikal dan paip ekzos.   Denda sekarang ini adalah RM300 akan ditingkatkan kepada RM 10,000. Pesalah juga dibawah akta baharu yang bakal dilaksanakan akan berdepan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah di mahkamah. Menurut Ketua Setausaha Kementerian Pengangkutan, pindaan yang dicadangkan dalam peringkat awal merupakan penglibatan dan rundingan dengan pihak yang berkepentingan. Denda itu perlu dinaikan,kerana mutakhir ni remaja yang bermotosikal secara terang-terangan melanggar undang-undang dan berminat menyertai perlumbaan haram,jelas Datuk Isham Ishak. Bukan setakat penunggang motosikal sahaja yang bakal berdepan dengan denda dan hukuman yang bakal dilaksanakan nanti,malah ianya juga membabitkan Ibubapa. I

Menguji Sistem Amaran Perlanggaran -MIROS Mencari Penunggang Yang Berminat

Imej
  P eluang terbuka buat mereka yang berminat untuk menguji Sistem Amaran Pelanggaran Motosikal (MCAS).  Institiut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia(MIROS) bersama PLUS sedang mengkaji keberkesanan Sistem Amaran Pelanggaran Motosikal bagi pengguna motosikal di negara kita.  Orang awam yang berminat boleh mengisi borang saringan awal dengan menekan :-   LINK DIBAWAH . https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfyw2jRHdvYQF52HEyDs4MgUcVRgWXiG6x8Bytjs9Y0ld8uiA/viewform Peserta telebih dahulu mesti menjawab soalan bagi mencapai kriteria sebelum terpilih. Menurut info yang dikongsi MIROS mencari penunggang motosikal yang bergerak ulang alik ke tempat kerja dari rumah di sekitar Lembah Kelang,P,Pinang dan Kedah. Sistem tersebut telah mula diguna pakai pada Ducati Multistrada V4 dan KTM 1290 Super Adventure.  Menurut MIROS Sistem yang dibangunkan bersama PLUS itu jauh lebih murah dan kos yang rendah serta mudah jika dipasang pada motosikal kapcai. www.facebook.com/watch/?v=1165088160

Perodua AXIA Terbakar Selepas Dirempuh BMW

Imej
  S udahlah langgar lampu isyarat warna merah, kena rempuh dan terus terbakar,demikian nasib sebuah Perodua Axia.  Kejadian kemalangan yang membabitkan sebuah Perodua Axia dan BMW 320i telah berlaku di simpang empat lampu isyarat, jalan sungai ujong berhampiran bangunan Palm Mall.  Insiden berlaku apabila sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki dari arah Petron sungai Ujong menuju ke arah Time Hotel,Seremban.  Setibanya dilokasi,pemandu Perodua Axia telah melanggar isyarat lampu merah dari arahnya dan terus membelok ke kanan untuk masuk simpang.  Datang sebuah kereta BMW320i yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan  tidak sempat mengelak terus melanggar Perodua Axia tersebut.  Akibat rempuhan yang kuat dari kereta BMW320i menyebabkan Perodua Axia tersebut berpusing lalu terbabas serta terus menaiki tembok tengah pembahagi jalan dan melanggar tiang lampu isyarat.  Kesannya Perodua Axia tersebut terbakar keseluruhannya. Kedua pemandu kenderaan terbabit tidak

Tanah Runtuh Di Tapak Perkhemahan Batang Kali 69 Dikhuatiri Tertimbus

Imej
  K ira-kira 69 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang kali pada awal pagi Jumaat.  Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor telah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi.  Kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran 'Father Organic Farm' dan dipercayai menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan. Dianggarkan seramai 100 orang berada di tapak perkhemahan berkenaan berkemungkinan menjadi mangsa tanah runtuh.  Hariankabar(HK) dimaklumkan keluasan runtuhan dianggarkan satu ekar dan dikabarkan ketinggian runtuhan adalah 30 meter.  Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(Selangor), Dato Norazam Kamis, 31 mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat setakat jam 5.30 pagi.  Pasukan Khas Operasi,Taktikal dan Penyelamat Malaysia(STORM) turut terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.  Selain itu Pasukan unit K9 dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat  (BBP) Sen

UlangTahun Ke 10 SIBU INTERNATIONAL BIKE WEEK Bergaya,Berdisplin dan Berprinsip

Imej
  S ibu International Bike Week melabuhkan tirai 2022 acara permotoran di Bumi Sarawak dengan penuh 'Bergaya','Berdisplin' dan 'Berprinsip.'   Menyingkap sejarah, bermulanya Sibu International Bike Week bermula dengan keinginan mengumpulkan teman-teman permotoran.  Tahun 2011,maka tersingkaplah lembaran baru di bumi Sibu. Perhimpunan motosikal secara sederhana tetapi meriah. Razak Penganjur Acara Impak positif dari rakan-rakan sama minat yang hadir menaikkan semangat Razak dan Isteri,Siti Khatijah untuk teruskan apa yang di cetus. Tiada erti letih, sekali melangkah maka tidak mudah untuk undur ke belakang. Terbukti iltizam pasangan berkenaan membuka mata kerajaan negeri serta penduduk setempat.  Peniaga tempatan turut merasai limpahan rezeki ekoran penganjuran berprestij tersebut. Namun lain pula dipihak pelancongan. Kejutkan anjakan paradigma berlaku. Acara 1st Sibu Bike Week mencelikkan mata pemilik motosikal dari luar dan menarik perhatian mereka untuk berkun