Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

Bila Modenas Ninja 250 Masuk Malaysia - Jadi Ke Tidak?

Imej
Gembar -gembur Ninja 250 nak masuk ke Malaysia kalau tak silap dari tahun 2020 lagi sewaktu Covid mula menyerang negara kita  , tapi hingga ke hari ini  al-kisahnya pun tidak kedengaran. Apa cerita?  Suku Kedua 2022 sudah hampir dekat nampaknya jalinan kerjasama Edaran Modenas Sdn Bhd(EMOS) dengan Kawasaki Heavy Industries(KHI) belum kelihatan dimata peminat dua roda negara kita.  Jalinan termeterai setelah KHI meningkatkan saham ekuiti dari 19 peratus kepada 30 peratus pada tahun 2019 dalam Modenas.  Roslan Roskan,Ketua Pegawai Eksekutif Modenas (CEO) pada oktober 2021 ada menyatakan Modenas akan kembali rancakkan kerjasama dengan KHI pada tahun ini.  Ninja 250 Beliau juga menerangkan Modenas Ninja 250 akan dilancarkan pada hujung suku pertama 2022. Namun semakin hampir dengan suku kedua kelibat Ninja 250 apatah lagi kabar berita masih sepi.  Versys 650 Model 2022 Info atau desas desus sebelum nya diperkatakan Modenas akan menjenamakan semula beberapa model Kawasaki iaitu bermula dari

CFMoto 1250 TR-G Terjah Pasaran Eropah

Imej
  Diawal pengeluaran model ini hanya khusus digunakan oleh Polis China.  Model CFMoto 1250 TR-G mula diperkenalkan serta di jual kepada orang awam bermula tahun lalu. Jenama dan model keluaran CFMoto ini dijangka memberikan saingan kepada model yang sama kelasnya di Eropah. BMW R 1250 RT, Kawasaki GTR 1400 dan Yamaha FJR 1300. Tiga model yang rancak menawan hati peminat motosikal Touring di Eropah dan pastinya kemunculan CFMoto 1250 TR-G merupakan saingan terkini di pasaran Eropah.    Setiap model ada kelebihan dan kekurangannya.Bagi CFMoto 1250 TR-G ada kelebihan tersendiri. Enjin V-Twin 1279cc dari KTM dengan penjanaan 140hp serta 120Nm. Enam transmisi kelajuan dan hasil kolaborasi dengan KTM menyaksikan model 1250 TR-G di padankan dengan kerangka Trellis,suspensi Marzocchi dengan 130mm di depan dan 128mm di belakang beserta dengan Swingarm Aliminium. 1250 TR-G juga menyajikan Throttle Eletronik,Multi Plate Slipper Clutch dan di tambah dengan 4 mod tunggangan iaitu Sport,Street,Rain

Yamaha LC135 Fi (2022) Baru Dilancarkan

Imej
Yamaha LC135 Fi (2022) telah dilancarkan secara resmi sebentar tadi.Model ikonik  dengan empat warna pilihan iaitu Ruby Red, Crystal Cyan, Midnight Star dan Desert torm Special Edition.   Model terkini LC 135 ini di lengkapi dengan enjin penyejukkan cecair 4 lejang - SOHC silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 12.5 hp @ 8,000rpm dan tork 12.2nm atau @6,000rpm.  Sistem suntikan bahanapi turut digunakan pada model ini yang menggantikan kaburetor. Namun masih mengekalkan 4 kotak gear kelajuan sama seperti generasi sebelumnya. Suspensi teleskopik di depan dan lengan ayun di belakang serta turut terhidang sistem brek cakera tunggal hidraulik pada kedua-dua tayar. Ciri-ciri baharu yang terdapat pada Yamaha LC 135 Fi adalah paparan meter digital baharu, rekaan lampu depan dan belakang baharu bersama pencahayaan LED serta rekabentuk aerodinamik yang di pertingkatkan.  Jelas sekali pandang lampu depan berinspirasikan model Y15ZR dan tampak lampu belakang seolah ciplak Y16ZR.  Difahamkan rekab

Suzuki Raider R150Fi,GSX-R150 Dan GSX-S150 Akan Dilancarkan Kamis Nanti

Imej
Suzuki Malaysia bakal melancarkan tiga model terbaharu pada 10 Mac 2022 hari kamis nanti.Suzuki Raider R150Fi,Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S 150. Tiga model yang dijangka mengegarkan pasaran motosikal di negara kita yang sama kelas dengannya.  Suzuki Raider R150Fi adalah model moped berprestasi tinggi.Sementara GSX-R 150, adalah sebuah model Sport Full Fairing.Manakala GSX- S 150 merupakan model Naked. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut model;- 1.Raider RF150i 2.GSX-R 150 3.GSX-S 150 Kepada mereka yang berminat memiliki model-model terkini Suzuki, tempahan boleh dibuat mulai sekarang di Wakil Pengedar Sah Suzuki Malaysia sahaja.

Elakkan Pertembungan - Polis

Imej
Tular  di media sosial sekali lagi Ambulan ditahan kerana memberikan laluan kepada konvoi VVIP meneruskan perjalanan.  Ini bukanlah kes yang pertama berlaku.Sebelum ini kes yang serupa berlaku di kawasan Hulu Langat dan Kuala Lumpur. Situasi tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang rata-rata tidak setuju dengan tindakan sedemikian.   Kejadian berlaku sewaktu ambulan berkenaan datang dari arah susur Jalan Danga Bay. Menjawab insiden tersebut, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara,Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata,kejadian berlaku ketika dua anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT)JBU) melaksanakan penugasan.  Kedua anggota berkenaan terlibat dengan penugasan kawalan lalu lintas Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru. Kedua anggota berkenaan di tugaskan membuat 'Cut Of-Point Duty' laluan di persempadanan daerah Johor Bahru Selatan dan JBU di Jalan Danga Bay menghala ke Skudai.  Tambah Rupiah lagi, k

"Hapuskan Perbezaan Kelas Lesen Motosikal" - Setuju Atau Tidak

Imej
Hapuskan perbezaan Kelas Lesen Motosikal. Satu cadangan yang mungkin lojik untuk difikirkan serta dicadangkan kepada Kerajaan.  Setiap rakyaat negara kita yang ingin menunggang motosikal perlu mendapatkan lesen motosikal yang sah. Proses untuk mendapatkan lesen motosikal bukanlah sesuatu yang mudah serta perlu melalui pelbagai peringkat ujian. Di negara kita lesen motosikal terdapat empat kelas tersendiri berdasarkan kapasiti enjin(CC). Dan individu diberi peluang memilih mengikut kesesuaian masing-masing. Di Malaysia,fungsi lesen memandu turut ditambah pada kad pengenalan pintar MyKad,namun kad pengenalan dan lesen memandu wajib dipamerkan semasa pemereksaan oleh Polis dan JPJ.  Terdapat lima jenis lesen memandu di Malaysia iaitu - 1.Lesen Memandu Pelajar (LDL)  2.Lesen Memandu Percubaan(PDL) 3.Lesen Memandu Kompeten(CDL) 4.Lesen Memandu Vokasional(VDL) atau Lesen Memandu Komersial 5.Permit Memandu Antarabangsa(IDP)  Selain itu juga lesen memandu di negara kita terdapat beberapa kateg

Leher Terbelit Bendera Parti Politik

Imej
Luka di leher dan patah kedua pergelangan tangan. Itulah nasib seorang remaja perempuan berusia 17 tahun apabila jatuh dari motosikal angkara terbelit bendera parti politik. Insiden yang berlaku di Kampung Cahaya Baru, baru-baru ini membabitkan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Najlaa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kota Masai.  Insiden tersebut berlaku pada jam 5.30 petang itu mengakibatkan remaja tersebut terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan di bahagian pesakit luar. Ketua Polis Daerah Seri Alam,Superintenden Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan menerima laporan berkaitan kes kejadian berkenaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menceritakkan detik-detik berlakunya kejadian,Najlaa berkata dia menggunakan laluan di perkampungan serta melalui kawasan yang dipasang bendera politik sepanjang 30 meter di tepi jalan tersebut. "Angin kencang sewaktu saya lintas lokasi ke

Sindrom "Air Mata Buaya" - Makan Mesti Menangis

Imej
Pelik, namun itu kenyataan yang terpaksa di terima setiap kali menjamah selera oleh seorang lelaki  di China.  Insan yang bernasib malang tersebut di kenali sebagai Mr Zhang di sahkan menghidap Saraf Pelik iaitu 'Sindrom Air Mata Buaya'.  Zhang mula menitiskan air mata sewaktu menjamah selera.,demikian menurut laporan Oddity Central.Diawalnya Zhang tidak terlalu memikirkan reaksi berkenaan dan menganggap ianya kebetulan.  Namun isu tersebut semakin serius dan memaksa Zhang mengunyah makanan lebih lama. Bagi mengelak airmatanya mengalir di depan orang lain,beliau terpaksa mengambil langkah untuk tidak makan di khalayak ramai.  Situasi sedemikian menggangu kehidupan sosial Zhang. Menurut Ketua Jabatan Oftalmoloji, Dr Cheng Mian Chinh, kondisi demikian berkait rapat dengan kelumpuhan wajah yang dialami oleh Zhang sebelum ini.  Tambah Dr Cheng, ianya berlaku unjuran proses pemulihan dari kelumpuhan wajah dan mempengaruhi aktiviti 'Kelenjar Lakrimal' khususnya pada bahagian

"Kalau Betul Anak Aku Curi, Ge Repot Polis" - Kak Long

Imej
Ibu mana tidak sayangkan anak,bukan senang untuk membesarkan seorang anak bermula dari dalam kandungan sehinggalah anak mampu berdikari.Apatah lagi anak dituduh mencuri tanpa sebarang bukti. Tular video di media sosial seorang wanita naik angin apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja di kedai serbaneka. Wanita tersebut yang jelas tidak berpuashati sambil "Sekolahkan" pekerja kedai serbaneka berkenaan,telah meminta penjelasan secara terperinci berhubung insiden tuduhan tidak berasas terhadap anaknya. Dapat dilihat video tersebut dibuat secara "live" kepada para pengikutya. Wanita berkenaan yang mengelarkan dirinya  "Kak Long" menjelaskan,anaknya balik ke rumah dalam keadaan menangis setelah dituduh mencuri barang mainan. "Kalu betul anak aku mencuri,ge balai polis anak aku tak ambik hak orang," tegas Kak Long dalam loghat Terengganu mencabar pekerja kedai serbaneka berkenaan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya bena

Tunggu 17 Mac "DEH" - JPJ

Imej
"Ooo hok ni dok tunggu,baru napok anok kelate," luah seorang warga kelantan yang ditemui bila mendengarkan khabar Jabatan Pengangkuan Jalan(JPJ) bakal membuka bidaan bagi siri nombor pendaftaran "DEH". Notis bidaan tersebut dimuatnaik menerusi laman rasmi Facebook JPJ.Bidaan akan dibuka selama lima hari bermula 17 Mac dan berakhir pada 21 Mac 2022.Keputusan bidaan tersebut akan diketahui pada 22 Mac nanti.  Siri nombor pendaftaran "DEH" pastinya ditunggu oleh rakyaat Kelantan."DEH" merupakan loghat kelantan yang menjadi perbualan harian dengan maksud tersendiri serta mudah difahami. Kepada mereka yang berminat,bidaan nombor siri berkenaan boleh di buat secara atas talian menerusi pautan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan dalam Talian.

Penunggang Dan Pembonceng Motosikal 250cc Dilindungi - Alliance Motorcycle Plus

Imej
Berita baik untuk penunggang dan pembonceng motosikal 250cc kebawah telah diumumkan oleh Alliance General Insurance Company(Malaysia).Tahun 2022 menyaksikan perlindungan Allianz Motorcycle Plus telah dinaik taraf. Allianz Motorcycle Plus(komprehensif dan Pihak Ketiga) bagi motosikal 250cc kebawah perlindungannya telah dinaik taraf kepada penunggang dan pembonceng babitkan kematian,kecacatan kekal sehingga RM10,00 setiap seorang. Bukan setakat itu sahaja malah ianya juga melibatkan perbelanjaan hospital hingga RM6,000 seorang bersamaan RM100 sehari selama 60 hari. Kerugian dan kerosakan motosikal kepada pemilik akibat dari kemalangan,kecurian kebakaran,kematian dan cedera anggota badan pihak ketiga,kerosakan atau kerugian pihak ketiga masih di bawah perlindungan Allianz Motorcycle Plus(komprehensif). Perlindungan tambahan yang ditawarkan kepada pembonceng tidak melibatkan sebarang caj tambahan. Insuran Komprehensif merangkumi Special Perils Full Sum-Insured Protection melindungi motosik