Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2024

LIFAN KPV 350 Bakal Menyaingi Honda ADV 350

Imej
Lifan KPV 350 Skuter jenama dari China dijangka menjadi persaingan utama kepada skuter maxi 350cc khususnya Honda ADV 350. Jenama Lifan bukanlah satu jenama asing dipasaran negara kita. Mengikut sejarah MForce Bike Holding pernah membawa masuk model Lifan 150 yang telah diubah namanya menjadi WMoto Xtreme 150i. Terkini Lifan telah maju setapak lagi dengan mengeluarkan KPV yang lebih agresif dan besar iaitu KPV 350.Desainnya mungkin agak pelik ,namun ianya dijangka menyaingi pasaran skuter sama kelas dengannya di negara kita. Jurutera pereka Lifan menyatakan model  KPV 350 berkenaan mampu mencapai kelajuan sekitar 135km/j. Spekifikasi Lifan KPV 350:- 1. Enjin 1 Silinder 4 stroke. 2. Penyejukan cecair . 3. Berupaya menjana 34hp pada 7,500rpm dan 35.5Nm pada 6,000rpm. 4. Berat 186kg. 5. Rim depan 15 inci dan 14 inci di belakang. 6. Brek depan/ belakang gunakan cakera( disc brake). 7.Abs dual channel. 8. Lampu LED dengan DRL(Day Running Light) 9. Penghad

Kawasaki Ninja ZX - 6R Bakal Berada Di Pasaran Malaysia Awal 2025

Imej
Model pemasangan tempatan (CKD) bakal dilancarkan awal tahun 2025. Itu yang dibisikkan oleh sumber yang boleh dipercayai kepada kami. Info kepada semua peminat tegar Kawasaki, Modenas telah dipertanggungjawabkan untuk pemasangan Ninja ZX - 6R untuk pasaran tempatan.Bukan setakat itu saja Modenas juga akan mengeksport model Supersport 600cc berkenaan ke Negara China terlebih dahulu. Menurut sumber model Supersport 600cc  yang akan dieksport ke China dan juga untuk pasaran tempatan adalah model generasi terkini yang telah dinaik taraf dari model sebelumnya. Rekabentuk lampu hadapan baharu,sisi panel badan juga berbeza.Namun terdapat beberapa elemen dikekalkan sama seperti model sebelumnya seperti kerangka utama dan tangki minyak. Paling ketara perubahan ialah enjin yang dinaik taraf demi mencapai emisi Euro 5 terbaru.Panel meter TFT 4.3 inci juga turut terhidang pada Ninja ZX-6R ini. Terdapat 4 mod tunggangan iaitu Sport,Road,Ra

SUZUKI GSX- S1000GX Mungkin Milik Anda

Imej
Rezeki Tak Salah Alamat. Jangan terkejut jika Suzuki GSX-S1000GX mungkin menjadi milik Anda secara percuma. Suzuki Malaysia telah mengumumkan kempen Cabutan Bertuah Golden Ticket Extravaganza yang membolehkan pelanggan memenangi hadiah sehingga RM300,000. Kempen berkenaan terbuka buat semua pelanggan yang membeli Suzuki GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi bermula dr 21 Mei hingga 31 Ogos 2024.Pemenang bertuah berpeluang untuk bawa pulang hadiah utama iaitu Motosikal Suzuki GSX-S1000GX baharu.          Hadiah Utama Suzuki GSX-S1000GX Lima lagi pemenang bertuah berpeluang bercuti ke Suzuki Plaza di Hamatmasu ,Jepun selama 4 hari 3 malam. Sementara baki 10 pemenang lagi akan menerima Basikal Bottechia 7-Avio.Pelbagai hadiah saguhati juga menanti pemilik yang bertuah. Kesemua pemenang akan diumumkan di acara Suzuki Familia yang berlangsung di Suzuki Monsoon Getaway 2024.Pada waktu yang sama,ahli Suzuki Familiar yang hadir ke acara berkenaan turut berpeluang nemenang

SAH - SUZUKI Bawa Masuk Tiga Model Baharu Ke Pasaran Malaysia

Imej
TIada apa lagi untuk disembunyikan.Tiada lagi teka-teki,SUZUKI Malaysia telah memperkenalkan 3 model baharu untuk pasaran tempatan di MAS 2024(Malaysian Autoshow 2024) di Maeps Serdang. 3 model yang terkini diperkenalkan oleh Suzuki Malaysia untuk pasaran tempatan ialah Suzuki GSX- 8R, Suzuki GSX-S1000GX dan Suzuki V-Storm 800 RE. Antara ketiga model berkenaan yang berjaya mencuri perhatian ialah model GSX-S1000GX. Ini kerana model ini merupakan model pertama Suzuki yang dibekalkan dengan Suspensi Eletronik menerusi Suzuki Advanced Eletronic Suspension. Selain itu model berkenaan juga dilengkapkan dengan Suzuki Road Active Stabalization dan Suzuki Floating Ride Control dan tidak ketinggalan juga Quick Shifter. Harga Dan Speksifikasi:- 1.Suzuki GSX - 8R.  Harga RM53,800 Enjin Parallel-Twin 776cc, 81hp dan 78Nm, quick shifter. 2, Suzuki GSX- S1000GX. Harga RM 89,000 Enjin 4-Silinder, 999cc K5 dengan 150hp dan 106Nm. 3. Suzuki V - Storm 800  RE.

Honda Perkenalkan 4 Motosikal Di MAS 2024

Imej
Boon Siew Honda telah memperkenalkan empat model motosikal yang baharu di Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di Maeps,Serdang. Empat model baharu Honda yang diperkenalkan ialah ADV350,CB750,XL750 dan NX500. Honda juga memperkenalkan Pro Honda iaitu jenama minyak baharu untuk motosikal dan produk keluaran Honda Motor yang kini boleh didapati di Malaysia. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Boon Siew Honda,Mitsuharu Funase, model motosikal Honda yang baru diperkenalkan mempunyai tarikan tersendiri serta estetika yang dipertingkatkan. Ianya juga sebagai pemangkin dalam usaha Honda menaikkan semangat peminat tegar Honda yang mana mungkin ketandusan model motosikal terkini dipasaran global. Harga yang ditawarkan bagi empat buah model terkini yang diperkenalkan ialah:- 1.ADV350 RM33,999 2.CB750.   RM50,800 3. XL750.   RM56,800 4. NX500.  RM37,000.