Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

Tentera Russia Bom Pesawat terbesar Di Dunia

Imej
Pesawat Antonov AN-225 Terbesar Di Dunia yang musnah di bom oleh Tentera Russia Antonov AN-225 pesawat terbesar di dunia dilaporkan berkecai di Ukraine akibat dibom tentera Russia.   Pesawat berkenaan dikatakan   musnah semasa pencerobohan tentera Russia keatas Ukraine.,demikian menurut laporan stesen penyiaran CNN. 'Mriya' bermaksud mimpi dalam bahasa Ukraine merupakan gelaran yang diberikan kepada pesawat berkenaan. Menurut laporan pesawat berkenaan diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kiev ketika tentera Russia menyerang. Menteri Luar Ukraine,Dymtro Kuleba menulis di Twitter berbunyi 'Kita akan menang,walaupun Russia telah musnahkan "Mriya" milik kami, namun Russia tidak dapat musnahkan impian kami untuk menjadi sebuah negara Eropah yang Kuat,Bebas dan Demokratik. Myria dengan panjangnya 84 meter (276 kaki) boleh mengangkut kargo mencecah berat 250 tan dengan kelajuan 850km/j. Syarikat Antonov di laman Twitternya menegaskan,pihaknya tidak dapat mengesahka

Bersilat Pukul Drebar Van? Mesti Ada Sebab

Imej
Tular video yang sempat dirakam oleh seorang pengguna jalanraya bagaimana seorang pemandu van dipukul oleh pemandu Proton Saga.Kejadian yang berlaku di PUJ 3,Taman Bukit Jalil baru-baru ini. Menurut sumber insiden langgar belakang menjadi punca kemarahan pemandu Proton Saga berkenaan.Dapat dilihat dari video tersebut,lelaki yang memakai topi berdiri di tepi tingkap van tersebut sambil memarahi pemandunya.  Selepas itu lelaki yang memakai topi telah melepaskan tumbukan bertubi-tubi menerusi tingkap van yang jelas kena pada pemandunya. Tidak puas dengan tumbukan melalui tingkap,lelaki berkenaan membuka pintu van tersebut dan mengheret pemandunya keluar sambil terus membelasah dengan gaya 'Buah Silat' menyebabkan pemandu van itu terbaring atas jalanraya.  Sewaktu insiden dapat dilihat van berkenaan undur sendiri.Namun lelaki yang menyerang tadi sempat menyedari situasi yang berlaku dan berjaya menghentikannya. Video pendek yang tular itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Majo

Apsal Ramai Orang Hon, Apa Salah Pemandu Aruz Itu?

Imej
Kenapa hon bertalu-talu berbunyi dibelakang kereta saya ni? Itu luahan seorang wanita yang berkongsikan video yang melucukan berlaku sewaktu melihat sebuah kereta biru dihadapannya.  Wanita berkenaan perasan ada sekeping kertas putih melekat di belakang kereta Perodua Aruz biru tersebut. Terpampang tulisan dikertas putih yang melekat di belakang Aruz tersebut yang berbunyi "Hari ini Birthday Saya. Tolong hon 2 kali,Tq"  Wanita berkenaan terus mengarahkan pemandunya membunyikan hon kereta yang dinaiki bersesuaian dengan permintaan tulisan dikertas yang tertampal di belakang Aruz berkenaan.  Tidak pasti samaada pemandu Aruz tersebut menyedari kehadiran kertas putih tertampal dibelakang keretanya. Wanita yang tularkan video ini telah memuat naik ke akaun TikToknya @dyrasalleh hingga mencecah berjuta view . Beliau telah membuka tingkap keretanya dan cuba mengucapkan Selamat Harijadi kepada pemandu Aruz Biru berkenaan. Namun hajatnya tidak kesampaian apabila Aruz biru tersebut mem

Tangan Yang Putus Di Jahit Di Kaki

Imej
  Tangan yang putus kenapa perlu jahit di kaki? Pastinya timbul tanda tanya kepada kita kenapa dan mengapa rawatan sedemikian dilakukan oleh pakar perubatan. Xi Wei, yang putus tangan sewaktu mengendalikan mesin di sebuah bengkel di China tergamam apabila sekumpulan doktor telah menjahit tangannya yang putus di kaki.  Menurut Xi Wei ,beliau sendiri tidak pasti samada tangannya yang putus dapat diselamatkan atau tidak.Ini disebabkan tangan yang terputus kehilangan darah hampir tujuh jam.  Sambung Xie lagi, beliau pada mulanya cuba ke hospital kerajaan berhampiran bengkel tempat dia bekerja dengan harapan boleh melakukan pembedahan penyambungan tisu. Namun pihak hospital berkenaan terpaksa menolak kes sedemikian memandangkan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam menangani kes itu. Xie tidak putus asa dan setelah dua jam perjalanan dari bengkelnya hospital yang dicari dijumpai.Itu pun setelah hampir lima jam mencari merata tempat. Tegas Xie,"sepanjang tujuh jam saya menyimpan tangan

Dua Dos Vaksin dan Dos Penggalak -Syarat Solat Jumaat Di Selangor

Imej
Sudah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak syarat bermula 25 Februari untuk menunaikan solat Jumaat di masjid seluruh Selangor.  Ini berdasarkan ketetapan terbaharu diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) kepada masjid,surau dan musolla di Selangor.  Ianya dilihat satu usaha mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard di masjid,surau dan musolla bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di negeri Selangor.  Surat edaran bertarikh 21 Februari 2022, menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumat,solat lima waktu serta program pengimarahan yang dikeluarkan bertarikh 20 Januari lalu. Ketetapan 20 Januari lalu ada menjelaskan mengenai Ketetapan Baru Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat dengan Kapasiti Penuh Serta Penjarakan Fizikal 1.0 Meter Antara Jemaah Di Semua Masjid Dan Surau Kebenaran Solat Jumaat. Natijah dari perkembangan terkini penularan Covid-19 secara mendadak,baginda menzah

Sudahlah Langgar lari, Lepas Tu Bawak Lari Kereta Orang Lain

Imej
Langgar lari satu hal,bukan setakat itu saja malah dilarikan kereta pulak.  Kisahnya dua pemuda seorang yang bertopi dan seorang lagi berbaju hijau menaiki Myvi Silver telah melanggar seorang pengguna jalanraya sampai patah kaki. bukannya membantu mangsa malah mereka telah melarikan diri.  Sewaktu kelam kabut melarikan diri sekali lagi pemandu Myvi Silver berkenaan melanggar seorang pakcik tua.Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa meninggal di lokasi kejadian.  Kedua pemuda tersebut cuba melarikan diri sekali lagi namun Myvi Silver nombor pendaftarannya WXG 4304 yang dinaiki mereka mengalami kerosakan dan tidak boleh bergerak. Seorang pemandu Nissan Grand livina telah mengejar kedua pemuda berkenaan bagi mendapakan bukti dan mohon agar mereka bertanggungjawab keatas dua insiden yang dilakukan.  Tetapi lain yang diminta,lain pula yang dapat.Kereta Nissan Grand Livina yang dipandu oleh pemuda tersebut akhirnya dilarikan oleh kedua pemuda tadi.  Kejadian yang berlaku di Cheneh, di LPT 2

Pasangan Kembar Siam - Muhammad Rosli Berjaya Menjadi Graduan Komputer Sains

Imej
  Masihkah ingat sejarah 23 tahun lalu, pasangan Kembar Siam di negara kita yang bercantum di kepala, perut dan kaki.  Muhammad Rosli dan Ahmad telah berjaya dipisahkan secara pembedahan di Hospital King Fahd National Guard, di Riyadh, Arab Saudi.  Wajah pasangan kembar Siam terkini Putera Abdullah Abdul Aziz, Putera Mahkota Arab Saudi pada masa itu telah menanggung sepenuhnya pembedahan yang berisiko tinggi dan menelan belanja hampir  RM1.7 juta.  Kini setelah berjaya dipisahkan 23 tahun lalu, pasangan kembar siam ini meningkat dewasa. Impian hidup seperti insan biasa tidak pernah lekang dari sanubari mereka.  Ini di buktikan apabila Muhammad Rosli telah berjaya menjadi graduan Sains Komputer.  Muhammad Rosli Graduan Sains komputer Sementara pasangan kembarnya, Ahmad masih lagi menjalani kursus Rekabentuk Grafik di Universiti yang sama dengan Muhammad iaitu di Management & Science University (MSU).  Bagi mereka kurang upaya bukan suatu halangan dalam menempa kejayaan.

Edar Ganja - Penyampai Radio Mengaku Tidak Bersalah

Imej
Didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 374.6 gram. Penyampai radio, Ismahalil Hamzah tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.  Beliau membuat pengakuan itu selepas kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin. Kesalahan didakwa dilakukan  di sebuah rumah di Jalan Semarak,Wangsa Maju pada jam 5.35 petang, 27 Ogos 2021. Kesalahan berkenaan adalah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2)akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika dsabitkan kesalahan.  Mahkamah menetapkan 24 Mac depan untuk tarikh pengurusan kes.  Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya , Noor Dayana Mohamad, sementara Ismahalil Hamzah,49. diwakili peguam,Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar. 

Brabus 1300R Habis Terjual dalam Masa 2 minit

Imej
Brabus 1,300R sebuah motosikal keluaran dari Syarikat Brabus telah dibina berasakan model KTM 1290 Super Duke R Evo.  Rekaan diberi penambahbaikan dimana berat telah dikurangkan sebanyak 6 kg.Enjin bersesaran 1,301cc LC8 V-Twin digunakan dan memberikan output 180hp. Hasil ujian yang dilakukan model Brabus 1300R telah berjaya mencatat dari 0 -100 km/j hanya mengambil masa 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 270km/j. Brabus sebuah syarikat yang mengukir nama dengan mengubahsuai kenderaan Mercedes menjadi lebih berkuasa dan berdaya saing.  Setelah hampir 45 tahun, Brabus kini melangkah setapak lagi dalam percubaan mengadoptasikan jentera keluaran mereka dengan memperkenalkan motosikal Brabus 1300R.  Skrin Multi Fungsi (Multi Function) bersaiz 5' tersergam dengan paparan pelbagai bagi memudahkan penunggang.  Antaranya ialah Sistem Nirkunci (Unlocked System) berfungsi bukan sahaja menghidupkan enjin malah mengawal penutup tangki minyak.  Bukan setakat itu saja,terdapat juga Sistem Transpo

Ratusan Porsche,Bentley dan Audi Terbakar Dalam kapal

Imej
Kapal dengan bendera Panama yang membawa kereta Porsche,Bentley dan Audi telah terbakar berhampiran pantai kepulauan Azores Portugal di Lautan Atlantik ,demikian laporan dari pembuat kereta Volkswagen. Kapal berkenaan dilaporkan belayar dari Emden,Jerman iaitu lokasi kilang Vokswagen menuju ke Davisville Amerika.  Seramai 22 anak kapal dipindahkan tanpa sebarang kecederaan demikian menurut kenyataan tentera laut portugal. Dianggarkan 1,100 buah kereta Porsche dan 189 buah Bentley berada diatas kapal berkenaan.  Juga terdapat kereta Audi diatas kapal,namun jumlah sebenar kereta tersebut tidak dinyatakan.Laporan tersebut tidak menyatakan samada kereta-kereta yang terbabit rosak atau disebaliknya.  Menurut satu kenyataan dari volkswagen,kapal berkenaan telah membawa 3,965 kenderaan jenama Volkswagen,Audi,porsche dan Lamborghini. Pihak Volkswagen tidak dapat mengesahkan jumlah keseluruhan kereta didalam kapal berkenaan dan sedang menunggu maklumat lanjut.

Berita Hangat - Ebit Liew Naik Mahkamah Pertuduhan 11 Gangguan Seksual

Imej
Pendawah terkenal Ebit Liew telah dihadapkan ke mahkamah di Tenom hari ini.  Ebit Liew 37, dilihat menaiki sebuah Toyota Vellfire dengan diiringi beberapa orang yang dipercayai pembantunya pada jam 9 pagi tadi tiba di mahkamah litar di Pejabat Daerah Tenom.  Pejabat Daerah berkenaan dikawal ketat oleh anggota polis sejak berita mengenai pendakwah terkenal itu akan didakwa tersebar.  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  (JSJ) Bukit Aman,Abd Jalil Hassan turut dijangka mengadakan sidang media selepas selesai prosiding mahkamah terhadap Ebit Liew.  Pada Julai lalu,siasatan terhadap Ebit Liew di lakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah berkenaan telah melakukan gangguan seksual.  Berhubung laporan tersebut ,polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Seksyen 14 Akta-Akta Kesalahan Kecil 1955  serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.  Rakaman percakapan Ebit Liew telah diambil bagi membantu siasatan pada bu

SARAWAK Bakal Miliki Perdana Menterinya Sendiri

Imej
67 Adun telah menyokong dengan sebulat suara bagi meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022.  Rang Undang-undang antara lain bagi menggantikan gelaran 'Ketua Menteri' dalam perlembagaan negeri dengan 'perdana' telah diluluskan dengan majoriti 2/3 selepas bacaan ketiganya di Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini. Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 mendapat sokongan 67 Adun selepas hampir lima jam dibahaskan.  

Sopan Dan Selamba Langgar Lampu Merah

Imej
Akal panjang maka dengan penuh selamba serta sopan langgar lampu merah walaupun penguatkuasa undang-undang di sebelah. Insiden yang berlaku secara sengaja atau tidak ini berlaku di negara China.Gelagat penunggang motosikal berkenaan sempat dirakam oleh pengguna jalanraya yang turut sama berhenti dilampu isyarat.  Insiden berkenaan mendapat perhatian kerana ada anggota polis bermotosikal disebelah penunggang tersebut semasa kejadian.Dengan penuh berhati-hati dan tenang penunggang motosikal menolak motosikalnya sewaktu lampu isyarat masih lagi merah. Tiada sebarang tindakan dilakukan oleh anggota polis berkenaan sekadar melihat sahaja gelagat penunggang motosikal tersebut. Melihat tindakan lelaki berkenaan membuatkan kita terkenang kisah Mr Bean dengan taktik yang serupa. Taktik tersebut berjaya mengelirukan anggota polis. Kemungkinan motosikal penunggang itu rosak ataupun kehabisan minyak. Tidak rasional untuk mengambil tindakan undang-undang,mungkin itu yang bermain diminda polis berke

Betul Ker Sijil Vaksin Mysejahtera Tak Laku di Filipina

Imej
Adakah ini benar atau suatu gurauan bagi memburukkan negara Filipina? Sesungguhnya kisah ini benar.13 pelancong dari Malaysia bernasib malang. Mereka tidak dibenarkan memasuki negara tersebut oleh pihak Imigresen Filipina.  gara-gara Sijil Vaksin Digital Mysejahtera tidak diterima di negara berkenaan. Menerima suntikan vaksin di Malaysia. Itu alasan yang diberikan oleh pihak imigresen Filipina.  13 pelancong berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada Ahad jam 8.30 pagi telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino,Manila. Menurut salah seorang pelancong yang terlibat,pihak imigresen negara tersebut tidak menerima  sijil vaksin digital menerusi aplikasi Mysejahtera sebagai bukti vaksinasi. Tambahnya lagi,passport mereka dirampas serta diberitahu akan dihantar pulang ke Malaysia.Passport mereka telah dipulangkan pada keesokkan hari (15/2/2022).Memandangkan tiada hotel disediakan,kesemua mereka terpaksa tidur di atas bangku dan lanta

Ada 10 panggilan lain untuk 'Daging Babi' Perlu DiKetahui

Imej
Kita sering mendengar ayat 'PORK' iaitu daging Babi.Namun kebarangkalian untuk kita mencari mahupun menyiasat secara terperinci panggilan lain untuk daging 'Babi' sesuatu yang mustahil. Memilih dan meneliti sesuatu makanan yang disajikan mengandungi daging babi atau tidak itu adalah rutin bagi umat Islam yang sering mengunjungi negara dimana majoriti rakyatnya bukan masyarakat Islam. Ini merupakan suatu cabaran bagi orang Islam dalam penentuan memilih makanan halal atau haram.Dalam sedar mahupun tidak terdapat beberapa nama lain untuk babi yang perlu kita ketahui demi mengelak tersalah makan.  1. SWINE 2. HAM Menurut istilah antarabangsa Ham adalah daging babi bahagian Paha. 3. Porcine Porcine...restoran yang ada menyajikan masakan daging babi selalunya akan menggunakan istilah porcine bertujuan menerangkan kepada pelanggan terdapat bahan berunsur babi samaada minyak ataupun bahan lainnya. 4. HOG Hog adalah daging babi dewasa dimana beratnya adalah lebih dari 50kg. 5. B

Brek Lori Bermasalah,Rolls Royce Jadi Mangsa

Imej
Sebuah model Rolls-Royce Ghost menjadi mangsa terhimpit di antara dua buah lori treler. R akaman video dan gambar-gambar yang tular menyaksikan kereta mewah berprestij itu berbaloi untuk dimiliki.  Manakan tidak pemilik kereta mewah berkenaan dilihat keluar dari kereta tanpa sebarang kecederaan seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.  Menurut sumber, kejadian terbabit berlaku di Kawasan Terowong Menora-Ipoh Utara(KM 264.0) Arah Selatan.Insiden yang menyaksikan kesesakan trafik sejauh 7.5km dari arah Sg Perak menuju Ipoh Utara.  Menurut sumber,lori treler belakang berada di lorong kanan sekali. Pemandu lori treler berkenaan mahu memberhentikan kenderaan tersebut menggunakan pembahagi jalan apabila menyedari brek angin lori bermasaalah. Bagaimanapun usaha pemandu lori tersebut gagal apabila lori berkenaan 'terpantul' semula ke tengah jalan menyebabkan ia merempuh sebuah kereta Rolls-Royce sehingga terhimpit dengan lori lain yang berada  dihadapannya.  Ciri-ciri keselamatan se

Monyet Stim Kena 'DADAH'

Imej
Bukan hanya manusia, binatang pun 'LALOK' lantaran mengambil dadah berlebihan.  Tular satu video menunjukkan satu tindakan biadap individu yang memberikan dadah kepada seekor monyet. Video berkenaan menunjukkan dengan bangganya individu berkenaan mempamerkan dadah yang diberikan kepada monyet .  Video yang tular itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial kepada satu akaun twitter. Dalam video berkenaan jelas menunjukkan tersebut monyet berkenaan berjalan tidak stabil dalam keadaan 'Lalok' kesan daripada dadah  yang diberikan.  Menurut sumber, dadah yang diberikan kepada monyet berkenaan dari jenis merbahaya. Jika digunakan oleh manusia , kesannya boleh mendatangkan sakit kepala yang kuat.  Hasil perkongsian video berkenaan telah menaikan kemarahan warganet.Majoriti komen dari mereka perbuatan tersebut dianggap keterlaluan,bukan hanya menganiaya binatang malah turut memiliki dadah jenis merbahaya.