Catatan

Adakah ZONTES 368G Akan Dibawa Masuk Ke Pasaran Negara Kita?

Imej
  ZONTES 368G ZONTES , Skuter Adventure yang berjaya menambat hati peminat versi skuter di negara kita mutakhir ini nampaknya telah megemaskini produk mereka dengan keluaran terkini iaitu Skuter Zontes 368G.  Kami telah menerima berita dari sumber di negara jiran perihal skuter Zontes 368G yang telah diuji di negara tersebut.Kabarnya Zontes 368G telah diperkenalkan di pasaran negara China pada bulan Julai lalu.  Spy Shot - Zontes 368G sedang diuji di Thailand Menurut sumber, model berkenaan sedang menjalani ujian enduran di negara Thailand. Dan dipercayai model berkenaan akan memasuki pasaran negara Thailand.  Rekod jualan Skuter Zontes 350 semenjak diperkenalkan pada Ogos 2023 di  negara kita cukup memberangsangkan khususnya varian D.Namun varian E juga tidak kurang hebatnya. Tinjauan kami pada wakil pengedar sah Zontes menunjukkan permintaan bagi skuter Zontes 350D dan Zontes 350E cukup tinggi.  Berbalik kepada skuter Zontes 368G, Disini kami kongsikan speksifikasi model tersebut. Sp

ASMAX WORLD - Interkom Bluetooth Dengan Harga Kompetitif

Imej
  ASMAX S2 NKS Distributor   telah memperkenalkan dan melancarkan rangkaian interkom Bluetooth, ASMAX WORLD baru-baru ini.  Produk diyakini memiliki ciri teknoloji yang lebih baik dibandingkan dengan jenama premium yang terdapat di pasaran sekarang. Harga yang ditawarkan lebih kompetitif . ASMAX - Z1 PLUS   ASMAX WORLD , merupakan jenama interkom yang begitu pantas berkembang di China. Dan ianya menawarkan sistem komunikasi berasaskan Bluetooth  dengan peralihan sambungan 5G.  ASMAX WORLD juga memiliki interkom Mesh dengan kawalan pintar SMC  (Smart Mesh Control) di   mana 16 0rang pengguna serentak  boleh menghubungi sesama mereka  pada jarak sehingga 15km.  ASMAX - F1 PLUS Produk ini juga dibekalkan dengan ENC iaitu ciri pengurangan bunyi pintar. ENC berfungsi menapis bunyi ekzos, angin serta menambah baik kualiti bunyi interkom pada kelajuan 160km/j.  Menariknya lagi, ASMAX WORLD  telah bekerjasama dengan Studio Bongiovi Acoustic Lab in America dan telah berjaya menghasilkan bunyi

Benarkah Aprilia RS457 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Oktober?

Imej
  A prilia RS457. Kami mendapat kabar akan dilancarkan pada bulan Oktober ini.Adakah kabar itu akan menjadi kenyataan atau sekadar menyedapkan halwa telinga peminat jenama Aprilia dan peminat SBK di negara kita khususnya.  Sehingga artikel ini disiarkan,kami belum menerima sebarang undangan ataupun berita tentang pelancaran model berkenaan. Sedikt info yang kami terima, difahamkan Aprilia RS457 akan ditawarkan dengan harga bawah RM35,000.  Info yang kami terima juga menyatakan model berkenaan akan datang dengan tiga warna pilihan, Prismatic Dark, Racing Stripes dan Opalscent Light.  Speksifikasi :- Aprila RS457  1. Enjin dua silinder(Parallel Twin).  2. Kuasa enjin 457cc dan berupaya menjana 47hp dan 43.5Nm.  3.Berat  158kg.  4. System Ride-by-Wire.  5. Terdapat 3 Enjin Mod terdapat mengawal Lontaran Kuasa, Tork dan traction Control.  6. Terdapat DRL(Day Running Light) dan lampu LED. 7. Panel Meter TFT 5 inci.  8. Fork USD depan 41mm dan Swing Arm keluli dengan jarak pergerakan 130mm d

Kembara Kasih Asnaf- Menunaikan Tanggungjawab Sosial Koporat(CSR) - AGRO BANK

Imej
  Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 55 Agrobank, satu program Kembara Kasih Asnaf telah dijalankan baru-baru ini. Program tersebut dilakukan melalui jelajah motosikal pelbagai kuasa.  Datuk Tengku Ahmad Badli Shah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Program yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik MyAngkasa Amanah Berhad(MAAB) melibatkan 30 kakitangan Agrobank dan lima wakil MAAB . Jelajah Kembara Asnaf yang jaraknya sejauh 1,600 kilometer dalam misi  menyampaikan sumbangan zakat kepada penerima yang dikenal pasti, akan singgah di Terengganu,Kelantan,Kedah,Pulau Pinang dan berakhir di Perak. Menurut Datuk Tengku Ahmad Badli Shah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank,nilai sumbangan zakat yang diberikan kali ini bernilai RM 30,000 melibatkan hampir 200 asnaf.  "Kembara Kasih dan dan sumbangan zakat asnaf adalah acara tahunan",ujar Datuk Tengku Ahmad Badli Shah.  Jelas terdampar sepanjang jelajah ,peserta-peserta telah menunaikan tanggungjawab s

Syarat Mohon Lesen "B" Dilonggar Serta-Merta-Anthony Loke

Imej
  Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata pihaknya telah bersetuju supaya syarat memiliki Lesen Memandu Malaysia(LLM) kelas B1 dan B2 hanya perlu aktif dan mencukupi tempoh 10 tahun ke atas sahaja.  Pelbagai reaksi dan aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung syarat yang melayakkan bagi program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia(LLM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B.  Kementerian Pengangkutan(MOT) akhirnya terpaksa akur dan melonggarkan salah satu syarat yang menetapkan individu dikenakan syarat memegang LMM kelas B1 dan B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berurut-turut.  Syarat berkenaan dilonggarkan serta-merta berikutan keluhan orang ramai yang mendakwa tidak layak menyertai program tersebut. Orang ramai yang memohon boleh membuat semakan semula di aplikasi My JPJ.  Namun orang ramai di minta bersabar kerana ianya dijangka mengambil masa disebabkan perubahan dalam sistem. Anthony Loke juga berkata syarat berkenaan dilonggarkan berikutan mengambil kira Pe

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ

Imej
  J abatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan pemanggilan semula siri 3/2024 yang membabitkan 2  jenama motosikal yang berada di pasaran Malaysia.  Honda dan Suzuki,dua jenama gergasi motosikal di pasaran negara kita telah terbabit dalam aktiviti panggilan semula (Recall) oleh JPJ.  Suzuki V-Strom 800DE Kami difahamkan 2 model motosikal Suzuki telah terbabit dalam panggilan semula ini. Model V-Strom 800DE pengeluaran tahun 2023 dan Skuter Model Burgman Street EX  keluaran tahun 2024.  Suzuki Burgman Street EX Sementara motosikal jenama Honda pula membabitkan Model CBR250RR dan CBR250S3A keluaran tahun 2022.  Honda CBR250RR -2022 Info secara spesifik yang membabitkan ketiga model berkenaan sehingga kini belum kami perolihi. Panggilan semula(Recall) berkenaan turut membabitkan dua jenama kereta iaitu Toyota dan Mercedes - Benz.  Model kenderaan Toyota yang terbabit ialah Vios keluaran bulan Mac tahun 2023 hingga Februari tahun 2024.  Mercedes - Benz yang terbabit dalam Panggilan

Litar Buriram - Thailand - Gelanggang Pembukaan MotoGP 2025 Dan 2026

Imej
  Litar Buriram -Thailand L itar Buriram yang tersenarai dalam kalendar MotoGP semenjak tahun 2018 terpilih sebagai litar pembukaan MotoGP bagi tahun 2025 dan 2026. Pemilihan tersebut berdasarkan kredibiliti selepas 4 kali menganjurkan perlumbaan MotoGp dan berjaya mengamit hampir 800,000 pengunjung.  Carmelo Ezpeleta,Ketua Pegawai Eksekutif  MotoGP dalam kenyataannya telah mengesahkan perubahan berkenaan. Dengan pengesahan berkenaan secara automatik Thailand mengantikan Qatar dan memecahkan tradisi MotoGP.  Dijangka Litar Buriram akan menjadi tuan rumah sesi ujian rasmi kedua musim 2025 dan 2026 selepas Litar Antarabangsa Sepang.   Difahamkan MotoGP Thailand akan berlangsung pada minggu pertama bulan Mac. Namun kalendar rasmi MotoGP 2025 belum diterbitkan lagi.