Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

Apakah Benar Air Zam-Zam Tidak Dibenarkan Bawak Balik?

Imej
Telaga Zam-Zam Tular  di video Tik-Tok baru-baru ini viralkan kesah jemaah haji mahupun umrah tidak dibenarkan membawa balik air zam-zam ke tanah air. Video yang diviralkan menggunakan nama Masjid Besi, memberi peringatan kepada jemaah yang terbang melalui lapangan terbang baharu di Jeddah. 'Kepada para Mutawif, nak beritahu untuk lapangan terbang baharu di jeddah,air zam-zam tidak dibenarkan di bawa balik." kata individu tersebut didalam video berkenaan. Jadi bagi tahu jemaah minumlah sepuas-puasnya air zam-zam di sini dan walaupun 5 liter ianya tidak dibenarkan untuk di bawa balik, demikian tegas individu dalam video tersebut. Walaupun Air Zam-Zam 5 liter namun tidak mendapat kebenaran untuk dibawa keluar oleh Kerajaan Arab Saudi Individu tersebut juga menambah,kemungkinan isu tersebut merupakan peraturan baru yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.Individu tersebut juga menyatakan di lapangan terbang air zam-zam tidak dijual . Apa pun kita tunggu pengesahan mahupun khabar

Test Ride Husqvarna Vitpilen 401

Imej
Husqvarna satu jenama yang sering terkait dengan perlumbaan off-road, kini beralih arah ke segmen jalanraya. Saya mengambil model Vitpilen 401 di WELLY WORLD CYCLE@HUSQVARNA SHOWROOM,Sg Buloh pengedar motosikal Husqvarna bagi Wilayah Tengah. Model ini dirasmikan pada awal tahun 2021 lalu.Kekangan dek pandemik Covid-19 menyaksikan tertangguh sebegitu lama bagi sesi tunggang uji. Husqvarna Vitpilen 401 mempunyai reka bentuk yang unik, versi Cafe Racer. Enjin bersesaran 373cc,silinder tunggal 44hp/37Nm.Vitpilen 401 digerakkan oleh transmisi 6 kelajuan. Kerangka badan jenis Trellis.Suspensi jenis WP Apex 43mm di depan serta boleh laras.Sementara suspensi belakang juga menggunakanWP Apex iaitu 150mm. Saya dapati Husqvarna mengutamakan keselamatan kepada penunggang.Ini terbukti dengan terhidangnya Kaliper brek jenama ByBre di depan dan belakang. Sistem ABS juga bukan kaleng-kaleng, jenama Bosch digabungkan dengan jenama ByBre dalam menyakinkan penunggang dari aspek keberkesanan sistem brek.

Test Ride Dominar 400 Baharu - Power

Imej
Dominar D400 versi terkini. Kenyataan dari Modenas model ini telah dinaik taraf. Kita tengok setahap mana taraf yang telah dinaikkan .  Pada 10 September lalu Modenas memperkenalkan Dominar 400 yang telah dinaik taraf kepada media.Savanna Green dan Charcoal Black merupakan dua warna pilihan. Charcoal Black Savanna Green Tampak  model yang dinaik taraf ini terdapat beberapa peningkatan teknikal. Penyerap  hadapan terbalik(USD),penyerap hentak tunggal Nitrox di belakang, Dua meter paparan LCD dengan kedudukan yang berbeza.Hendal bar lebih kurang sama model terdahulu.  Dua meter dengan kedudukan berbeza Sistem Ekzos Berkembang baharu.Kedudukan cakera tunggal brek hadapan diubah ke sebelah kiri.Enjin bersesaran 373cc DOHC dengan teknolji DTS-i,penyejukkan cecair . Kemampuan lontaran kuasanya 40hp,sementara tork masih sama seperti model terdahulu iaitu 35Nm dengan sistem Klac Assist dan Slipper. Demikian antara teknoloji yang dikenal pasti terdapat pada motosikal Dominar 400 baharu. Pastiny

Stok Air dah cukup ker? Esok Lembah Klang Tak Ada Air

Imej
Sebanyak 998 kawasan di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula esok. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd(Air Selangor) memberitahu,antara daerah yang terkesan dengan gangguan bekalan air ialah Wilayah Petaling,Klang,Shah Alam,Gombak,Kuala Lumpur,Hulu Selangor,Kuala Langat dan Kuala Selangor. Kenyataan tersebut menyebut gangguan bekalan air akan bermula jam 9 pagi 13 Okt. Ini berikutan kerja penambaikan serta penyenggaraan aset kritikal di loji Rawatan Air Selangor Fasa 1(LRA SSP1). Kerja-kerja penyengaraan serta penambahbaikan berkenaan memakan masa selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam 13 Okt ini. Kenyataan itu juga menambah kerja siap dilaksanakan ,Operasi LRA SSP1 mengambil masa enam jam. Masa tersebut adalah untuk stabil di setiap bahagian dalam proses rawatan air bagi mengisi kolam imbangan sehingga optimum iaitu empat meter. Ianya di jangka selesai pada jam 5 pagi, khamis nanti. Sementara itu bekala

Rentas Negeri Serentak Seluruh Negara - PM

Imej
S erentak, keputusan ini diambil berdasarkan kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 80 peratus di kebanyakkan negeri,tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tunggu pengumuman dari saya,ujar Perdana Menteri. Perancangan awal dulu, kebenaran merentas negeri diberikan apabila kadar vaksinasi mencapai 80 peratus. Namun perancangan berkenaan terpaksa ditangguhkan disebabkan ada beberapa negeri kadar vaksinasi dewasa masih rendah. Menurut Ismail Sabri.jika diberikan kebenaran, kemungkinan besar akan memudaratkan negeri tersebut.Keluarga Malaysia tidak boleh pupus dek Pandemik Covid-19. Sehingga Khamis kadar vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sudah mencecah 89.1 peratus. Perdana Menteri,Datuk Seri Ismal Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan kebenaran rentas dalam waktu terdekat.

Tidak Wajib Ujian Kendiri Covid-19 - KJ

Imej
Menteri Kesihatan-Khairy Jamaluddin "Kerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 kepada individu belum atau menolak vaksin, yang mahu merentas negeri", kata Menteri Kesihatan. Mengulas lanjut isu berkenaan,Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata,cadangan mewajibkan ujian kendiri setelah di lakukan kajian ianya didapati sukar untuk dikuatkuasakan. Jujur dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan diri dan keluarga itu yang didambakan bagi individu yang akan merentas negeri. Menurutnya lagi,rentas negeri ini membabitkan jalan keluar masuk di semua negeri dan agak mustahil untuk memeriksa semua. Cadangan yang diutarakan sememangnya bermanafaat,namun tiada cara untuk kuatkuasakannya,ujar Khairy Jamaluddin. SOP yang sedia ada masih diguna pakai.Tiada SOP baharu dikeluarkan semasa rentas negeri.Namun tidak berarti kelonggaran diberikan kepada individu yang belum divaksin yang merentas negeri. Contohnya individu yang belum divaksin masih tertaklu

Suzuki GSX-S 750 Citarasa Masakini

Imej
Suzuki GSX-S750 2021,  Jentera yang jelas dikemaskini dengan teknoloji moden dan tampak bergaya di dalam kelasnya.  Kini lebih dari 50 tahun Suzuki masih kekal di negara kita walaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai jenama dan teknoloji terkini. GSX-S750 merupakan antara 6 model baharu Suzuki yang  dilancarkan oleh Suzuki Malaysia Sdn Bhd untuk pasaran di negara kita. Suzuki GSX-S750 2021 dilengkapi dengan speksifikasi teknikal seperti fork depan jenis terbalik,suspensi belakang tunggal dan sistem cakera dengan ABS. Tayar depan dan belakang masing-masing berukuran 120/70/R17 dan 180/55/R17.Tinggi pelana 820mm dan beratnya 213kg. Jentera yang dibekalkan dengan enjin bersesaran 749cc iaitu penyejukkan oleh  cecair,DOHC,In Line Four serta 4 lejang dengan transmisi enam kelajuan. Lontaran kuasa maksimum ialah 114PS@10,500rpm dengan tork puncak 81Nm@9,000rpm.Sementara bahan api adalah 16 liter maksimum. Penulis berpeluang menunggang uji jentera ini selama 4 hari.Ujian di lakukan di pelbag

CFMoto Berlumba Di MOTO 3 Musim 2022

Imej
Bukan kaleng-kaleng, kalau sudah menyertai Siri Kejuaraan Moto 3 pada musim 2022. Tahniah buat CFMoto. Sejarah bakal terukir satu jenama motosikal dari negara China menembusi kejuaraan Motosikal  Dunia.Meskipun bermula dari peringkat Moto 3. Ini merupakan amaran awal buat pengeluar motosikal yang sekian lama monopoli kejuaraan berkenaan. Pengeluar dari Negara Tembok Besar mula pamerkan teknoloji mereka dibidang perlumbaan bertaraf antarabangsa. Apabila disebut jenama motosikal dari Negara Tembok Besar, majoriti peminat motosikal di negara kita memandang sepi jenama ini. Ibarat kata "hanya jeling dihujung mata" sahaja. Teknoloji, alat gantian serta ketahanan enjin menjadi isu yang membuatkan motosikal keluaran CFMoto bukan pilihan bagi peminat dua roda di Malaysia. Terkini pemilik CFMoto di negara kita mampu tersenyum justru kenyataan yang bisa mengugat pasukan yang sedia ada di kejuaraan Moto3 dengan kehadiran mereka. CFMoto akan bergabung dengan jenama dibawah kendalian Pier