Test Ride Husqvarna Vitpilen 401


Husqvarna satu jenama yang sering terkait dengan perlumbaan off-road, kini beralih arah ke segmen jalanraya.

Saya mengambil model Vitpilen 401 di WELLY WORLD CYCLE@HUSQVARNA SHOWROOM,Sg Buloh pengedar motosikal Husqvarna bagi Wilayah Tengah.

Model ini dirasmikan pada awal tahun 2021 lalu.Kekangan dek pandemik Covid-19 menyaksikan tertangguh sebegitu lama bagi sesi tunggang uji.

Husqvarna Vitpilen 401 mempunyai reka bentuk yang unik, versi Cafe Racer.

Enjin bersesaran 373cc,silinder tunggal 44hp/37Nm.Vitpilen 401 digerakkan oleh transmisi 6 kelajuan.

Kerangka badan jenis Trellis.Suspensi jenis WP Apex 43mm di depan serta boleh laras.Sementara suspensi belakang juga menggunakanWP Apex iaitu 150mm.

Saya dapati Husqvarna mengutamakan keselamatan kepada penunggang.Ini terbukti dengan terhidangnya Kaliper brek jenama ByBre di depan dan belakang.

Sistem ABS juga bukan kaleng-kaleng, jenama Bosch digabungkan dengan jenama ByBre dalam menyakinkan penunggang dari aspek keberkesanan sistem brek.

Bahan api(minyak).Kapasiti tangki penuh bahan api bagi Vitpilen 401 adalah 9.5 liter.

Model ini boleh saya kategorikan mesra Asia.Ketinggian pelana(seat) ialah 835mm.Berbeza dengan model keluaran Eropah yang lain majoritinya tinggi melangit.

Gaya ekslusif terpancar pada Vitpilen 401.Keseronokan menunggang Vitpilen 401 ketika pendikit dipulas,saya dapat rasakan lontaran kuasa yang sukar dipercayai.

Penukaran gear seolah menunggang superbike dimana quiskshifter berperanan dengan fantastik serta jimatkan masa saya dari pengunaan klac.

Melihatkan kepada kedudukan hendalbar Vitpilen 401 kedudukan membongkok segera terlintas diminda,letih dan pastinya tidak stabil ketika memecut. Itu andaian .

Menunggang Vitpilen 401 menyelusuri bandar seperti seorang seleberiti.Mata memandang begitu banyak,soalan bertali arus sewaktu berhenti di lampu isyarat.

Ternyata rupa bentuk Vitpilen menjadi tarikan.Tidak dinafikan menyelusuri didalam kesesakan trafik di bandar agak meletihkan dengan kedudukan hendal bar menunduk.

Namun mencelah di dalam kesesakan cukup menghiburkan.Anda yakinlah motosikal ini tidak akan memberi masaalah di dalam situasi sedemikian.

Ujian di lebuhraya.Ini sesuatu yang cukup mengagumkan saya. Bentuk badan yang slim,hendal bar ala-ala SBK rupa-rupanya memberikan satu kepuasan sewaktu pecutan.

Manakan tidak,tiada getaran apatah lagi halangan angin tidak sekelumit pun menggangu pengendalian serta pegangan saya.

Pecutan160km/j masih tiada tanda-tanda sebarang gangguan.Namun rekaan Vitpilen bukanlah sebuah motosikal untuk jiwa kelajuan.

Setiap motosikal ada kelemahannya cuma bezanya adakah isu tersebut memberi masaalah atau tidak sewaktu menunggang.

Begitu juga dengan Vitpilen 401, meter LCD Monokrom. Paparan instrumen bagi saya terlalu sukar untuk mentelaah apatah lagi sewaktu matahari terik.

Bacaan digitalnya tidak semeriah yang didambakan. Begitu juga dengan bar untuk melihat suhu dan pengunaan bahan bakar.

Seikhlasnya pandangan dari saya Vitpilen 401 dengan kedudukan menunggang yang agak agresif,lontaran kuasa enjin tidak mengecewakan.

Jarak antara kedua roda dikategorikan pendek diselangi dengan mod Supermoto yang diadunkan serentak,Anda akan tersenyum lebar menunggang jentera ini.

Kesimpulannya bagi mereka yang berminat memiliki Vitpilen 401,kesukaran mengendalikan jentera ini ibarat zaman belajar menunggang basikal.

Dan kenikmatan akan muncul apabila Anda dapat menguasai sepenuhnya Vitpilen 401 nanti.

Bagi mererka yang berminat serta berhajat untuk menunggang uji Vitpilen 401,luangkan masa mengunjungi WELLY WORLDCYCLE@HUSQVARNA SHOWROOM di Sg Buloh,Selangor.

Husqvarna Vitpilen 401 motosikal Naked Sprts Kelas Pertengahan menawarkan harga mampu milik iaitu RM29,800 (tidak termasuk Cukai Jalan/Insuran dan yuran lain-lain).


 



 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ