Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

Edisi Merdeka Terhad 1000 Biji - ZEUS 613

Imej
Zeus Helmets Malaysia telah memperkenalkan model ZS-613 yang jelas terdampar sokongan mereka terhadap negara Malaysia dengan desain bendera kita sekaligus meraikan kemerdekaan negara yang ke 66 bakal disambut pada 31 Ogos nanti. Helmet berkarektor 'Dwi' sepertinya memberikan pilihan kepada pengguna iaitu samaada untuk dijadikan 'Open Face atau Full Face'.Harga yang ditawarkan bagi helmet Edisi Merdeka ini adalah RM380 dengan aksesori tambahan. Bagi mereka yang berminat memilikinya pihak Zeus telah membuka pra-tempahan bermula dari 24 Jun hingga 28 Julai 2023. Bakal pemilik boleh membuat tempahan di 32 dari 169 pengedar diseluruh negara. Menurut Zeus Helmets Malaysia,helmet Zeus 613 edisi terhad ini hanya dijual 1,000 unit sahaja.Tiada lagi pengeluaran untuk edisi berkenaan selepas ini.Difahamkan helmet ini merupakan ilham cipta pereka grafik Zeus Helmets Malaysia, Adi Asymawi Akmal.  Edisi terhad ini mempunyai

Gathering Honda RS & RSX 5.0

Imej
Acara tahunan yang dinantikan oleh pemilik Honda RS dan RSX 150 kini menjelma kembali. Litar Permotoran Stadium Gong Badak,Kuala Terengganu menjadi tumpuan pemilik Honda RS dan RSX 150 berkumpul buat kali ke 5. 'GATHERING Honda RS dan RSX Ke 5', kemeriahan acara berkumpulnya pemilik Honda RS dan RSX kali ini bertepatan dengan kejohanan Cub Prix Malaysia Pusingan ke 6 yang berlangsung dilokasi yang sama. Seramai 1500 pemilik Honda RS dan RSX 150 hadir pada acara berkumpulnya jenama berkenaan. Menurut Mohd Alfishahrin Zakaria,selaku penganjur, beliau sentiasa menekankan aspek keselamatan kepada pemilik Honda RS dan RSX yang hadir ke acara tersebut. Pergi Selamat dan Balik Pun Selamat, itu yang selalu saya tekankan kepada mereka.Dan sewaktu berada dilokasi,hormat menghormati menjadi isu utama. Contohnya tidak membuat bising dengan sengaja memulas throttle ekzos sekaligus hasilkan bunyi bising serta mengeluarkan asap yang pastinya mencemarkan. Naratifnya pengunjung yang hadir bukan

Pinjaman Motosikal Tanpa Faedah - PAS Terengganu

Imej
  P engumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung tarikh keramat 12 Ogos  2023 adalah tarikh rasmi belangsungnya Pilhan Raya Negeri (PRN). Topik sembang dikedai kopi mula berubah,ragam anak muda jelas terpana dengan berita berkenaan. Berita itu juga menyaksikan parti-parti politik yang bertanding begitu rancak memancing undi dari orang ramai. Selangor,Kelantan,Terengganu,Negeri Sembilan,Kedah dan Pulau Pinang merupakan enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri. Pelbagai teknik dan taktik serta janji ditabur oleh wakil parti politik yang bertanding.  Terkini, Pas Terengganu telah mengorak langkah yang lebih inovatif. Kemudahan pinjaman motosikal tanpa faedah bagi individu yang bekerja dengan pendapatan maksimum RM 4,000 sebulan. Perkara tersebut disampaikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Tawaran tersebut antara 10 janji manifesto Pas sekiranya berjaya memenangi PRN yang akan diadakan pada 12 Ogos nanti.  Itu antara janji Kerajaan Pas yan

Pengedar Zontes Santuni Pemilik

Imej
 Pelik tapi itulah kenyataan, ZONTES DISTRIBUTION (M) SDN BHD terkini telah mengambil insiatif 'Turun Padang.'   Ianya merupakan satu usaha dalam mengekalkan Ukhwah antara pengedar dan pemilik Zontes. Tampak jelas Zontes Distribution(M) Sdn Bhd tidak hanya sekadar melepaskan  'Batuk DiTangga'. Perkhidmatan selepas jualan menjadi tonggak utama dalam merealisasikan kepuasan pemilik. Bermula awal tahun 2023, pihak Zontes Distribution (M) Sdn Bhd telah merangka pelbagai program dalam usaha mengilapkan kembali produk jenama Zontes ke mercu landasan sama kelas dengannya. Motosikal keluaran Zontes yang menjalar di jalanraya negara kita terdiri dari siri 310cc dan 155cc. Sejarah kemunculan produk zontes bermula sekitar 2019, hanya siri 310 yang dibawa masuk oleh Zontes Distribution(M) sdn Bhd ke Malaysia. Sambutan peminat dua roda di negara kita cukup hebat, kemunculan jentera yang sofsikated tanpa kunci(keyless) dengan penerapan sistem eletr