Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

X - ADV 750 Model 2021 Kini Di Pasaran Malaysia

Imej
Honda X ADV 750 model 2021 dikemaskini dengan gaya lebih agresif dari keluaran sebelumnya.Dengan enjin masih nadi yang sama. Perubahan ketara pada Skuter Kembara ini dari segi rupa paras,prestasi dan kelengkapan terbaru. Enjin masih dikekalkan sama seperti model terdahulu iaitu 745cc SOHC  dua - silinder. Namun  output telah ditingkatkan menjadi 57.8hp dan 69Nm tork, iaitu peningkatan sebanyak 4hp. Ini dapat dicapai dengan prubahan pada pemasaan injap dan kecekapan kemasukan udara dan ekzos. Dengan penarafan Euro 5, enjin ini boleh dikerah sehingga 7,000rpm. Untuk transmisi, unit dwi-klac pada X-ADV 2021 ini telah ditala agar mempunyai nisbah gear 1, 2 dan 3 lebih pendek untuk pecutan lebih baik. Kemudian gear 4, 5 dan 6 diberikan nisbah lebih panjang untuk kecekapan bahan api pada kelajuan tinggi. Transmisi ini juga mempunyai mod manual yang boleh digunakan dengan kawalan butang. Ia dilengkapi dengan DRl LED, tempt duduk yang diubah, dan penghadang angin baharu dengan lima pelarasan.