Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Pesaing Yamaha Y16ZR Dilancarkan - Honda RS-X 2022

Imej
Baru sekejap tadi Boon Siew Honda melancarkan Honda RS-X 2022.Reka bentuk tampak agresif dari model RS 150R. Lampu LED berkembar terletak sedikit kebawah, ekzos dan juga rekaan panel meter digital tampak baharu. Suspensi depan iaitu fork teleskopik , sementara di belakang terhidang penyerap hentak tunggal. Sistem ABS saluran tunggal diadunkan dengan brek cakera depan dan belakang dalam memastikan sisem brek yang selamat dan terbaik bagi penunggang. 4.5 liter merupakan kapasiti tangki bahan api.dan ketinggian pelana adalah 795 mm.Rim bersaiz 17 inci dipadankan dengan tayar 90/80R17 di depan dan 120/70R17 di belakang. Sementara enjin adalah silinder tunggal 150 cc mengekalkan kuasa maksimum pada 15.8 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm. Terdapat tiga warna yang ditawarkan Trico Edition,Lemon Ice Yellow dan Candy Carribean Blue Sea. Lemon Ice Yellow Candy Carribean Blue Sea Trico Edition Harga yang ditawarkan bagi pasaran di negara kita adalah RM 8,688 tidak termasuk Cukai j