Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2024

"KOMPOM" CFMOTO 500SR VOOM Akan Masuk Pasaran Negara Kita

Imej
  SAH  motosikal dengan enjin 4 silinder dan 78hp akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.Nampaknya CFMoto begitu aktif dalam membangunkan produk mereka mutakhir ini dalam penghasilan model SBK.  Ini dibuktikan melalui dua model SBK yang bakal mengugat pasaran di negara kita.  KH pernah menyiarkan berkenaan kemunculan SBK keluaran CFMoto iaitu model 675SR-R yang dijangka berada dipasaran negara kita pada tahun 2025 nanti.  Kini CFMoto telah memperkenalkan sebuah lagi model SBK iaitu CFMOTO 500SR VOOM. KH menerima kabar model ini juga akan dibawa masuk ke pasaran negara kita tidak lama lagi. Khabar gembira ini merupakan penyelesaian kepada ketandusan model 500cc yang teramat ketara dipasaran negara kita. Peminat 2 roda di Malaysia sering mengajukan soalan berkenaan kemunculan motosikal 500cc.   Ini jelas menunjukkan motosikal 500cc masih ada peminatnya.Khusus pada mereka yang baru berjinak dengan model SBK kelas pertengahan. Melhatkan kepada keupayaan model ini,CFMoto 500SR VOOM berjaya m

CFMOTO 675SR-R Bakal Mencabar Jenama Jepun dan Eropah

Imej
  CFMOTO 675SR-R  bukan kaleng-kaleng desainnya.Pasti meleleh air lior peminat SBK  khususnya mereka yang baru berjinak dengan segmen SBK.  "Lawan Tetap Lawan" demikian prinsip pengeluar motosikal dari China yang mana umum mengetahui mutakhir ini jenama Jepun agak ketandusan idea-idea baru dalam melahirkan produk terkini mereka.  Kesempatan ini tidak disia-siakan oleh pengeluar motosikal dari China dalam mempromosikan produk mereka agar ianya setanding dengan pengeluar motosikal dari Eropah.  Teknoloji dan desain yang dihasilkan dalam menghasilkan motosikal harus dipuji.Dimana setiap keluaran CFMoto sentiasa dikemaskini bagi memenuhi citarasa peminat motosikal di seluruh dunia.  Malaysia merupakan sebuah negara sasaran bagi pengeluar motosikal China.Buktinya banyak produk motosikal dari negara Tembok Besar menjalar di jalanraya negara kita. Lima tahun lepas mungkin sukar bagi peminat dua roda di negara kita menerima model dan jenama keluaran China,ini berdasarkan faktor kesuk

Kenapa Kerajaan Jepun Menyekat Pengedaran Model YZF R1?

Imej
  YZR R1 YAMAHA telah memalsukan permohonan yang diperlukan bagi mematuhi peraturan keselamatan dan alam sekitar Jepun. Ujian pensijilan kenderaan yang tidak mematuhi standard. Demikian dua kesalahan yang telah dilakukan oleh Yamaha. Kesilapan dan kesalahan berkenaan dikesan sewaktu Kementerian Tanah,Infrastruktur,Pengangkutan dan Pelancongan(MLIT) Jepun mengadakan audit pemeriksaan di Ibu Pejabat Yamaha Moto Co di Iwata,Jepun baru-baru ini.  Pihak Yamaha mengaku menjalankan ujian bunyi pada model YZF-R1 yang tidak mematuhi peraturan seperti ditetapkan. Yamaha juga mengakui menyerahkan data palsu bagi model YZR-R3 dan TMAX.  YZF R3 Info yang kami terima,setelah selesai siasatan dijalankan, kemungkinan model berkenaan akan dipanggil semula atau sebaliknya bergantung kepada keputusan pihak berkuasa Jepun.  Viral di media Jepun kemungkinan Yamaha akan dikenakan tindakan penalti tambahan natijah kesilapan yang mereka lakukan. TMAX   Setakat ini sekatan pengedaran tidak melibatkan model YZF

Adakah Benar Suzuki V-Storm 250SX Akan Dilancarkan DI Malaysia ?

Imej
                                    A dakah benar berita yang kami terima. MOdel Suzuki V-Storm 250SX akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi? Itu menurut sumber yang kami perolihi.Andai benar ianya suatu khabar yang pasti mengembirakan peminat Adventure kelas permulaan.                              Model berkenaan pernah dipamerkan sewaktu MAS 2024(Malaysian Auto Show 2024) baru-baru ini. Tetapi Suzuki Malaysia Sdn Bhd sebaliknya hanya melancarkan model GSX - 8R,GSX - 1000GX dan V-Storm 800RE.  Mungkin strategi SMSB terhadap model V-Storm 250SX berbeza dan menunggu saat yang sesuai untuk dilancarkan.  Speksifikasi V-Storm 250SX:- 1. Enjin 1 silinder  250cc. 2. Penyejukkan Minyak.  3. SOHC 4 Valve F1.  4. 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300 rpm..  5. Transmisi 6 kelajuan.  6.  fork depan teleskopik. 7.Suspensi belakang tunggal. 8.cakera brek depan dan belakang menggunakan tayar 100/90-19.  9. Tayar  depan 140/7-17.  10. Berat 167kg.  11.lampu LED.  12.Minyak atau bahan api 12