Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2024

ROYAL ENFIELD Himalayan 450 Kini Berada Di Pasaran Malaysia

Imej
  Motosikal Adventure 'Satu Silinder' kini telah berada di pasaran negara kita. Pelancarannya telah diadakan di MAEPS,Serdang di Arts Of Speed 2024 baru-baru ini.  Royal Enfield Himalayan 450 ini dibekalkan dengan enjin 452cc 'Satu Silinder'. Difahamkan model ini mempunyai keupayaan yang jauh lebih baik dibandingkan dengan model sebelumnya.  Ianya juga merupakan model yang telah di naik taraf dari model Himalayan 411.  Speksifikai- Himalayan 450 :  1. Enjin Satu Silinder 452cc DOHC.  2. Sistem Penyejukkan Cecair.  3. Keupayaan Jana kuasa 40hp dan 40Nm.  4. Meter TFT dengan navigasi Google Maps boleh disambungkan terus ke handphone.  5. ABS dan Kaliper brek jenama ByBre dengan cekera 320mm didepan dan cekera 270mm di belakang.  6. Rim saiz 21 inci depan dan 17 inci belakang.  7. Bahan api(Minyak) kapasiti 17liter.  8. Suspensi depan Showa (USD) 200mm depan dan 150mm belakang.  Terdapat lima warna yang ditawarkan bagi pasaran di Malaysia dan harga ditawarkan  mengikut war

"RECALL" Suzuki - V-Strom 800DE - Tayar OEM Bermasaalah

Imej
  Tayar OEM yang dibekalkan kepada model Suzuki V-Strom 800DE secra standard bermasaalah.Demikian punca "Recall" dilancarkan oleh Suzuki United Kingdom.  Tayar Dunlop Trailmixtour  110/80-19 depan dan belakang 15-70-17 yang dipasang secara standard pada model berkenaan dikatakan bermasaalah.  Sebanyak 304 buah model tersebut yang didaftarkan di UK telah diarahkan untuk berhenti menunggang dan pemilik diminta menghubungi wakil Suzuki berdekatan bagi proses selanjutnya.  Info yang kami terima, pemilik motosikal diberi peluang untuk menghubungi pengedar Suzuki berdekatan untuk membawa motosikal mereka bagi proses penukaran tayar baru secara percuma.    Menurut Suzuki UK,sekiranya pemilik telah menukar tayar baru lebih awal,pihak suzuki UK akan menanggung kos pembelian serta pemasangan tayar berkenaan.  Diberitakan pihak Suzuki UK telah menangguh V-Strom 800DE kepada pelanggan baru untuk seketika sehingga permasaalahaan berkenaan selesai ditangani.  Kami difahamkan pihak Suzuki M

KAWASAKI Pertontonkan Prototaip Motosikal Enjin Hidrogen ICE

Imej
B aru-baru ini Kawasaki   telah mempertontonkan kepada hadirin di Litar Suzuka  motosikal yang dijanakuasa oleh Hidrogen.  Walaupun kawasaki telah membangunkan prototaip ini pada tahun 2023, namun Sempena Minggu SUZUKA 8 Hours buat pertama kali Kawasaki telah mempertontonkan kepada umum.  Kawasaki Motors masih mengadakan penyelidikan dalam misi menghasilkan motosikal ICE Hidrogen yang bakal berfungsi setaraf dengan motosikal berenjin petrol.  Emisi hasil dari pembakaran setelah enjin mengeluarkan derumannya hanyalah 'Air'.Namun rata-rata peminat yang hadir begitu teruja dengan motosikal ICE berkuasa Hidrogen itu.  Kami belum mendapat info secara terperinci tentang model ini. Apa yang dapat kami kongsikan sedikit berkenaan enjin.  Seperti yang kami jangkakan prototaip ini mesti lebih berkuasa dari produk kawasaki sebelum ini. Tidak hairan mengapa Prototaip Motosikal ICE Hidrogen ini menggunakan enjin Supercharged  4 - Silinder  998cc. Enjin berkenaan sama seperti yang digunakan

Jentera Roaster Elemen Ala Scramber Sah Masuk Ke Malaysia - Royal Enfield

Imej
  Royal Enfield Guerrilla 450 disahkan akan dibawa masuk ke negara kita nanti. Jentera Roaster ala-ala Scrambler merupakan perkembangan terkini model 450cc yang bakal menembusi pasaran global keluaran Royal Enfield.  Difahamkan model ini lebih sesuai kegunaannya di bandar. Model ini dibekalkan dengan enjin satu silinder yang dikenali dengan nama 'Sherpa'.  Royal Enfield dalam kenyataan yang dikeluarkan, mengaku tiada sebarang perubahan dilakukan pada bahagian enjin dan ini bermaksud Royal Enfield Guerrilla masih mengekalkan bahagian enjin sama seperti model 'Himalayan 450'.  Kestabilan motosikal antara ciri-ciri yang dititikberatkan oleh pihak Royal Enfield. Demi membuktikan teori binaan mereka menepati sasaran,Pusat Graviti motosikal dipastikan berada dibawah.  Kerangka besi tubular digunakan pada model Guerrilla 450 sama seperti yang digunakan oleh model Himalaya 450. Apa yang menariknya,Guerrilla 450 jauh lebih rendah dari Himalaya 450.  Menurut wakil Royal Enfield m

Benarkah APRILIA RS 457 Akan Dilancarkan pada Ogos Nanti?

Imej
  A PRILIA RS 457 - Kami pernah mendengar berita yang ketika itu masih samar-samar berkenaan kemunculan model ini di pasaran negara kita. Dimaklumkan pelancaran akan berlaku pada separuh kedua 2024. Kini kabar dari sumber menyatakan Aprilia RS 457 kemungkinan dilancarkan pada Julai atau Ogos 2024 nanti. Diharapkan kabar gembira tersebut menjadi kenyataan.  Sedikit penerangan tentang Aprilia RS 457 yang kami dapat kongsikan.Jentera ini dipersiapkan sepenuhnya di Noale ,Itali. Model ini dikategorikan pendekatan jarak antara model Aprilia RS 125 dengan RS 660.  Jelas dapat kita perhatikan begitu jauh jarak antara model Aprilia RS125 dengan RS 66o.Dengan terbinanya model RS 457 pihak Aprilia telah berjaya mengisi kelopongan model Superbike yang menjadi tanda tanya peminat SBK khususnya jenama Aprilia. Kemunculan RS 457 sekaligus melengkapkan barisan model RS yang mutakhir ini berjaya menambat hati peminat tegar model Superbike yang turut menyenaraikan model RSV4 dan MotoGP  RS -GP.  SPEKSI

Motosikal Berdaftar Julai 2003 Keatas Sahaja Dibenarkan Memasuki Singapura Bermula Julai 2028

Imej
  M otosikal yang bukan berdaftar di Singapura serta berdaftar di negara asal mereka sebelum 1 Julai 2003, tidak akan dibenarkan memasuki Singapura bermula Julai 2028 - NEA. Kenyataan demikian telah diumumkan oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA). Pihak berkuasa dengan strategi melindungi kualiti udara terpaksa mengetatkan peraturan yang sedia ada.  NEA pernah mengumumkan pada Julai 2018 iaitu melarang motosikal lama berdaftar di Singapura menjalar di jalanraya negara berkenaan bermula Julai 2028.  Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa iaitu motosikal yang berusia atau lama kebiasaannya akan menyebabkan pencemaran jika dibandingkan dengan motosikal keluaran terkini jelas mematuhi piawian pelepasan Euro yang ditetapkan.  "Jadi peraturan berkenaan, akan diseragamkan kepada motosikal luar dari Singapura sekiranya ingin memasuki negara ini", demikian ujar pihak NEA.  Pencegahan serta pengharaman motosikal asing yang lama dari memasuk Singapura merupakan sebahagian langkah

Kaki Vape Bermula Ogos Waspada Peraturan Ketat Mula Berkuatkuasa

Imej
  "KAKI VAPE",  tiada maaf lagi bermula pada bulan Ogos nanti.Peraturan yang lebih ketat berhubung isu "VAPE" akan dilaksanakan pada bulan depan setelah tertangguh sekian lama. Demikian ditegaskan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.  Menurut beliau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha keras memastikan agar  Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024(Akta 852)  & Perintah 2b diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).  Semua perintah dan peraturan berkenaan akan dilaksanakan serentak dengan Akta 852 termasuk Vape Eletronik.Antara yang tersenarai dalam akta tersebut ialah pendaftaran,penjualan,pembungkusan,pelabelan serta larangan merokok di tempat awam.  Sehingga kini tiga peraturan telah diluluskan oleh AGC  dengan dua peraturan serta satu perintah tambahan lagi dalam proses kelulusan.  Datuk Dr Dzulkefly, juga menyuarakan kebimbangan berhubung kelewatan pelaksanaan  Akta 852.   Kelewatan pelaksanaan Akta 852 juga turut diko