Kaki Vape Bermula Ogos Waspada Peraturan Ketat Mula Berkuatkuasa

 




"KAKI VAPE", tiada maaf lagi bermula pada bulan Ogos nanti.Peraturan yang lebih ketat berhubung isu "VAPE" akan dilaksanakan pada bulan depan setelah tertangguh sekian lama. Demikian ditegaskan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Menurut beliau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha keras memastikan agar  Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024(Akta 852)  & Perintah 2b diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). 

Semua perintah dan peraturan berkenaan akan dilaksanakan serentak dengan Akta 852 termasuk Vape Eletronik.Antara yang tersenarai dalam akta tersebut ialah pendaftaran,penjualan,pembungkusan,pelabelan serta larangan merokok di tempat awam. 

Sehingga kini tiga peraturan telah diluluskan oleh AGC  dengan dua peraturan serta satu perintah tambahan lagi dalam proses kelulusan. 



Datuk Dr Dzulkefly, juga menyuarakan kebimbangan berhubung kelewatan pelaksanaan  Akta 852.  

Kelewatan pelaksanaan Akta 852 juga turut dikongsi oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) MPS. 

Presiden MPS,Amrahi Bujang.juga menyuarakan kebimbangan dimana Akta 852 sepatutnya dilaksanakan pada bulan Jun lalu namun sehinga kini belum terlaksana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ