Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Kaunter Agensi Kementerian Pengangkutan Beroperasi Mulai Esok

Imej
Perkhidmatan kaunter semua agensi di bawah Kementerian Pengangkutan akan mula beroperasi esok selaras dengan pengumuman oleh Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Namun urusan yang dibenarkan hanya melibatkan urus niaga yang tidak dapat di lakukan secara dalam talian dan perlu dilaksanakan secara temu janji.Tetapi Walk - In tdak dibenarkan sama sekali. Kementerian Pengangkutan juga menetapkan kapasiti petugas di kaunter tidak melebihi 50 peratus. Namun bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua perkhidmatan kaunter untuk tranksaksi berkait kenderaan komersial dan persendirian akan beroperasi. Kecuali perkhidmatan yang boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal awam mySIKAP atau rakan strategik JPJ. Terdapat 38 tranksaksi yang boleh dilakukan dalam talian menerusi portal mySIKAP. Sementara 11 tranksaksi seperti tempah nombor pendaftaran dan maklumat pemilik memerlukan kaedah pendaftaran melalui pengesahan biometrik (sekali daftar) bagi meneruskan transaksi melalui por

Jual Basikal Untuk Berlumba -Hafizh

Imej
"Hubungi saya jika anda berminat. Jual sebab nak race (berlumba)," tulis Hafizh di ruangan Instastory di laman Instagramnya. Perkongsian pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang mahu menjual basikal kesayangannya di laman Instagram mendapat perhatian umum. Persoalannya adakah Hafizh terdesak atau sekadar seloka selepas menyatakan hasratnya ingin menjual basikal dengan harga RM 42,000 sebab mahu berlumba. Difahamkan, basikal miliknya dibeli beberapa tahun lalu jenis Shiv TT dengan nilai pasaran dikatakan mencecah lebih RM70,000. RM42,000 bukanlah harga tetap,bagi mereka yang berminat dengan basikal Hafizh boleh menghubungi beliau bagi membincangkan harga. Basikal berkenaan hanya digunakan oleh Hafizh sejauh 200km sahaja untuk beriadah selepas kembali dari perlumbaan di luar negara dan dibeli beberapa tahun lalu.

Tertukar Anak 20 tahun - Keluarga Lantik Peguam

Imej
Adryani Iwani Ibeni Yanin (kiri) Adryana Iwani, (tengah) dan Noratirah Husin Dipercayai akibat kecuaian   kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan 20 tahun lalu,dua keluarga yang tiga anak mereka tertukar telah melantik barisan peguam. Menurut jurucakap bagi pihak Tetuan Sam Masri & Associates, Tetuan Khairul Naim Rafidi, Tetuan Azam Rashid & Co serta Tetuan Mohd Nasir & Co, peguam Samry Masri berkata, barisan peguam itu dilantik pada November tahun lalu. Pihaknya juga menulis surat kepada pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan kerjasama pihak hospital itu untuk membekalkan rekod kelahiran dan perubatan yang berkenaan. "Kenyataan serta pandangan yang diberikan oleh Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, pakar psikologi, serta pihak-pihak lain yang simpati dengan nasib anak guam kami serta kedua-dua keluarga mereka," katanya. Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mereka, Adryani Iwani, 'kembarnya' Adryana Irwa

Isu Moratorium - Ini Penjelasan Maybank

Imej
Tawaran ansuran bulanan paling rendah, itu antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Maybank kepada pelanggan mereka. Maybank yang sedia maklum dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan mereka di musim pandemik Covid 19 telah mengambil langkah bijak bagi mengurangi bebanan yang ditanggung oleh pelanggannya. Pelanggan Maybank bagaimanapun mempunyai pilihan untuk memilih jangka masa yang lebih sesuai untuk mereka. Menurut Maybank walau walaupun tempoh moratorium berakhir, sebilangan pelanggan berkemungkinan masih menghadapi beberapa cabaran dalam membuat pembayaran bulanan penuh. Menyedari serta memudahkan pelanggan mengatasi permasaalahan yang ditanggung, maka Maybank memperkenalkan bayaran ansuran lebih rendah dengan jumlah bayaran yang lebuh terkawal. Perincian mengenai pilihan ini juga sudah dimasukkan dalam halaman Soalan Lazim Skim Bantuan Kewangan Covid-19 Maybank yang terdapat di maybank2u.com.my. Dua pilihan tersedia kepada pelanggan bagi pinjaman sewa beli iaitu pilihan pertam

Kluster Nombor Ekor Haram Di Kesan

Imej
Datuk Masidi Manjun yang juga j urucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah,berkata penularan kes Covid-19 dari kluster terbabit melibakan komuniti tiga mukim. Aktiviti penjualan nombor ekor haram mencetuskan satu kluster baharu, Kluster Kuarters Bata Durok di Keningau, Sabah membabitkan mukim Lingkudau, Luagan dan Patikang di daerah terbabit. "Berdasarkan siasatan awal, aktiviti penjualan nombor ekor haram dipercayai menjadi punca jangkitan merebak kepada ahli keluarga seterusnya komuniti," katanya. "Siasatan kontak rapat kemudian mendapati 11 lagi kes positif masing-masing dua kes pada 24 Jun dan sembilan kes pada 26 Jun. "Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau mula rekodkan kluster ini melalui saringan pra-kemasukan wad terhadap kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun dari Taman Keningau Ville di Hospital Keningau pada 23 Jun lalu. Selain Kluster Kuarters Bata Durok, dua kluster lagi telah dikesan di Sabah iaitu Kluster Linau Kumpang di Kota Belud dan Klu

Majlis Sosial Di Ladang - Penyanyi Turut terlibat

Imej
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB). Tambahnya, majlis yang dipercayai membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi berkenaan kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlaku di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, Perak. Dari gambar tersebut menunjukkan mereka yang hadir berkaraoke.Majlis yang turut di hadiri oleh ahli perniagaan tempatan dan beberapa orang penduduk kampung. Polis menjalankan siasatan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, tegas Wan Azharuddin

Berwaspada Dengan Borang Daftar Vaksin - JKJAV

Imej
Laman Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) dalam kenyataan rasminya meminta orang ramai agar jangan terpengaruh dengan penyebaran berita palsu mengenai borang pendaftaran vaksinasi  COVID_19. JKJAV menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan sebarang perkongsian mengenai pendaftaran vaksinasi di aplikasi whatsapp serta mana-mana platform tidak resmi. Kenyataan tersebut juga menyeru orang ramai supaya melindungi data peribadi dari terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebarang info dan maklumat hanya perlu merujuk saluran resmi JKJAV berkait dengan COVID_19. 

Pekerja Di Vaksin -Majikan Tiada Hak Potong Gaji

Imej
Mana-mana majikan yang terlibat di bawah Program Imunisasi Industri Covid 19 Kerjasama Awam - Swasta (PIKAS) di larang memotong gaji pekerja yang telah di vaksin. "Suntikan Vaksin di bawah Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) adalah diberikan secara percuma kepada rakyaat Malaysia" demikian ditegaskan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan,Khairy Jamaluddin. Walaupun kos pentadbiran vaksin  merangkumi penyediaan PPV dikendalikan oleh pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta perlu ditanggung oleh majikan. Tambah Khairy, prinsip tersebut diguna pakai untuk Program PPV Industri di bawah PIKAS yang dipertanggungjawab mengawal penularan Covid 19 melalui Fasa 4 PICK. Beliau juga menegaskan,tiada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai yang hadir ke PPV di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasi covid 19. Begitu juga tiada kos rundingan dikenakan oleh pengamal perubatan swasta ke atas orang ramai yang hadir atas temujanji u

Sebelum 28 Jun Penentuan PKP 3.0

Imej
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman tidak akan dibuat dalam masa terdekat, berikutan perlu menunggu lebih banyak data dianalisa Kementerian Kesihatan (KKM). Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung atau beralih ke fasa seterusnya akan diumumkan tiga atau dua hari sebelum 28 Jun ini. "Kita ada beberapa hari lagi sahaja (sebelum 28 Jun). Jika sekiranya kadar (kes positif) itu boleh turun lagi, bermakna menepati jadual yang kita harapkan, maka negara akan mampu beralih ke fasa kedua. "Jadi kita tidak akan buat pengumuman sekarang. Biasanya kita akan bagi ruang dua tiga hari lagi (sebelum tarikh akhir PKP) sama ada kita nak sambung atau kita akan beralih (ke fasa seterusnya) sebelum pengumuman rasmi dibuat. Walaupun kerajaan menentukan indikator tertentu termasuk jumlah kes harian, proses vaksinasi serta kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), situasi sebenar kes di negara ini sentiasa berubah ,ujar Tan Sri Muhyidd

Pelakon Kelahiran Malaysia dakwa dirogol Bekas Menteri

Imej
M Manikandan bekas Timbalan Menteri Teknoloji Maklumat di Tamil Nadu Mangsa berusia 32 tahun berasal dari Malaysia yang juga seorang pelakon dalam industri filemTamil mendakwa di rogol oleh seorang bekas Timbalan Menteri di Tamil Nadu. Satu Pasukan Khas telah ditubuhkan bagi menangkap bekas Timbalan Menteri Teknoloji  Maklumat iaitu  M Manikandan. Pihak Polis India berjaya menahan serta sudah menyoal siasat Manikandan selama hampir dua jam Ahad lalu. Mangsa mendakwa dia dan Manikandan sudah mempunyai hubungan sejak lima tahun lalu dan lelaki berkenaan berjanji mahu mengahwininya. Wanita itu mendakwa Manikandan menyebabkan dia mengandung tiga kali dan memaksanya menggugurkan kandungannya. Mangsa juga mendakwa Manikandan mengugut mahu menyebarkan gambar dan video bogelnya jika dia enggan meninggalkan negara itu. Manikandan, bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu dan mengatakan tidak mengenali wanita itu langsung. Beliau didakwa dengan pelbagai seksyen mengikut Kanun Keseksaan India ant

Habuan RM39,000 sebulan

Imej
Seorang eksekutif wanita berusia 43 tahun yang bergiat aktif semenjak tahun 2018 hingga tahun ini  ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM Wanita tersebut yang juga s eorang eksekutif sebuah pasar raya ditahan selepas dipercayai terbabit dalam rasuah mendapatkan kontrak pembersihan. Bayaran berkenaan diterima sebagai balasan bagi memastikan syarikat terbabit terus mendapat kontrak pembersihan dengan syarikatnya, demikian menurut sumber. Siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima wang suapan secara bulanan berjumlah RM39,000 daripada beberapa buah syarikat bagi kerja pembersihan. Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim telah mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.  

Vaksin - Israel tipu Palestin

Imej
Pihak Berkuasa Palestin (PA) membatalkan perjanjian penghantaran sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech ke Tebing Barat dan Genting Gaza. vaksin tersebut tidak mematuhi spesifikasi teknikal selain tarikh luputnya semakin hampir.  Israel seperti sengaja mensabotaj program vaksinasi Covid-19 di kedua-dua wilayah tersebut.Perjanjian awal sebelum ini vaksin tersebut sepatutnya tarikh luput adalah pada  Julai-Ogos. Menteri Kesihatan, Mai Alkaila berkata, keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan dilakukan pegawai kesihatan di Ramallah ke atas penghantaran pertama kira-kira 90,000 dos vaksin pada Jumaat lalu. Difahamkan, perjanjian itu dicapai ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu selepas rejim Tel Aviv digesa untuk mengedarkan lebihan bekalan vaksin Covid-19 bagi memastikan penduduk Palestin turut menerima akses vaksinasi. Rejim Tel Aviv cuba mempertahankan perbuatan sabotaj mereka apabila menyatakan bekalan vaksin tersebut kononnya selamat untuk digunakan. Perdana

Individu lengkap di vaksin akan diteliti kelonggaran kebebasan

Imej
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata,kerajaan sedang meneliti kelonggaran dan kebebasan yang akan diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan vaksinasi termasuk kebenaran untuk merentas negeri. Perkara itu sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), sebelum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diumumkan dalam masa terdekat. Selain aspek klinikal ianya juga mengambil kira data-data dari negara lain. Apakah kebebasan diberikan kepada mereka yang sudah lengkap divaksinasi serta ditahap mana. Menurut Khairy lagi, individu yang sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 juga akan dikenal pasti menerusi aplikasi MySejahtera yang berperanan sebagai pasport vaksin kepada individu tersebut. "Setiap individu yang sudah lengkap di vaksin profil MySejahtera akan berwarna kuning, dan QR Code akan digunakan apa

"Damok" berpeluang bersaing di MotoGP -Razlan

Imej
J uara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai "Damok"  mampu tersenyum dengan usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil. Impiannya untuk beraksi hingga ke peringkat lebih mencabar iaitu kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) terserlah apabila telah dijanjikan oleh prinsipal pasukan  Petronas Yamaha Sepang Racing(SRT), Datuk Razlan Razali. Menurut Razlan, beliau bangga dengan prestasi Syarifuddin Azman yang mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol. Janji di kota, Razlan berjanji akan memberikan satu slot kepada "Damok" untuk bersaing dalam kejuaraan MotoGP pada musim depan. Bagi Razlan,"Damok" membuktikan kemampuannya setelah dua tahun bersaing dalam perlumbaan CEV.Menurutnya apa yang dipersembahkan oleh "Damok" jelas memukau kita dengan gaya kawalan jentera yang baik. Tunggangan yang bergaya serta tidak mempersia-sia

Pendirian Agong Agar Parlimen Segera Bersidang - Disokong Oleh Raja-Raja

Imej
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.  Seri Paduka Baginda amat menyedari peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19. Ianya juga  bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan ahli Dewan Rakyat. "Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara. "Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara. "  Raja-raja Melayu bersetuju supaya tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos ini dan menyokong pend