Vaksin - Israel tipu Palestin
Pihak Berkuasa Palestin (PA) membatalkan perjanjian penghantaran sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech ke Tebing Barat dan Genting Gaza. vaksin tersebut tidak mematuhi spesifikasi teknikal selain tarikh luputnya semakin hampir.
Israel seperti sengaja mensabotaj program vaksinasi Covid-19 di kedua-dua wilayah tersebut.Perjanjian awal sebelum ini vaksin tersebut sepatutnya tarikh luput adalah pada Julai-Ogos.
Menteri Kesihatan, Mai Alkaila berkata, keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan dilakukan pegawai kesihatan di Ramallah ke atas penghantaran pertama kira-kira 90,000 dos vaksin pada Jumaat lalu.
Difahamkan, perjanjian itu dicapai ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu selepas rejim Tel Aviv digesa untuk mengedarkan lebihan bekalan vaksin Covid-19 bagi memastikan penduduk Palestin turut menerima akses vaksinasi.
Rejim Tel Aviv cuba mempertahankan perbuatan sabotaj mereka apabila menyatakan bekalan vaksin tersebut kononnya selamat untuk digunakan.
Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh telah memutuskan untuk membatalkan perjanjian tersebut serta-merta.
Sementara itu, kira-kira 30 peratus penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang mempunyai populasi 5.2 juta penduduk telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19
Sumber.- Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/145358/GLOBAL/Israel-sengaja-sabotaj-Palestin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Ulasan
Catat Ulasan