Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Gay Berteriak Kena Sebat

Imej
Lelaki Gay meraung ketika di hukum sebat Penguatkuasaan hukuman Syariah Islam adalah muktamad tanpa mengira sesiapa.Demikian ucapan pegawai undang-undang sebelum menjalankan hukuman sebat kepada pasangan Gay di Wilayah Aceh  di Indonesia. Pasangan Gay menukar pakaian sebelum menenrima hukuman sebat Pasangan Gay berkenaan telah melakukan hubungan seks sejenis yang sememangnya dilarang keras di Wilayah Aceh mengikut undang-undang Islam. Orang ramai hadir menyaksikan hukuman sebat Pasangan tersebut dijatuhkan hukuman sebat hampir 80 kali setiap seorang..Pasangan berkenaan yang tidak didedahkan identiti mereka meraung kesakitan serta merayu agar hukuman dihentikan sewaktu hukuman dijalankan. Lelaki Gay yang pertama terima sebatan Hukuman tersebut dihentikan sementara oleh pegawai syariah yang menyebat mereka. Kedua-dua lelaki berumur sekitar 20 tahun telah dibenarkan minum air. Hukuman diteruskan selepas itu. Lelaki Gay kedua sedia menerima sebatan Menurut sumber, pasangan Gay tersebut dit

17,900 Liang Lahad Baru Tersedia Untuk Mangsa Covid - 19

Imej
Kerja-kerja mempersiapkan  Tanah Perkuburan giat dijalankan "Persiapan awal demi mengelak dari berlakunya kelam kabut untuk mencari lokasi pengkebumian mangsa-mangsa covid 19," demikian tegas Ahmad Riza Patria, Wakil Gabenur DKI Jakarta. Kes Covd 19 di Indonesia mengikut data rasmi sudah mencatatkan angka 1,012,350 serta hampir 29,000 kematian. Langkah mempersiapkan tanah perkuburan baru dilaksanakan ekoran tanah perkuburan umum Pondok Rangon penuh.Tanah perkuburan tersebut antara lokasi pengebumian mangsa covid 19 sekitar Ibu Kota Indonesia. Menurut Riza,Tanah Perkuburan Umum Rorotan terletak di Jakarta Utara, seluas 8,000 meter persegi dengan kapasiti 1,500 liang lahad telah siap. "Tanah Perkuburan Rorotan dijangka boleh digunakan pada minggu depan setelah semua liang lahad dan jalan untuk ke tanah perkuburan siap," itu luahan Riza sewaku membuat tinjaun ke Tanah Perkuburan Umum Rorotan. Meskipun angka kematian di Jakarta hanya 1.6 peratus ,namun liang lahad harus

Di Hukum Penjara 1,050 Tahun

Imej
Lelaki yang dikenakan 1,050 tahun penjara dan 24 sebatan  Sudahlah mengganggur,malah sanggup merogol anak tiri sebanyak 105 kali. Bukan setakat itu sahaja lelaki tersebut juga dikenakan 24 sebatan diatas perbuatannya. Perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Seksyen Klang dengan prosiding memakan masa lebih empat jam ,tertuduh di dakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya berusia 14 tahun. Perbuatan sumbang mahram itu telah dilakukan sebanyak 105 kali oleh tertuduh di sebuah flat di Sungai Way,Petaling Jaya bermula dari 2018 hingga tahun lalu. Hakim Datin M.Kunasundary menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 33 tahun selepas mengaku bersalah terhadap 105 tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut hukuman ditetapkan,lelaki tersebut dipenjara 10 tahun dari tarikh ditangkap pada 20 Januari lalu yang berjalan secara berasingan dan membawa penjara keseluruhannya 1,050 tahun. Tertuduh juga dikenakan dua sebatan bagi 105 pertuduhan dengan jumlah

Ambe Tak Mboh Jual, Mitok Maaf Banyok

Imej
Tok Ngah Nik begitu cermat menjaga RX-Z kesayangannya Otai RX-Z, itu gelaran buat Nik Zahari Wan Omar,58, yang masih aktif menunggang motosikal kesayangannya Yamaha RX-Z model 1985. "Ambe mitok maaf banyok, memang dak terlintas dihati nak jual motor ni" tegas Nik Zahari dalam loghat Terengganu. Tok Ngoh Nik, nama panggilan yang cukup glamour di kalangan pemilik dan peminat RX-Z negeri Terengganu ini menetap di Kampung Pela, Ajil. Menurut Tok Ngoh Nik, motosikal tersebut dibeli pada tahun 1985 dengan harga RM 3,300. Baginya motosikal itu terlalu bernilai serta mempunyai nilai sentimental tersendiri.Yamaha RX-Z yang dimilikinya merupakan model 5 speed keluaran pertama 1985. Motosikal tersebut telah ditawarkan dengan harga RM 50,000 oleh seorang peniaga tempatan, baru-baru ini. Sejak dari muda saya menjaga motosikal ini dan menyertai konvoi ke seluruh negeri.Hati saya buat masa sekarang tertutup untuk menjualnya. Keistimewaan motosikal ini ditambah lagi dengan nombor pendaftaran

Lalok Punya Pasal Rumah Pusaka Nak Dibakar

Imej
longgokan kain langsir dan pakaian yang dibakar Pengaruh dadah punya penangan seorang lelaki hampir membakar rumah pusaka keluarganya. Kejadian berlaku di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas. Namun kejadian tersebut disedari oleh abang lelaki berkenaan. Tindakan drastik telah diambil oleh abangnya dengan bantuan ahli keluarga menangkap lelaki tersebut sebelum menghubungi polis. Menurut abang suspek, beliau yang sedang tidur terjaga apabila mendengar bunyi enjin motosikal di hadapan rumah. Dia kemudian melihat adik lelakinya sedang membakar longgokan kain langsir dan pakaian hingga hampir terkena struktur rumah berdindingkan batu. Abang suspek menyiram air bagi memadamkan kebakaran sebelum menangkap adiknya.  Tindakan melaporkan kepada pihak polis terpaksa dilakukan oleh abang suspek kerana bimbang dengan tindakan lelaki berkenaan yang diluar jangkaan. Menurut abang suspek,beliau mengesyaki adiknya bertindak sedemikian akibat di bawah pengaruh dadah. Kerana suspek pernah t

Nasib Belum Naik Kapalterbang - 2 Warga Bangladesh Positif Covid 19

Imej
2 warga Bangladesh postif Covid-19 dibawa ke Hospital Sg Buloh Dua warga Bangladesh telah menimbulkan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. Kedua-dua mereka yang dijadualkan menaiki penerbangan Malindo Air ke negara mereka pada 9 malam didapati positif Covid-19. Menurut sumber, ketika hendak mendaftar masuk kedua mereka dikehendaki menyerahkan slip ujian saringan Covid-19 kepada petugas di pintu berkenaan.Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya positif Covid-19. Menurut prosedur, bagi penerbangan antarabangsa setiap penumpang diwajibkan menunjukkan hasil ujian saringan Covid-19 sebelum mereka mendaftar masuk. Kedua-dua warga Bangladesh berkenaan didapati menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik swasta. Menurut Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, Ketua Polis Daerah KLIA, anggota polis yang membuat rondaan ketika itu telah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut. Beberapa minit kemudian sepasukan petugas KKM yang len

Kami Yang Teraniaya Kerana KKM

Imej
           Catatan wanita dikenali Azra Ghaz di Facebooknya        Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita yang menggunakan akaun dikenali Azra Ghaz menyatakan kecuaian KKM terhadap suaminya dalam memaklumkan keputusan negatif RTK-Antigen negatif. Natijah kekhilafan Kementerian Kesihatan (KKM) menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti  Covid 19 daripada suaminya. Menerusi perkongsian Azra di Facebook, beliau menyatakan suaminya dijangkiti ketika berada di wad hospital.Ketika mendapat rawatan di hospital, suaminya tidak mampu bergerak dari katil. Timbul persoalan pada Azra, adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul semasa merawat suaminya. Menurutnya lagi, kecuaian KKM ketika memaklumkan keputusan  RTK-Antigen kepada suaminya. Dimaklumkan suaminya negatif, namun hakikat sebenarnya suami beliau adalah positif Covid 19. "KKM mengarahkan suami saya yang positif Covid 19 balik ke rumah,akhirnya kami di rumah pula yang terdedah kepada wabak

Penunggang EX5 Maut Langgar Tiang TM

Imej
lokasi kejadian kemalangan maut di Kampung Sabak dekat Pengkalan Chepa Mangsa. Mohd Ariff Ismail,33,maut di lokasi kejadian setelah motosikal Honda EX5 yang ditunggang merempuh sebatang Tiang Telekom Malaysia (TM). Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Raahim Daud, menjelaskan ,berdasarkan siasatan mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Simpat Empat ke Pantai Dasar dekat Sabak. Apabila memasuki lokasi kejadian,motosikal mangsa dipercayai terbabas sebelum masuk laluan bertentangan dan merempuh sebatang tiang TM. Mangsa yang berasal dari Jalan Panji meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia,Kubang Kerian untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Peluk Bayi Dan Berbogel Terjun Bangunan

Imej
Luo Lili -mangsa terjun bangunan Bukan senang menjadi anak orang kaya.Begitulah tekanan yang dialami oleh seorang wanita kaya kacukan Amerika-China sehingga mengambil keputusan terjun dari pangsapuri. Menurut media tempatan Hong Kong,mangsa Luo Lili,34, mengambil keputusan terjun dari bangunan pangsapurinya setelah kecewa dengan kekasihnya yang tidak bertanggungjawab. Kekasih mangsa enggan mengahwininya setelah mengetahui mangsa mengandung. Mangsa, Luo Lili,mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi perempuan hasil hubungan dengan kekasihnya. Bayi perempuan yang berusia 5 bulan, Aier, juga turut terkorban bersama mangsa. Polis Hong Kong menyatakan kejadian tersebut berlaku di Pangsapuri Yau Ma Tei.Mangsa merupakan anak tunggal konglomerat Jinlin Real Estate yang memiliki projek rumah mewah di China. Mangsa seorang graduan dari salah sebuah Universiti di Amerika Syarikat sejak kecil hidup dalam kemewahan. Dalam satu wawancara beberapa tahun sebelum itu,Luo Lili menegaskan bukannya sen

Dakwa Dirogol Dalam Lokap

Imej
Gambar Hiasan Pesuruhjaya Polis Sarawak,Datuk Aidi mengarahkan siasatan secara terperinci berhubungkait dakwaan tersebut.Dakwaan membabitkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun. Remaja perempuan tersebut mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada dalam lokap Balai Polis Miri pada 9 Januari lalu. Menurut Datuk Aidi, dua anggota yang bertugas ketika kejadian tersebut telah digantung kerja serta -merta sementara siasatan sedang dijalankan. Siasatan secara terperinci akan dijalankan mengenai dakwaan tersebut samada terdapat kecuaian anggota pasukan keselamatan ketika bertugas. Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai remaja tersebut tidak didedahkan.  

Tak Jadi Nikah Lupa Bawa Mas Kahwin

Imej
Pernikahan dibatalkan.Detik yang mengecewakan bagi sepasang pengantin,dek kerana pengantin lelaki terlupa bawa mas kahwin. Tragedi yang cukup memalukan ini berlaku di Jawa Barat. Menurut persetujuan kedua-dua belah pihak,pengantin lelaki berjanji akan membawakan mas kahwin berupa emas seberat 10 gram dan wang tunai. Namun apabila kedua mempelai bersiap-siap menghadap kadi bagi melangsungkan acara pernikahan, apa yang dijanjikan tidak kelihatan.Pengantin lelaki gagal membawa mas kahwin. Tinggal,bapa kepada pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan tersebut. "keluarga kami sudah malu ,tidak perlu diteruskan lagi pernikahan ini" demikian kata-kata Tinggal,bapa pengantin perempuan setelah malu dengan apa yang berlaku kepada anak perempuannya. Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Dewi, hanya akur pada arahan bapanya. Tagedi tersebut telah menimbulkan kekecohan di kedua belah pihak. Pertengkaran tersebut terpaksa dileraikan oleh pihak polis yang tiba di majlis pernikah

Walau Berambut Panjang Murid Boleh Bersekolah

Imej
"Meskipun ada murid yang berambut panjang, mereka dibenarkan masuk sekolah seperti biasa tanpa di kenakan tindakan oleh guru displin", ujar Menteri Kanan Keselamatan,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kelonggaran tersebut dicapai hasil mesyuarat dengan Kementerian Pendidikan baru-baru ini. Isu yang melibatkan 5 juta  murid sekolah di seluruh negara apabila memasuki semula ke institusi  di bawah Kementerian Pendidikan. Kelongaran tersebut diberi susulan semua kedai gunting tidak dibenarkan beroperasi ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 13 Januari. Menurut Ismail Sabri, keputusan menutup atau membuka semula premis Gunting Rambut akan di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan selepas PKP, iaitu tempoh penilaian dua minggu. Beliau juga menjelaskan mengenai rungutan terdapat institusi pengajian tinggi dan sekolah tertentu mengenakan syarat pelajar buat ujian swab dengan kos di tanggung sendiri, beliau berkata ianya tdak boleh dilaksanakan. Ismail Sab

Tersilap Hebahan - Polis Akui Kesilapan

Imej
Rakaman Video Yang Tular di Facebook Ketua Polis Daerah Cheras,Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata terdapat kesilapan dalam hebahan isu aktiviti joging hanya dibenarkan di kawasan tertutup dan bukan di kawasan terbuka. Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan tular satu video di media sosial. Video berbentuk hebahan dan nasihat yang dibuat petugas Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. Video tersebut berkenaan aktiviti joging di sekitar kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil. Hebahan yang mengelirukan itu amat dikesali dan ia akan dibuat semula mengikut ketetapan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti jogging hanya dibenarkan di kawasan kejiranan, tegasnya.

Kaki Disambar Buaya Ditemui

Imej
Anggota bomba membawa anggota badan yang ditemui Sebahagian penuh paha dan pergelangan kaki kanan milik Azyan Azhar,28,mangsa yang disambar buaya di sebuah sungai berdekatan Kampung Meranek,Samarahan ,Sarawak, telah ditemui hari ini. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemukan anggota badan tersebut di muara Sungai Samarahan.  Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak,anggota badan tersebut di temukan lebih kurang 15 kilometer dari pusat kawalan bomba (PKB) serta 7.5 kilometer dari lokasi mangsa di serang buaya. Pihak keluarga mangsa yakin anggota badan tersebut adalah milik mangsa. Kejadian yang berlaku pada Selasa lalu dimana mangsa dan ayahnya Azhar Razali keluar untuk mencari rezeki hasil laut sewal jam 3.45 pagi. Tanpa di duga sewaktu menarik pukat, seekor buaya telah menyambar mangsa dan terus hilang kedalam air.Insiden berlaku didepan mata Azhar Razali.

Selepas 15 Januari Tiada Lagi Kompromi

Imej
Gambar Hiasan Tindakan tegas termasuk terhadap mereka yang melakukan pergerakan menyalahi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bermula selepas 15 Januari ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tindakan kompaun boleh dikenakan terus di lapangan. Tujuan PKP adalah mengurangkan pergerakan.Tiada keperluan untuk keluar rumah selepas kedai di tutup pukul 8 malam. Beliau menjelaskan berhubungkait jumlah kenderaan yang banyak di jalanraya sedangkan PKP telah bermula sejak 13 Januari lalu. Kemungkinan isu tersebut berlaku kerana kerajaan memberi kelonggaran rentas negeri dan daerah sehingga 15 Januari 2021 untuk golongan tertentu. Namun menurut Ismail Sabri, terdapat salah faham bahawa orang ramai masih dibenarkan untuk pulang ke kampung sehingga esok di sebabkan penularan berita palsu. 

Honda Beat 110 - Sinonim Nama Dan Rentak

Imej
Hampir 1 tahun penulis tidak menguji Skuter. Walaupun mendapat jemputan hadir ke majlis pelancaran namun kekangan masa membuatkan ketinggalan dalam misi memburu info skuter terkini. Peluang diberikan oleh Boon Siew Honda bagi menunggang uji Skuter Honda Beat 110.Penulis umpama  baru terjaga dari lena yang panjang.Tidak terfikir langsung tentang model tersebut. Peluang terhidang maka tidak di sia-siakan. Seikhlasnya penulis klasifikasikan Honda Beat 110 merupakan model awalan atau permulaan bagi mereka yang berhijrah ke dunia skuter.Gadis lepasan SPM,ulang alik kerja,hantar anak ke sekolah serta golongan veteran. Teramat sesuai penggunaan di bandar. Kenapa penulis berkata begitu. ini berdasarkan ujian selama seminggu di dalam pelbagai keadaan.Pemilihan nama sememangnya sinonim dengan rentak. Honda Beat 110 bukanlah sebuah skuter yang agresif.Namun cukup senang dikendalikan. Bersifat lemah lembut dengan gaya terkini seronok menunggangnya terutama di celah-celah deretan kenderaan.Kesesaka

Di Tumbuk 3 Kali

Imej
Muhammad Farhan Awang Kafli, 30, yang tular di dalam video berdurasi 37 saat pagi tadi di dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) tampil menjelaskan keadaan sebenar berlaku pada dirinya. Beliau dan isteri katanya kini sedang membuat laporan polis berhubung kes di tumbuk oleh seorang anggota polis semasa di tahan di SJR di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur. pagi tadi. Muhammad Farhan mengakui dirinya sememangnya bersalah kerana cuba melarikan diri tetapi berhenti apabila ditahan,namun menafikan melanggar kaki anggota terbabit. Penjelasan telah diberikan kepada anggota terbabit berhubung isu melanggar kaki,namun menurut Muhammad Farhan segala penjelasannya tidak di terima oleh anggota tersebut dan terus menumbuk beliau. "Tidak benar apa yang dikatakan oleh anggota polis itu,dia telah menumbuk saya dua kali sebelum video di rakam.Kemudian dia datang lagi merampas kunci motosikal dan mendakwa saya melanggar kaki dia" luahan Muhammad Farhan menceritakan situas

Anggota Trafik Nafi Tumbuk,Siasatan Tetap Di teruskan.

Imej
Tular video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang anggota polis dilihat menumbuk seorang penunggang motosikal semasa di sekatan jalanraya (SJR). Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, insiden tersebut berlaku semasa satu sekatan jalanraya (SJR) di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.  Insiden terbabit melibatan sepasang suami isteri warga tempatan yang melarikan diri dari SJR. Sewaktu melarikan diri penunggang motosikal tersebut telah melanggar kaki seorang anggota trafik yang bertugas.Namun penunggang motosikal tersebut berjaya di tahan oleh anggota polis yang lain. Setelah di lakukan semakan penunggang motosikal tersebut di dapati mempunyai 58 saman di atas pelbagai kesalahan trafik. Nik Ezanee menjelaskan,pihaknya sudah mengesan anggota terbabit dan anggota tersebut telah membuat laporan menafikan kejadian terbabit.Namun siasatan tetap akan dijalankan dari segi jenayah dan pelanggaran displin. Setakat ini

Motosikal Sampai Tapi Rosak

Imej
Keadan motosikal yang dihantar oleh syarikat kurier Seorang pelanggan sebuah syarikat kurier tidak berpuashati dengan perkhidmatan syarikat tersebut selepas mendapati motosikal yang di poskan ke negeri asalnya Terengganu rosak teruk. Dikenali sebagai Zikri,30-an,menjelaskan, dia menggunakan khidmat syarikat kurier tersebut pada bulan Ogos tahun lalu kerana berpindah dari Johor Bharu ke Kuala Terengganu. Beliau sebelum ini bekerja di Singapura telah kembali ke Chendering, kampung halamannya untuk memulakan pekerjaan di tempat baru mendapati motosikalnya jenis SYM T2 250 rosak teruk selepas di hantar oleh syarikat kurier berkenaan. Motosikal tersebut di gunakan untuk berulang alik dari Johor Bharu ke tempat kerja di Singapura. Bagaimanapun sehari selepas beliau menghantar motosikal kepada syarikat kurier berkenaan, pihak syarikat kurier tersebut ada menelefon memberitahu iaitu lori yang membawa motosikalnya terlibat dalam kemalangan. Insiden tersebut menyebabkan motosikal beliau rosak te

Tayar Selamatkan Kerbau

Imej
Mohd Idrus menyelamatkan kerbaunya Mohd Idrus Sulaiman,47, terpaksa menggunakan tayar bagi menyelamatkan kerbau-kerbau peliharaannya dari di tenggelami air banjir ke tempat selamat. Insiden ini berikutan kediamannya di naiki air ekoran limpahan Sungai Dungun. Beliau yang tinggal di Kampung Belimbing Jongok Batu,Dungun, terpaksa meredah banjir setinggi 3 meter di mana jarak 500 meter dari kediamannya dek kerana 2 ekor kerbau peliharaannya. Menurut Mohd Idrus, kedua ekor kerbau tersebut telah di pelihara selama 7 tahun.Semasa air naik mendadak selepas mengalih keretanya, beliau terpaksa berpatah balik ke belakang rumah untuk menyelamatkan dua ekor kerbau kesayangan. Kedua ekor kerbau itu berjaya di selamatkan dalam masa 1 jam. Ini berikutan misi menyelamat tersebut terpaksa di lakukan berasingan.Beliau juga mempunyai ternakan lain yang sememangnya di tempatkan  di kawasan lebih tinggi. Selain dari dua ekor kerbau tersebut, beliau juga memelihara 80 ekor kerbau yang lain. Namun dua ekor k

Maut Selepas Pegang Tiang Eletrik

Imej
Rakan mangsa menggunakan kayu untuk selamatkan mangsa gambar- Ihsan Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif,Ketua Polis Daerah Pasir Mas,berkata siasatan awal mendapati mangsa Muhamad Azuwan Amran,19,telah berpegang pada tiang eletrik di lokasi kejadian. Insiden tersebut berlaku setelah mangsa memegang tiang lampu ketika mengharungi banjir di simpang empat berdekatan sebuah stesen minyak. Kejadian tersebut berlaku di Rantau Panjang ,Kelantan . Menurut saksi kejadian mangsa yang menemani rakannya untuk mengambil pakaian dan pulang semula ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Rantau Panjang mengerang kesakitan dan rebah selepas memegang tiang lampu tersebut. Rakan mangsa cuba untuk menyelamatkannya, namun bimbang apabila turut terasa adanya arus eletrik berhampiran .Beliau terpaksa menggunakan kayu bagi menarik mangsa ke tempat selamat. Hasil bantuan orang ramai,mangsa telah di bawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Rantau Panjang untuk tindakan susulan. Pegawai perubata

Cili Kena Cat

Imej
Cili yang di warnakan  Kalau nak cepat laku jualan pun,itu bukan caranya. Menipu pun agak-agak lah. Nasib kes bukan berlaku di negara kita.Seorang petani dari Daerah Temanggung telah ditahan oleh Polis Banyumas apabila didapati mewarnakan Cili yang belum masak sepenohnya. Menurut laporan Kompas.com,suspek di tahan susulan penemuan cili yan diwarnakan di tiga pasar tradisional Banyumas.  Cili-cili yang diwarnakan di jumpai di Pasar Wage Purwokerto, Pasar Cermin Baturadden dan Pasar Kemukusan Sumbang.  Petani tersebut bertindak sedemikian apabila pasaran harga cili merah di Indonesia naik mendadak. Permintaan cukup tinggi.Di mana harga sebelum nya sekitar 44,000 rupiah (Rm12.60 sen) sekilogram. Terkini harga cili merah melambung naik menjadikan 54,000 rupiah (Rm 16) sekilogram.Dan sejarah harga cili merah paling mahal di Indonesia pernah mencecah 60,000 rupiah (Rm 16) sekilogram

Mayat Dalam But Kereta

Imej
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.Pertemuan mayat sorang lelaki warga tempatan 70 tahun. Mayat warga emas tersebut di jumpai di dalam but sebuah kereta di Jalan Wawasan 5/2,Taman Wawasan,Puchong. Lelalki warga emas tersebut dipercayai hilang sejak enam hari lalu. Polis telah mendapatkan bantuan daripada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengumpil but kereta bagi mengeluarkan mayat di lokasi . Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Husqvarna Tampil 3 Model Jalanan Di Malaysia

Imej
Husqvarna Motorcycles Malaysia membuka tirai tahun 12021 dengan menampilkan 3 model jalanan terkini ke pasaran negara.Acara perasmian 3 model tersebut berlangsung di WELLY WORLD CYCLE @ HUSQVARNA SHOWROOM,Sg Buloh. Svartpilen 250 , Svartpilen 401 dan Cafe Racer Vitplen 401 .Sekilas pandang cukup unik serta menakjubkan 3 model jenama dari Sweden. "Lifestyle" itu yang boleh kami kategorikan kepada bakal pemilik model-model rekaan Scandinavia.Bukan pecutan,bukan untuk kaki meleper tetapi gaya keunggulan harian jelas mempengaruhi rekabentuk 3 model Husqvarna tersebut. VITPILEN 401 Diantara 3 model Husqvarna yang di bawa masuk ke Malaysia terselit versi Cafe Racer iaitu Vitpilen 401 yang bakal mengegarkan pasaran motosikal  di negara kita yang sama kelas dengannya. Vitpilen 401 dengan enjin bersesaran 373cc , Silinder tunggal dengan output 44hp/37Nm dan digerakkan melalui sistem transmisi 6 kelajuan. Kerangka cukup sofsikated jenis Trellis . Suspensi jenis WP Apex 43mm di depan

2 Penunggang Yamaha Maut

Imej
Suasana kejadian di lokasi pertembungan maut. Kejadian yang berlaku di Km 42, Jalan Tampin - Gemas berhampiran Taman Pinggiran Felda,Tampin.Dua penunggang Yamaha maut di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, kedua mangsa merupakan operator kilang. Muhammad Khairul Hafuan Mustaffar,19,menunggang Yamaha 125ZR dari arah Tampin ke Gemas telah bertembung dengan Mohamad Syahrul Ikmal Radhi,21, menunggang Yamaha 150ZR dari arah bertentangan. Pertembungan sesama sendiri itu mengakibatkan kedua penunggang Yamaha meninggal di tempat kejadian.Kedua--dua mayat telah di hantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987

"Takut Sokmo Bila Hujang Lebat"- Hamidah

Imej
Hamidah dibawa ke PPS oleh anggota bomba -Gambar- Metro Tiga kali dalam masa sebulan terpaksa berpindah lantaran rumah dinaiki air banjir.Demikian musibah yang menimpa Hamidah Long,76.Beliau adalah salah seorang mangsa banjir di Kampung Hilir,Pasir Gajah,Kemaman. Hamidah yang tinggal berseorangan di rumahnya terpaksa berpindah buat kali ketiga apabila air dinaiki setinggi 0.5 meter.Menurut Hamidah,hampir empat tahun beliau tinggal seorang diri. Anak-anaknya tinggal di luar kawasan.Beliau yang menghidap penyakit jantung dan darah tinggi kebiasaannya ditemani oleh anak-anaknya secara bergili-gilir. Setiap kali hujan lebat penduduk kampung akan sentiasa datang menjenguk Hamidah atau lebih mesra di panggil Tok Wan dikalangan penduduk kampung. Tok Wan sememangnya sudah biasa menjadi penghuni  tetap di PPS setiap kali musim banjir.