Tayar Selamatkan Kerbau


Mohd Idrus menyelamatkan kerbaunya

Mohd Idrus Sulaiman,47, terpaksa menggunakan tayar bagi menyelamatkan kerbau-kerbau peliharaannya dari di tenggelami air banjir ke tempat selamat. Insiden ini berikutan kediamannya di naiki air ekoran limpahan Sungai Dungun.

Beliau yang tinggal di Kampung Belimbing Jongok Batu,Dungun, terpaksa meredah banjir setinggi 3 meter di mana jarak 500 meter dari kediamannya dek kerana 2 ekor kerbau peliharaannya.

Menurut Mohd Idrus, kedua ekor kerbau tersebut telah di pelihara selama 7 tahun.Semasa air naik mendadak selepas mengalih keretanya, beliau terpaksa berpatah balik ke belakang rumah untuk menyelamatkan dua ekor kerbau kesayangan.

Kedua ekor kerbau itu berjaya di selamatkan dalam masa 1 jam. Ini berikutan misi menyelamat tersebut terpaksa di lakukan berasingan.Beliau juga mempunyai ternakan lain yang sememangnya di tempatkan  di kawasan lebih tinggi.

Selain dari dua ekor kerbau tersebut, beliau juga memelihara 80 ekor kerbau yang lain. Namun dua ekor kerbau yang diselamatkan menggunakan tayar sebagai pelampung amat istimewa di hatinya. 

Tentang stok makanan binatang peliharaan,beliau mengambil langkah awalan dengan menyimpan stok yang banyak, kerana di musim tengkujuh saban tahun  makanan sukar di dapati. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ