Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

Tun M Kecewa Kenyataan Berbohong Di Parlimen

Imej
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa “Titah Yang di-Pertuan Agong hari ini menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sengaja berbohong kepada Parlimen berhubung pembatalan Ordinan-ordinan Darurat,”   Menurut ahli parlimen Langkawi ini jelas menujukkan perdana menteri 'menipu' Parlimen setelah Yang DiPertuan Agong menzahirkan rasa dukacita isu pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Baginda. “Tidak nampak pun reaksi dari Muhyiddin menahan Takiyuddin daripada terus berucap walau duduk di depannya,” kata Dr Mahathir lagi. Muhyiddin juga tidak cuba memperbetulkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu pembatalan darurat pada sidang khas Isnin lalu. “Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda,” kata kenyataan Istana Negara hari ini. Baginda turut menzahirkan rasa “amat dukacita” berhubung titah pem

Vaksin Yang Ada Di Malaysia Berkesan Cegah Varian Delta -KJ

Imej
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata s emua jenis vaksin yang ada di negara kita berkesan dalam mencegah jangkitan varian Delta. Vaksin AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac yang diberikan kepada rakyat Malaysia setakat ini telah terbukti berkesan terhadap varian baharu itu,ujar Khairy. Tambahnya lagi, “Setakat sekarang, vaksin Pfizer dan AstraZeneca, sudah pun menunjukkan, melalui penerbitan dalam jurnal kesihatan bahawa walaupun ada sedikit penurunan dari segi keberkesanannya terhadap varian Delta, ia masih lagi berkesan. Maklumat daripada pengeluar sinovac ada mengatakan bahawa vaksin sinovac juga memberi tahap perlindungan yang baik terhadap varian Delta. Khairy juga berkata laporan dari pengeluar vaksin sinovac dibuktikan dimana sebahagian besar di Indonesia,barisan hadapan mereka mengambil vaksin sinovac,sementara di negara kita vaksin pfizer.

415,000 Dos Vaksin AstraZeneca Akan Diterima dari UK

Imej
Sebanyak 415,000 dos vaksin Covid-19 AstraZeneca akan di sumbangkan oleh United Kingdom(UK) ke Malaysia. Sumbangan tersebut telah diumumkan oleh Setiausaha Luar Negeri,Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, Dominic Raab di London.  Menurut Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ini merupakan simbol perhubungan yang erat serta akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala dipelbagai peringkat. Malaysia amat menghargai sokongan yang diberikan UK serta percaya bahawa kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk mendepani cabaran pandemik dan menuju ke arah pemulihan. Sumbangan itu juga akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi harian PICK yang sedang dilaksanakan, tambahnya. Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay berkata: "Saya gembira Malaysia adalah yang pertama menerima vaksin dari UK. Sumbangan vaksin ini mencerminkan komitmen UK untuk membantu rakan kita di Malaysia.  Kami percaya bahawa ini akan membantu merancakkan lagi program vaksinasi di s

PKP - Isteri Curang Edar Dadah Dengan Kekasih

Imej
W anita yang sudah lama terpisah dengan suaminya akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bukan setakat curang, malah mengedar dadah bersama kekasihnya. Aktiviti Ibu beranak dua berusia 30 tahun terbongkar bila diberkas bersama kekasih berumur 32 tahun di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru,Melaka. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Zulkiflee Rashid, ketika serbuan, polis menemui lapan paket lutsinar mengandungi dadah bersama suspek. “Kesemua peket dipercayai berisi dadah jenis heroin seberat 89.18g itu ditemui di dalam salah sebuah bilik di rumah lelaki berkenaan. Tambahnya, beberapa alatan digunakan untuk menghisap syabu dan alat penimbang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah turut dirampas. “Pasukan polis turut menemui tujuh peket plastik syabu seberat 12.15g, enam biji pil Eramin 5 dengan anggaran keseluruhan bernilai RM6,000,” katanya. Kedua-dua suspek dipercayai aktif mengedar di kawasan setempat sejak sebulan lalu dan rumah sewa merupakan l

Sinovac Dijual,Kenapa? - Rafidah Aziz

Imej
Mantan M enteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, rakyat tidak sepatutnya membayar untuk sesuatu “yang sepatutnya percuma.” Tan Sri Rafidah Aziz mendesak jawatankuasa pemantauan vaksin bagi menjelaskan keputusan untuk membenarkan penjualan 14 juta dos Sinovac kepada syarikat swasta. “Bukankah semua keperluannya dikira dan dirancang, untuk diberikan secara percuma kepada rakyat?” Beliau mengulas setelah mengetahui bahawa Pharmaniaga Bhd akan menjual vaksin itu kepada negeri dan syarikat swasta yang berminat mulai bulan ini sehingga September. Pharmaniaga Bhd diberi lampu hijau untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). Menyentuh menenai isu berkenaan, Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai negeri dan syarikat yang telah memohon untuk membeli vaksin berkenaan akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan. “Memvaksin populasi satu perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat,

Ustaz Ebiet Liew Buat Laporan Polis

Imej
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamed Zainal Abdllah mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Pendakwah terkenal Ustaz Ebiet Liew. Ustaz Ebiet Liew membuat laporan petang semalam.Laporan berkenaan berhubung tudunan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menersi laman sosial baru-baru ini. Laporan tersebut di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Dalam laporannya Ustaz Ebiet Liew menyatakan dirinya telah menerima tuduhan yang tidak berasas oleh beberapa individu. Ebiet Liew dalam sidang media selepas membuat laporan di balai polis di IPD Dang Wangi, berkata beliau ada menamakan beberapa individu termasuk Ketua pegawai eksekutif sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan penyanyi rap Caprice. Menurut Ebiet,beliau pada mulanya tidak ingin memperbesarkan isu ini. Namun ianya menjadi semakin tular (dalam media sosial) maka terpaksa dia membuat laporan polis. Dan saya serahkan pada pihak Polis untuk menyiasat. Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Dat

Hanya Untuk Yang Tercicir- Boleh Walk In

Imej
Merujuk kepada satu mesej yang tular melalui media sosial hari ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata, justeru inisiatif itu bukan untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing. Mesej 'berantai' itu turun menyenaraikan 50 PPV serta jenis vaksin yang disediakan di pusat terbabit, sekali gus menimbulkan kebimbangan kemungkinan berlaku kesesakan. Pada masa sama, CITF berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan 'walk-in' pada Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak, manakala PPV sedia ada tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif itu. Inisiatif masuk terus tanpa janji temu (walk-in) yang diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, Jumaat lalu, adalah untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu masing-masing selepas tarikh itu. "Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang sudah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. I

Lepas Raya Akan umumkan Kelonggaran Kepada Yang Lengkap 2 Dos Vaksin - TPM

Imej
Kelonggaran buat individu yang telah lengkap vaksinasi 2 dos akan diumumkan oleh kerajaan selepas Hari Raya Aidiladha nanti,kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub. Menurut beliau,isu berkenaan sedang diteliti jawatankuasa teknikal bagi memastikan jenis kelonggaran yang akan dibenarkan kepada golongan yang telah lengkap 2 dos vaksin Covid - 19. Kajian juga menyentuh sektor perniagaan yang mana boleh dilonggarkan, perkara tersebut sedang diteliti,beliau berkata sedemikian disidang media selepas melancarkan inisiatif Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan,hari ini. Beliau juga berkata berhubung isu nasib mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan,perkara sedemikian akan dirujuk kepada Kemenerian Kesihatan.

Berhimpun Di Dataran Merdeka Penganjur Akan Dikompaun

Imej
  Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, p enganjur satu perhimpunan di Dataran Merdeka hari ini akan dikompaun. Perhimpunan berkenaan melibatkan 20 individu. Siasatan awal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti tiga individu sebagai penganjur himpunan tersebut. Siasatan turut dijalankan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana berhimpun tanpa notis. Kumpulan ini diketuai oleh Sekretariat Solidariti Rakyat yang merupakan gabungan parti politik iaitu Parti Muda, Pejuang, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR). Seramai 20 individu berkumpul di padang Dataran Merdeka sambil mengibarkan bendera hitam dan membawa sepanduk selain membawa lima patung menyerupai jenazah yang dikafan. “Semasa himpunan tersebut berlangsung, telah dilancarkan kempen puisi #PuisiDarurat bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan,” menurut Mohamad Zainal.

Kit Ujian Antigen Covid 19 Buatan Malaysia Berada Di Pasaran

Imej
Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID -19 iaitu kit kendiri ujian pantas antigen Covid-19 buatan Malaysia yang pertama akan berada dipasaran negara kita bermula 19 Julai nanti.  MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD) melalui Pengarah Projek MeDKAD,Syahriah Razak berkata kit Salixium itu dapat mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia dan persampelan melalui hidung. Kit ujian pantas mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk dilakukan dan hasilnya dinilai oleh jalur yang dapat dilihat dengan jelas, ia akan mengesahkan kewujudan antigen. Diharapkan produk hasil usaha MeDKAD ini mampu menyelesaikan masalah kesesakan di pusat-pusat saringan Covid -19.  "Kewujudan atau ketiadaan antigen SARS-CoV-2 dalam persampelan akan ditunjukkan menerusi jalur berwarna merah jambu/ungu di kit tersebut. Sekiranya sampel berkenaan tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2, tiada jalur warna akan muncul, menunjukkan hasil ujian adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan. "Sebagai peng

Mulai Esok Warga Emas Boleh 'Walk-In' Untuk Vaksin

Imej
Berita yang mengembirakan buat warga emas di Kuala Lumpur dan Selangor yang masih belum menerima janji temu untuk di vaksin. Mulai esok 17 Julai Warga emas boleh pergi kemana-mana PPV di Kuala Lumpur dan Selangor secara terus (Walk In). Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Immunisasi Covid - 19 Kebangsaan(PICK) berkata, pemberian vaksin secara 'Walk In' hanya khusus buat warga emas yang belum menerima temujanji di aplikasi MySejahtera. Laluan khas bagi warga emas akan disediakan di setiap PPV di Kuala Lumpur dan Selangor selain garis panduan bagi melicinkan proses pemberian vaksin secara terus,ujar Khairy Jamaluddin.

Warga Emas Di Lembah Klang Boleh 'Walk - In" Untuk Suntikan Vaksin

Imej
Kini warga Emas berusia 60 tahun dan keatas di Lembah Klang diberi keistimewaan secara 'Walk-In'' atau jumpa terus ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) bagi mendapat suntikan vaksin. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata,langkah untuk warga emas tersebut dijalankan menerusi projek rintis di PPV Lembah Klang dan bakal diperluaskan ke seluruh negara nanti. Bagaimanapun taikh pelaksanaannya akan diumumkan kelak. Data menunjukkan sehingga kini kira-kira 2.47 juta daripada 2.98 juta warga emas yang mendaftar telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid - 19. Tambah beliau lagi,warga emas boleh ke PPV .Kita sememangnya menggalakkan golongan ini datang secara 'Walk - In' dan bekalkan bekalan vaksin ke PPV di Lembah Klang bagi tujuan ini. 

RM1,000 - Waris Mangsa Covid-19 Boleh Mohon Bantuan

Imej
Mulai esok 12 Julai sehingga 12 Ogos 2021,waris atau ahli keluarga mangsa Covid-19 boleh mohon bantuan khairat kematian. Inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 boleh dimuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://www.selangorprihatin.com. Bantuan yang disalurkan akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam jangkamasa 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat tepat dan lengkap. Menurut Exco Kesihatan Awam,Dr Siti Mariah Mahmud sebanyak 1,500 keluarga bakal menerima manfaat tersebut dengan jumlah keseluruhan peruntukkan RM1.5 juta. Syarat permohonan seperti berikut:- 1. Warganegara Malaysia 2. Pemohon (waris terdekat) dan yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Selangor serta menetap di Selangor atau bermastautin di Selangor lebih 10 tahun 3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian 4. Meninggal dun

i-Citra Boleh dimohon bermula 12 Julai - KWSP

Imej
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah bertindak pantas dengan mengubah jadual permohonan pengeluaran i-Citra kepada 12 Julai 2021, iaitu tiga hari lebih awal dari tarikh sebelumnya. Berita ini pastinya mengembirakan ahli KWSP yang berumur 55 tahun kebawah.Ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran boleh layari laman sesawang icitra.kwsp.gov.my. i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk mengeluarkan smpanan KWSP sehingga jumlah maksimum RM5,000.Ianya tertakluk jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2. Menurut KWSP, jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara lima kali bayaran bulanan dengan jumlah RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. Pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang layak pada bulan Ogos 2021.  Bagi memudahkan urusan permohonan dalam talian i-Citra,pemohon dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password(OTP),disamping akaun bank

Tidak Perlu Tunggu 3 Bulan - Bekas Pesakit Covid Boleh Divaksin

Imej
Mereka yang telah bebas atau pulih dari jangkitan  virus SARSCoV-2 iaitu Covid-19 tidak perlu untuk menunggu selama 3 bulan untuk menerima suntikan vaksin. Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin Covid - 19 (JKJAV) memaklumkan keputusan tu berteraskan pendapat pakar yang dibentangkan dalam persidangan JKJAV baru-baru ini. Kenyataan tersebut memaklumkan,suntikan vaksin perlu diberikan lebih awal dari tempoh tiga bulan seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Langkah sedemikian diambil memandangkan penularan varian baharu Covid-19. Oleh itu  bekas pesakit Covid-19 yang disahkan bebas daripada virus kini dibenarkan untuk divaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) menurut janji temu yang diberikan. Menurut JKJAV, bagi pesakit yang menerima antibodi monoklonal anti-SARS-CoV-2 atau ‘convalescent plasma’ sebagai sebahagian daripada rawatan Covid-19, mereka hanya boleh diberikan vaksin sekurang-kurangnya 90 hari selepas pulih. Itu adalah langkah berj

MCA - MIC tetap sokong PN sehingga pilihanraya

Imej
Presiden MCA Chong Sin Woon Presiden MCA, Chong Sin Woon dan  Presiden MIC, S Vigneswaran nampaknya senada serta bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menarik balik sokongan terhadap  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Chong Sin Woon,kemelut berkenaan tidak menjejaskan pendirian MCA bagi terus  menyokong kepimpinan Tan Sri Mauhyiddin Yassin. "Buat masa sekarang tiada sebarang keputusan yang terkini dari BN.Jadi MCA akan terus menyokong PN sehinggalah pilihanraya akan datang sepertimana yang diputuskan oleh BN sebelum ini," tegas Presiden MCA . Presiden MIC S Vigneswaran Tambahnya lagi, "semasa UMNO memerintah dahulu, banyak kali juga desakan oleh pembangkang supaya perdana menteri berundur, tetapi mereka tidak buat sebab mereka tahu itu hanya desakan." Sementara Presiden MIC, S Vigneswaran mempunyai pandangan yang berbeza.Beliau menegaskan sepatutnya menteri UMNO di dalam kerajaan mestilah meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum

Tarik Balik Sokongan Kepada PM Berkuatkuasa Serta Merta -Presiden UMNO

Imej
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini yang berlangsung secara maya lebih dari empat jam. UMNO telah memutuskan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keputusan tersebut dicapai susulan kerajaan Pakatan Nasional (PN) gagal memenuhi tujuh pra syarat yang telah ditetapkan oleh UMNO sewaktu Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020. Menurut Zahid, beliau menggalas mandat sebulat suara para pewakilan di Perhimpunan Agong UMNO 2020 serta berpandukan tujuh kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyaat yang digariskan,maka jangkamasa yang diberikan bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin di tarik balik dan dihentikan. UMNO  mendesak agar Tan Sri Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad 

Vaksin Pfizer Dan Moderna Berkesan Untuk Varian Lambda

Imej
Varian baharu Covid-19, Lambda yang pertama kali dikesan di Peru dipercayai mampu di lemahkan oleh Vaksin Pfizer dan Moderna. Sekolah Perubatan Grossman Universiti New York telah melakukan kajian terkini dan mendapati vaksin Moderna dan Pfizer mampu melindungi  individu daripada varian Lambda pada tahap yang memuaskan. Varian Lambda setakat ini telah dikesan di 30 negara dalam masa beberapa minggu sahaja. “Penemuan ini membuktikan kepentingan pemberian vaksin secara meluas yang akan melindungi individu daripada  Covid-19, mengurangkan penyebaran virus dan melambatkan kemunculan varian baharu,” demikian analisa hasil kajian tersebut. Intipati dari kajian membuktikan vaksin yang digunakan pada ketika ini kekal melindungi individu dari varian Lambda dan terapi antibodi monokral adalah efektif. Apa yang membimbangkan ahli epidemiologi ialah lonjakan protein L452Q yang ditemui didalamnya berpotensi berjangkit pada manusia sepertimana mutasi L452R dalam varian Delta secara automatik mengakib

Lari Kerana Panik Penggera Kebakaran Berbunyi - PDRM

Imej
Tular video yang menunjukkan pekerja-pekerja kelam kabut melompat pagar sebuah syarikat kurier di Seksyen 22 Shah Alam bagi menyelamatkan diri masing-masing petang semalam. Pelbagai telahan dan prasangka buruk susulan kejadian berkenaan telah terdampar didada media sosial. Kejadian berkenaan dikaitkan dengan serbuan oleh pihak berkuasa serta  memaksa pekerja kilang mengambil tindakan drastik tanpa memikirkan keselamatan diri. Inilah natijahnya apabila kuasa viral menguasai minda masyarakat kita hari ini. Tanpa selidiki terus mengiyakan apa yang di lihat. Namun kenyataan sebenarnya terpesong jauh. Kejadian yang berlaku pada petang semalam adalah akibat daripada gangguan 'false fire alarm trigger'  syarikat kurier tersebut dan ianya dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian.Dan bukannya operasi oleh pihak berkuasa tehadap kilang berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharuddin Mat Taib, kejadian yang berlaku telah menimbulkan suasana panik kepada pekerja kilang ber

Produk Rawatan Covid-19 Secara Kendiri DiRampas - JKNS

Imej
Datuk Dr Sha'ari Ngadiman Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Produk berjenama 'Lianhua Qingwen Jiaonang' satu produk yang didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19 secara kendiri telah dirampas oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor(JKNS) baru-baru ini. Pengarah Kesihatan Negeri Selangor,Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata sebanyak 101 kotak produk berkenaan telah dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya. Produk yang bernilai  RM2,500 itu disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan ini merupakan rampasan kali kedua keatas produk berkenaan selepas oktober tahun lalu. Produk 'Lianhua Qingwen Jiaonang' merupakan produk yang tidak berdaftar. Ianya dikhuatiri akan membawa kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan penggunanya. "Mereka yang taksub dengan produk tersebut seharusnya membuat pemereksaan perubatan terlebih dahulu dari pengamal perubatan yang berdaftar sebelum mengambil tindakan drastik yang bakal meros

Mengapa Kesatuan Eropah Diskriminasi Vaksin AstraZeneca?

Imej
Sikap diskriminasi oleh Kesatuan Eropah (EU) mempersoalkan asal usul Vaksin jenama AstraZeneca menjadi isu utama kepada Menteri Penyelaras Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK). Khairy Jamaluddin selaku teraju utama Program Immunasi COVID - 19 Kebangsaan agak keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh EU berhubung pengiktifaran Vaksin AstraZeneca. EU dalam kenyataan mereka telah menjelaskan Vaksin AstraZeneca yang mendapat kelulusan dari  European Medicines Agency sahaja akan diiktiraf. 'Formula vaksin yang sama turut digunakan di semua fasiliti pembuatnya. Tiada sebab EU mendiskriminasi antara sebuah fasiliti pembuat AstraZeneca dengan fasiliti yang lain', demikian luahan Khairy Jamaluddin. Menteri Penyelaras Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan,Khairy Jamaluddin akan meminta AstraZeneca memaklumkan kepada EU iaitu semua fasiliti pengeluarannya telah melaksanakan Amalan Pembuatan Baik(GMP).

Enam Pemain Badminton Negara Positif Covid -19

Imej
"Tiada gejala dan telah dihantar ke pusat kuarantin berikutan keputusan ujian keenam mereka positif Covid - 19", demikian kenyataan ringkas Persatuan Badminton Malaysia(BAM) di laman facebook. Kenyataan tersebut di keluarkan BAM susulan enam pemain badminton negara telah di sahkan positif Covid -19 sekembali dari menyertai kejohanan Spanish International 2021. Malaysia telah menghantar 20 peserta ke Kejohanan Spanish International 2021 yang berlangsung di La Nucia bermula dari 16 Jun hingga 19 Jun. Pemain badminton negara sekembalinya ke tanahair tidak terkecuali dari menjalani kuarantin wajib seperti mana arahan pihak berkuasa. Kesemua mereka belum kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) sejak pulang ke Malaysia serta tidak berinteraksi dengan pemain negara yang akan ke Olimpik Tokyo. "Kenam-enam mereka yang positif Covid -19 dibenarkan kembali ke ABM selepas pemain yang bakal beraksi di Olimpik Tokyo berlepas ke Jepun," demikian kenyataan BAM di laman facebook

PKPD 34 Mukim Di Selangor Tiada Kawad Berduri - KP Selangor

Imej
34 Mukim di Selangor yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 3 Julai  hingga 16 Julai tidak akan dipasang pagar kawat berduri. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed,pihaknya akan mempertingkatkan kawalan di sekatan jalanraya (SJR). Arjunaidi berkata, pihaknya akan menggunakan 80 peratus kekuatan daripada hampir 14,000 anggota dan pengawainya bagi operasi pematuhan prosedur operasi standard  (SOP) di kawasan PKPD bagi memastikan tiada individu yang merentas kawasan. "Kita akan lakukan sekatan jalanraya di laluan kebiasaan orang ramai untuk merentas kawasan (antara mukim dan daerah). Pasukan pemantau akan diletakkan bagi memastikan tiada individu yang merentas daerah atau negeri. Selain 120 hingga 140 sekatan jalan raya yang dijalankan,polis akan memperbanyakkan sekatan jalan raya secara bergerak atau 'snap check'. Arjunaidi menambah, PKPD yang akan dilaksanakan bermula 3 Julai sehingga 16 Julai adalah satu tindakan w

Persatuan Insuran - Pemegang Polisi Di Minta Kemukakan Tuntutan Ujian Saringan Covid - 19

Imej
Pemegang Sijil atau Polisi di minta untuk kemukakan tuntutan mereka berkaitan ujian saringan Covid - 19 di bawah Tabung saringan Covid - 19 (CTF). Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia(LIAM),Persatuan Takaful Malaysia(MTA) dan Persatuan Insuran Am Malaysia(PIAM). Ketiga persatuan berkenaan berkata pemohon yang telah melakukan ujian saringan pada atau sebelum 31 Mei 2021, boleh mengemukakan permohonan melalui laman web My CTF  di www.myctf.my pada 15 Julai 2021. CTF bernilai 10 juta ditutup secara rasmi pada 21 Mei 2021,sepertimana yang diumumkan di laman web LIAM,MTA dan PIAM. Namun,industri insuran dan Takaful telah memutuskan pertimbangan rayuan untuk ujian yang dilakukan pada atau sebelum31 Mei 2021.Pembayaran balik tertakluk kepada pemohon memenuhi kriteria kelayakan ditetapkan CTP dan pemohon berdasarkan kes demi kes. Kelulusan permohonan dari pemegang polisi dan sijil adalah atas budi bicara CTP dan pemohon akan diberitahu jika rayuan mereka dilul

1 Juta Dos Vaksin AstraZeneca Mendarat Di Malaysia

Imej
1 juta dos vaksin Covid-19  keluaran AstraZeneca selamat tiba di negara kita dari Jepun semalam. Bekalan vaksin berkenaan merupakan sumbangan dari kerajaan Jepun tiba di pintu C32 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Japan Airline JAL723 petang semalam. Sumbangan satu juta dos keluaran AstraZeneca tersebut adalah bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinansi di bawah Program Imunisasi Covid - 19 Kebangsaan (PICK). Dengan ketibaan bekalan tersebut sekaligus menjadikan vaksin keluaran AstraZeneca yang diterima oleh Malaysia adalah sebanyak 1,828,000 dos sehingga Julai. Menteri Luar Datuk Seri Hisahamuddin Tun Hussein , Menteri Penyelaras PICK,Khairy Jamaluddin serta Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka turut hadir semasa ketibaan vaksin berkenaan. Menurut Hiroshi Oka,sumbangan vaksin dari Jepun kepada kerajaan Malaysia merupakan simbol terbaharu persahabatan antara kedua-dua negara negara . Kerajaan Jepun juga bersetuju menyumbang vaksin AstraZeneca kepada