415,000 Dos Vaksin AstraZeneca Akan Diterima dari UK



Sebanyak 415,000 dos vaksin Covid-19 AstraZeneca akan di sumbangkan oleh United Kingdom(UK) ke Malaysia.

Sumbangan tersebut telah diumumkan oleh Setiausaha Luar Negeri,Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, Dominic Raab di London. 

Menurut Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ini merupakan simbol perhubungan yang erat serta akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala dipelbagai peringkat.

Malaysia amat menghargai sokongan yang diberikan UK serta percaya bahawa kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk mendepani cabaran pandemik dan menuju ke arah pemulihan.

Sumbangan itu juga akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi harian PICK yang sedang dilaksanakan, tambahnya.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay berkata: "Saya gembira Malaysia adalah yang pertama menerima vaksin dari UK. Sumbangan vaksin ini mencerminkan komitmen UK untuk membantu rakan kita di Malaysia. 

Kami percaya bahawa ini akan membantu merancakkan lagi program vaksinasi di samping melindungi lebih banyak nyawa di sini."

Vaksin University of Oxford-AstraZeneca yang disumbangkan ke Malaysia dihasilkan Oxford Biomedica di Oxford dan dibotolkan di Wrexham, North Wales.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi pihak kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya di UK atas sumbangan untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ