Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2024

Litar Buriram - Thailand - Gelanggang Pembukaan MotoGP 2025 Dan 2026

Imej
  Litar Buriram -Thailand L itar Buriram yang tersenarai dalam kalendar MotoGP semenjak tahun 2018 terpilih sebagai litar pembukaan MotoGP bagi tahun 2025 dan 2026. Pemilihan tersebut berdasarkan kredibiliti selepas 4 kali menganjurkan perlumbaan MotoGp dan berjaya mengamit hampir 800,000 pengunjung.  Carmelo Ezpeleta,Ketua Pegawai Eksekutif  MotoGP dalam kenyataannya telah mengesahkan perubahan berkenaan. Dengan pengesahan berkenaan secara automatik Thailand mengantikan Qatar dan memecahkan tradisi MotoGP.  Dijangka Litar Buriram akan menjadi tuan rumah sesi ujian rasmi kedua musim 2025 dan 2026 selepas Litar Antarabangsa Sepang.   Difahamkan MotoGP Thailand akan berlangsung pada minggu pertama bulan Mac. Namun kalendar rasmi MotoGP 2025 belum diterbitkan lagi.

Sah - 'Anak Emas Ducati' Pengganti Marc Marquez MotoGP 2025

Imej
  Anak Emas Ducati-Fermin Aldeguer Fermin Aldeguer, 19, pelumba Speed Up dalam kelas Moto2 secara resminya terpilih menggantikan Marc Marquez di Pasukan Gressini  Racing bagi perlumbaan MotoGP  2025.  Fermin Aldeguer dianggap 'Anak Emas Ducati' kerana prestasinya.Beliau merupakan salah seorang pelumba Boscoscuro terpantas dalam menguasai jentera Kalex.  Kejayaannya dalam memenangi 4 siri perlumbaan Moto2 2023 pada penghujung musim telah membuka mata pihak pengurusan Ducati Corse dengan merekrutkan beliau ke dalam tim MotoGP 2025.  Ketiadaan Marc Marquez yang beralih kepada pasukan Factory Lenovo Ducati pada perlumbaan MotoGP 2025 bukan lagi satu isu.  Kini pasukan Gressini sudah mendapat pengganti Marquez bagi perlumbaan MotoGP 2025 dengan kemunculan Fermin Aldeguer.  Menurut pemerhati perlumbaan MotoGP, tindakan drastik Pasukan Gressini Racing mengunakan khidmat Pelumba muda berkenaan boleh dikatakan tepat serta berprestij. 

29 Tahun Menunggu - Akhirnya DUCATI Menang Di Litar 'Maut'

Imej
  DUCATI akhirnya berjaya mengibarkan bendera dengan megahnya di litar "Maut" iaitu Isle Of Man TT. Litar jalanan paling berbahaya dan telah banyak mengorbankan nyawa semenjak ianya diperkenalkan bagi. Namun tiada sebarang arahan ataupun kabar, litar trek jalanan berkenaan diarahkan tutup untuk perlumbaan tersebut.  Semenjak tahun 1911 perlumbaan ini diperkenalkan sehingga tahun 2023, seramai 266 pelumba telah meninggal akibat kemalangan sewaktu perlumbaan.  Mike Browne yang berlumba di kelas Superbike Klasik.  Beliau menunggang Ducati 916.motosikal yang telah berusia 30 tahun. Walaupun model Ducati 916 sudah berusia,namun hasil kecekapan mekanik berpengalaman dari The Bike Specialist And Key Racing telah membuahkan hasil yang mengharumkan nama Ducati.    Kejayaan Mike Browne sekali lagi membuktikan jenama dari Itali bukanlah jenama yang perlu dipandang 'Enteng'.Buktinya kejayaan Ducati dalam merangkul kejuaraan di MotoGP dan WSBK. Sasaran Ducati sekarang ini ialah pe

Berita Panas - Apakah Benar Kawasaki Versys 1000 Akan Dinaik Taraf?

Imej
  Waduh ! Kawasaki pula nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan menaikkan taraf produk 'Motosikal Tourer' mereka.Info yang kami terima,kabarnya Kawasaki telah memfailkan dokumen baharu yang mana mengesahkan kehadiran Versys 1100 S pada tahun 2025. Dokumen yang telah difailkan di Australia memberi petanda iaitu, Kawasaki bakal menaikkan taraf Versys dengan kapasiti enjin lebih besar dan beberapa perubahan yang lain. Ini dapat diperhatikan pada model kod KLZ1100B.Perbezaan ini merujuk kepada model sebelumnya iaitu  Versys 1000 SE  yang menggunakan model kod KLZ1000B. Kami difahamkan naik taraf ini hanya melibatkan varian S.  Sehingga artikel ini disiarkan,kami tidak menerima sebarang spesifik berkenaan motosikal tersebut.Namun jangkaan kami sudah pastinya setiap model yang dinaik taraf akan tampak lagi sofsikated dari model sebelumnya.  Info untuk pembaca, Versys 1000 SE yang ada di pasaran sekarang menggunakan enjin berkapasiti 1,043cc. Dan sudah tentu untuk model Vers

Nampaknya YAMAHA Akan Keluarkan Model Siri 'RW' Serba Baharu !

Imej
  Gambar Hiasan Y amaha dikabarkan telah failkan tanda dagangan bagi nama 'RW' di Eropah.Ini petanda Yamaha akan keluarkan model baru bagi pasaran global.  Kami difahamkan terdapat 5 model yang di failkan tanda dagangan untuk nama 'RW'. Model tersebut ialah RW125, RW155, RW250, RW350 dan RW700.  Gambar Hiasan Tiada info yang spesifik tentang model-mdel berkenaan.Namun jelas disini nama yang diguna pakai sudah semestinya model yang belum ada dipasaran.  Kami menjangkakan model RW350 bakal menjadi terhangat dipasaran.Ini kerana Yamaha sememangnya ketandusan model 300cc sejak sekian lama.  Ada desas desus yang sampai kepada kami,kemungkinan model Siri 'RW' akan merujuk kepada model neo - retro,walaupun Yamaha sebelum ini pernah mengadoptasi model neo - retro kepada siri XR.  Jadi kepada peminat tegar Yamaha,sabar menanti pengumuman dari Yamaha. 

Terkini - Bengkel AMI MOTOWORK Terbuka Untuk Pelbagai Jenama

Imej
  "Kami kini bersedia untuk membaiki dan servis apa jua jenama motosikal yang ada di negara kita, datang dan servis motosikal Anda dari mekanik kami yang berpengalaman," itu luahan Ahmad Safi Mukhtar Azman,Ketua Bengkel AMI MOTOWORK.  Menurut Mukhtar. Bengkel AMI Motowork sebenarnya telah beroperasi dari April 2022. Waktu itu fokus utama bengkel AMI MOTOWORK hanya servis dan pembaikan motosikal agensi-agensi kerajaan sahaja seperti PDRM,BOMBA,ATM dan lain-lain agensi yang menggunakan motosikal Kawasaki dan Suzuki.  Kajian tentang pengguna motosikal pelbagai jenama, khususnya motosikal berkuasa tinggi.Pemilik begitu sukar mendapat perkhidmatan servis dan baiki yang memenuhi selera mereka, ini antara faktor yang membuatkan AMI MOTOWORK mengubah konsep perkhidmatan.  Info kepada pembaca,AMI MOTOWORK adalah salah sebuah anak syarikat yang bernaung di bawah AFY MOBILITIES SDN BHD (AMI GROUP). Terdapat beberapa jenama motosikal bernaung dibawah AMI GROUP iaitu Suzuki,MV Agusta,Fant

Kacukan Skuter dan Easy Rider - Haochen HS150T - B

Imej
Lain bebeno desain skuter dari negara Tembok Besar ini. Apa yang kami boleh katakan ujudnya Skuter ini hasil gabungan Chopper dan Skuter yang diadaptasikan menjadi sebuah skuter. Maklumlah sekarang ini pasaran skuter cukup baik dan permintaan tinggi.  Dapat kita perhatikan rekaannya yang agak unik dan penuh dengan gaya tersendiri. Lampu depan jenis bulat sama seperti yang sering digunakan oleh easy rider(Chopper).    Hendal bar dan cermin sisi juga berbentuk bulat 'old Skool' betul desainnya.Namun perekanya juga telah mengabungkan elemen mengikut citarasa terkini iaitu panel meter dibekalkan dengan TFT warna.  Haochen HS150T-B disempurnakan dengan enjin 150cc, sistem sejukan cecair yang memberikan maksimum 9.5 kW pada 8,500 rpm. Sementara kusyen penunggang tampak jauh dari hendal bar. Mungkin perekanya ingin memberikan keselesaan pada ruang kaki penunggang. Haochen ini didatangkan dengan fork hadapan jenis USD dan penyerap hentak tunggal di belakang. Sistem keselamatan model in

Wheelie Hingga Maut - Bertembung Sesama Sendiri

Imej
Dua  remaja lelaki berusia 13 tahun maut ketika sedang melakukan aksi 'wheelie'.  Kejadian yang berlaku di Jalan Elmina Business Park,Aman Putri,Sg Pelong,Shah Alam baru-baru ini.Menurut saksi insiden tersebut berlaku ketika kedua mereka melakukan aksi 'wheelie' dan bertembung sesama sendiri.  Kemalangan berlaku pada jam 11.20 malam, ianya berlaku apabila kedua buah mtosikal yang sedang melakukan aksi 'wheelie' bertembung dilaluan bertentangan arah. Kemalangan berlaku dimana mereka bertembung secara berdepan.  Kedua remaja tersebut meninggal di lokasi kejadian.Mayat kedua remaja berkenaan telah dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat. Difahamkan kedua remaja berkenaan adalah rakan dan berasal dari Kampung Kubu Gajah.  Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan juga dijalankan untuk memastikan adakah rakan motosikal lain bersama kedua mangsa sewaktu kejadian.  

'Jenama Sudah Lama Tersohor Dan Di Yakini" - Cikgu Mazlan

Imej
  Mazlan dengan motosikal V_Strom 250SX  "Ketahanan enjin,jenama yang sememangnya sudah lama bertapak di Malaysia dan paling penting saya yakin dengan Jentera Suzuki, " demikian luahan Mazlan Yusoff 48.  Mazlan Yusoff seorang guru, secara automatik menjadi warga Sabah yang pertama memiliki Suzuki V-Strom 250SX di Negeri Sabah.  Beliau merupakan pemilik yang ke 35 dari 50 orang pemilik pertama Suzuki V-Strom 250SX yang diraikan oleh Suzuki Malaysia dalam acara penyerahan motosikal kepada pemilik baru-baru ini.  Anak jati Sabah ini mula berkecimpung dalam dunia dua roda semenjak 2005 dan masih aktif sehingga sekarang.Bukan sekejap beliau terpaksa menunggu untuk mendapatkan Suzuki V-Strom 250SX.  Apa yang mendorong Mazlan hingga sanggup menunggu 9 bulan bagi mendapatkan V-Strom 250SX ?  Mazlan menerima Sijil dari Dato Jeffery Sebenarnya saya juga hampir tergugat dan ingin untuk membatalkan tempahan. Namun nasihat dari keluarga membuatkan saya tabah,tambahan model ini belum ada l

Sesuai Ditunggang Dalam Pelbagai Keadaan Permukaan Jalan - Aveta Ranger Max Explorer

Imej
Bentuk yang cukup simple dan mongel,bersahaja serta menjadi tanda tanya tentang keupayaan serta kesesuaian pengunaannya dengan pelbagai bentuk jalanraya di negara kita.  Aveta ranger Max Explorer yang telah diperkenalkan tahun lalu nampaknya sebuah motosikal bukan kaleng-kaleng.Bukannya sebuah motosikal yang harus dipandang sebelah mata.  Kami berpeluang menguji jentera ini baru-baru ini dan terkejut dengan prestasi yang dipersembahkan.Ini lah jentera Cub Kembara yang boleh dikategorikan 'Kecik-Kecik Cili Api'.  Jika diperhatikan sepntas lalu desainnya agak tidak' Semengah' atau dalam bahasa lain agak kurang menawan. Ini kerana desain nampak terlalu ringkas.Senang citer motosikal yang ketandusan idea sewaktu pembikinannya.  Pepatah mengatakan 'belum cuba,belum tahu'.Ini terjadi kepada saya sewaktu mula menguji jentera ini. Pecutan,kendalian ditambah dengan ringan serta penjimatan minyak membuatkan saya terfikir jurutera yang mengilhamkan motosikal ini telah meng

Penyerahan V-Strom 250SX Kepada 50 Pembeli Terawal

Imej
  Suzuki V-Strom 250SX dilancarkan hari ini.Model yang sekian lama menjadi bualan hangat dikalangan peminat motosikal Adventure di negara kita. Harga asas yang ditawarkan RM17,800. Mazlan dari Sabah(kiri) dan Ahmad dari Sarawak Sempena upacara pelancaran, Suzuki Malaysia turut juga meraikan 50 orang pemilik pertama V-Strom 250SX ,di mana 2 orang pemilik tersebut adalah dari Sabah dan Sarawak. Champion Yellow Desain yang menampakkan Kerampingannya,Tangkas dan Santai. Model V-Strom 800DE diadaptasikan pada V-Strom 250SX.  Pearl Blaze Orange Bagi melicinkan pergerakan motosikal V-Strom 250SX dilengkapkan dengan Sistem Easy Start dan Suzuki Eco Performance (SEP) bertujuan bagi penjimatan minyak paling efisien.  Glass Sparkle Black Apa yang tampak lebih menyeronokkan kepada penunggang ialah Casis model ini 'slim' yang pastinya lebih ringan memudahkan kendalian sewaktu di kelajuan perlahan.  Apa ciri-ciri standard yang terdapat pada Suzuki V-Strom

PMX "Cakna" Pengguna Motosikal

Imej
M elihatkan kenyataan di Facebook beliau, tampak Perdana Menteri begitu cakna dan gusar dengan insiden kemalangan jalanraya yang tinggi membabitkan pengguna motosikal di negara kita.  Menyentuh tentang isu kemalangan jalanraya membabitkan pengguna motosikal, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ianya membabitkan aspek kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peyelenggaraan jalanraya.  Kebimbangan tersebut turut dikongsi oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang telah melakukan kunjungan hormat berjumpa dengan beliau baru-baru ini.  Menurut coretan di laman Facebook berkenaan, Perdana Menteri juga menyatakan,beliau dan Tan Sri Lee Lam Thye sependapat. Ianya juga termasuk isu keselamatan di tempat kerja. Promosi kempen kesedaran,keselamatan dan mendidik masyarakat dalam menghidupkan budaya selamat,sihat serta ujudkan suasana kerja kondusif seperti yang dipraktikkan oleh Tan Sri Lee Lam Thye,demikian Perdana Menteri menyeru agar pertubuhan Bukan Kerajaan (

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

Imej
  A khirnya terjawab teka-teki yang bermain diminda pemegang Lesen B1 dan B2 tentang kelayakan mendapat Lesen B secara automatik .  Program Khas Peralihan (PKP) lesen motosikal kelas B2 kepada kelas B secara automatik akan dibuka bermula 1 Oktober nanti. Bagi pemegang kelas lesen B1,mereka akan kekal di kelas berkenaan atau boleh menjalani PKP bagi mendapatkan lesen B.   Namun bagi pemegang lesen kelas B1 dan B2 yang menyertai PKP, mereka perlu melepasi 5 syarat yang ditetapkan.  1. Memiliki Lesen B1 atau Lesen B2 secara aktif tidak kurang dari 10 tahun.  2. Bebas dari Black List,Tunggakan Saman,Sekatan Urusniaga,Rekod Jenayah Berat,Atau sebarang Hal Yang Belum Diselesaikan Di bawah Akta 333.  3. Pengesahan Sihat Tubuh Badan,Fizikal,Minda Secara Deklarasi Sendiri Oleh Individu.  4. Menghadiri Dan Lulus Program Peralihan Dan Penyesuaian Di Sekolah Memandu.Termasuk  Menjalani Latiha Amali 2 Jam Dengan Bayaran RM160.  5. Pengesahan Tahap Keupayaan Mengendalikan Motosikal Berkuasa Besar Ol

V-Strom 250SX Akan Dilancarkan Bulan Ini? Biarlah Jadi Kenyataan

Imej
  "Sudah lama saya mendengar cerita ini,biarlah jadi kenyataan"' demikian keluhan seorang peminat tegar V-Strom. Model mana yang beliau obses? Beliau mendengar cerita Suzuki Malaysia bakal melancarkan model V-Strom 250SX dalam masa terdekat. Betul ker ni?  Kami mendapat info Suzuki telah membawa masuk V-Strom 250SX ke negara kita,namun pelancarannya belum pasti.   Tinjauan secara rambang yang kami lakukan berkenaan model tersebut kepada beberapa kumpulan bikers jelas menunjukkan V-Strom 250SX bakal melonjakkan nama Suzuki dipersada pasaran motosikal di Malaysia.  SMSB(Suzuki Malaysia Sdn Bhd) sekiranya melancarkan model berkenaan pada bulan Ogos ini, boleh dikatakan bijak dalam mengatur strategi serta membuat percaturan yang tepat.  Ini kerana tiada sebarang jenama lain sama kelas dengannya yang bakal mencabar kemunculan V-Strom 250SX  dalam waktu terdekat.  Bagi memudahkan pembaca mengenali Suzuki V-Strom 250SX, kami kongsikan butiran tentang model tersebut.  Speksifikas