Nampaknya YAMAHA Akan Keluarkan Model Siri 'RW' Serba Baharu !

 


Gambar Hiasan



Yamaha dikabarkan telah failkan tanda dagangan bagi nama 'RW' di Eropah.Ini petanda Yamaha akan keluarkan model baru bagi pasaran global. 

Kami difahamkan terdapat 5 model yang di failkan tanda dagangan untuk nama 'RW'. Model tersebut ialah RW125, RW155, RW250, RW350 dan RW700. 


Gambar Hiasan


Tiada info yang spesifik tentang model-mdel berkenaan.Namun jelas disini nama yang diguna pakai sudah semestinya model yang belum ada dipasaran. 

Kami menjangkakan model RW350 bakal menjadi terhangat dipasaran.Ini kerana Yamaha sememangnya ketandusan model 300cc sejak sekian lama. 

Ada desas desus yang sampai kepada kami,kemungkinan model Siri 'RW' akan merujuk kepada model neo - retro,walaupun Yamaha sebelum ini pernah mengadoptasi model neo - retro kepada siri XR. 

Jadi kepada peminat tegar Yamaha,sabar menanti pengumuman dari Yamaha. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ