Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

Anak Jati Terengganu Muncul Juara Dunia MiniGP 2023

Imej
Qabil Irfan,anak kelahiran Terengganu baru saja dinobatkan sebagai Juara Dunia MiniGP 2023.Beliau telah muncul Juara keseluruhan Siri Dunia MiniGP 2023 yang diadakan di Valencia,Sepanyol. Baru berusia 11 tahun, namun Qabil telah menunjukkan kecemerlangan bakat yang ada pada dirinya dengan melakarkan kemenangan hatrik selepas memenangi perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 serta perlumbaan Superfinal yang diadakan di litar kart Ricardo Tarmo. Dengan memenangi ketiga-tiga perlumbaan tersebut,Qabil telah meraih 100 mata bersih dan melayakkannya menjadi juara keseluruhan perlumbaan 160cc. Tempat kedua menjadi milik pelumba Jepun, Kotaro Togashi yang mengumpul sebanyak 76 mata,sementara Enzo Zaragoza pelumba Sepanyol mendapat tempat ketiga dengan 65 mata. Pada perlumbaan 1, jelas kemenangan menjadi milik Qabil, beliau mendominasikan perlumbaan berkenaan walaupun diikut rapat oleh Enzo Zaragoza dan Kotaro Togashi.  Qabil tidak gentar pada kedua pesain tersebut,malah tidak men

Benelli Tornado 300 - Model 2024 Diperkenalkan

Imej
  Benelli baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model Sport bike untuk pasaran Eropah iaitu Benelli Tornando 300 2024.  Harian Kabar belum menerima sebarang berita berhubung model ini akan masuk ke pasaran negara kita.  Speksifikasi - 1. Enjin 300cc Inline 2.  2. 4 Stroke,liquid cool.  3. Double Oerhead Camshaft DOHC.  4. 8 Valve.  5. Euro 5.  6. Transmisi 6 kelajuan.  7. Maksimum 35hp @ 11,000rpm.  8. Tork maksimum 27 Nm @ 9,000rpm.  9. Bahan Api Maksima 9 liter.  10. Berat kering 182 kg.  Pihak Benelli menyatakan ,model Benelli Tornado 300 2024 dijangka akan berada dibilik pameran pengedar pada Januari 2024.   Sehingga berita ini ditulis tiada sebarang kenyataan mengenai pilihan warna  dan harga model berkenaan yang akan berada di pasaran Eropah nanti.