Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2022

Denza D9 2022 -Alphard Buatan China

Imej
  Pengeluar kenderaan di China kini melangkah lebih jauh dengan mengeluarkan kenderaan mewah MPV serupa Toyota Alphard. Hariankabar(HK) difahamkan model ini laku keras di negara China.  Denza D9 2022 satu jenama yang tidak begitu popular di negara kita. MPV keluaran negara China dimana jualannya cukup membanggakan macam goreng pisang panas.  Denza merupakan satu jenama usahasama antara BYD dan Mercedes-Benz. HK dimaklumkan model Denza D9 2022 ini terdapat dua pilihan rangkaian kuasa untuk pasaran di China.  Enjn Plug - In Hibrid Petrol Eletric (PHEV) dengan enjin 4 silinder  1.5 liter turbocaj yang dipadankan dengan motor eletrik siap terpasang pada roda hadapan.  Versi AWD  bagi Denza D9 menambah susunan motor eletrik kedua pada gandar belakang.  Sementara  pilihan rangkaian kuasa kedua ia merupakan versi eletrik sepenuhnya dalam bentuk kenderaan eletrik (Battery Eletric Vehicle) BEV.  Sememangnya BYD adala pengeluar kenderaan eletrik yang tersohor di negara China.  Info yang HK terim

Ular Gigit punggung,Nasib Tidak Gigit Alat Sulit

Imej
  "Cemas,Panik semua ada tak tahulah nak citer macam mana," demikian luahan Sabri Tazli,28, menceritakkan detik-detik cemas sewaktu didalam tandas.  Ular merupakan haiwan reptilia yang akan mencari kawasan lembap dan sejuk bersesuaian dengan habitatnya. Sering kita dengar ular masuk ke dalam rumah apabila berlaku perubahan cuaca.  Buang air besar sambil main game, itu tabiat Sabri. Hampir 15 minit leka bermain game beliau terasa punggungnya digigit sesuatu. Menurut beliau, disangkanya biawak yang menggigit tapi bila dia bangun rupa-rupanya ular dan masih melekat di punggung.  Beliau telah menarik ular tersebut dan terus mencampakkan ke dinding. Panik dengan kejadian memaksa Sazli menumbuk pintu tandas sehingga pecah untuk keluar.  Sabri tidak merasa sakit akibat gigitan ular tersebut, namun demi memastikan jenis ular yang mengigitnya berbisa atau sebaliknya telah memaksa Sabri membuat kajian secara drastik melalui google.  Pihak bomba telah dihubungi untuk menangkap ular terb

Motosikal Baharu 150cc Keatas Wajib Pasang ABS - Menteri Pengangkutan

Imej
  Sistem Brek Antikunci atau Antilock Braking System (ABS) bagi motosikal baharu dengan enjin bersesaran 150cc bakal diwajibkan pemasangannya.  Namun menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pemasangan sistem keselamatan itu akan diwajibkan selepas kajian terperinci oleh Institiut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (Miros) di buat.  Kajian yang dijangka memakan masa selama enam bulan bermula tahun ini. Selepas dua tahun setelah tarik dapatan data, maka pemasangan ABS diwajibkan. Kajian berkenaan melibatkan pembuat motosikal dan wakil pengguna. Dalam tempoh yang sama pindaan peraturan sedia ada bagi mewajibkan pemasangan ABS akan turut  dilakukan.  Tambah Datuk Dr Wee, pemasangan ABS pada motosikal 150cc ke atas merupakan satu langkah kerajaan untuk mengurangkan kemalangan maut dimana 60 peratus melibatkan penunggang motosikal.  

Suzuki V - Storm 250 2022 Diberi Warna Baharu Untuk Pasaran Di China

Imej
  V Storm 250 2022 varian lengkap dengan kotak bagasi Rupa-rupanya ada model Suzuki V - Storm 250. Hariankabar (HK) mungkin terlepas pandang atau kurang kaji selidik tentang susurgalur model  V- Storm.  Info yang HK terima model V-Storm 250 2022 yang berada di pasaran negara China telah dikemaskini warna baharu dan harganya tidak membebankan jika dibawa masuk ke negara kita.  V storm 250 2022 Varian Standard HK difahamkan bagi pasaran negara China model Adventure Touring Suzuki dihidangkan dengan enam warna pilihan. Melihat gambar serta info yang tular ternyata rekabentuk dan speksifikasi masih kekal seperti model sebelumnya.  Terdapat dua varian bagi pasaran di China iaitu Standard dan varian dengan kotak bagasi (pannier Box) . Harga bagi varian Standard CNY 26,580 (RM17,538.32), sementara untuk varian Kotak Bagasi harga di pasaran China CNY 27,680 (RM 18,264.13). Speksifikasi :- Enjin         2488cc -Liquid Cool,SOHC dan Parallel Twin.  Transmisi     6 Kelajuan.  Kuasa Maksimum   24.

Tong Sampah Hadiah Buat King 'Myvi'

Imej
  Gelaran King 'Myvi ' sudah lali bagi pengguna jalanraya. Pelbagai kerenah segelintir pemilik Myvi telah memburukkan jenama kereta tersebut. Majoriti kita dengari pelbagai kisah buruk serta mengaibkan. Secara automatik tembelang pemilik Myvi yang bermasaalah dihidu oleh masyarakat dengan tularnya gambar kereta mereka.  Tular kisah King 'Myvi' dihempap tong sampah kerana paring bertindih dan menghalang kereta lain. Peristiwa yang berlaku baru-baru ini mengambarkan betapa pemilik kenderaan tersebut hanya pentingkan diri sendiri tanpa mengambil kira pengguna jalanraya yang lain.  Kerumitan mendapatkan parking adalah sesuatu yang merimaskan setiap pemandu khususnya dibandar. Jalan penyelesaian paling cepat dan mudah adalah parking bertindih.  Tidak menjadi satu kesalahan untuk parking bertindih, namun pemandu berkenaan harus berfikiran positif.  Beberapa langkah perlu diambil agar tidak menyusahkan mereka yang telah parking terlebih dahulu untuk keluar. Jalanraya bukan hak

Ustaz Kazim Kemungkinan Kena Penyakit Kulit "Ekzema" -Pakar Penyakit Kulit

Imej
  Terjawab akhirnya masaalah sebenar penyakit yang dihidapi oleh Pendakwah Bebas, Ustaz Kazim Elias yang menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan warganet.  Bermacam telahan bermain di media sosial selepas pendakwah tersebut memuat naik gambar lengan dengan bintik-bintik hitam.  Beliau juga memohon bantuan orang ramai dalam mengubati penyakit misteri tersebut. Setelah hampir saban hari isu berkenaan tular di media sosial telah menarik minat Pakar Kulit dari Klinik Kulit Kuala Lumpur. Datuk Dr Low Bin Tick, Pakar Kulit meyarankan agar pendakwah bebas itu mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik kulit.  Menurut Datuk Dr Low, penyakit yang dhidapi oleh Ustaz Kazim berkemungkinan berkaitan dengan penyakit kulit 'Ekzema'.  Penyakit tersebut selalunya bermula dari alahan biasa yang akhirnya menyebabkan luka dan ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam.  Tambah Datuk Dr Low, "penghidap penyakit berkenaan bermula dengan alahan,kemudian pesakit akan garu sehingga pecah d

Skuter 'URBAN ADVENTURE' Kini Di Malaysia - Aprilia SR GT 200 2022

Imej
  Aprilia SR GT 200 - Varian Sport Model SR GT 200 merupakan Skuter "URBAN ADVENTURE' yang pertama dikeluarkan oleh Aprilia.  Model Skuter yang dikatakan tersuai untuk tunggangan di bandar serta pengembaraan jarak jauh.  Melihat daripada desain Skuter ini terpancar sedikit sifat 'Enduro' atau boleh HK klasifikasikan off road.  Aprilia Malaysia (Didi Group) telah secara rasminya melancarkan model SR GT 200 2022 bagi pasaran di negara kita baru-baru ini dan masih panas di pasaran. HK difahamkan terdapat dua varian pilihan iaitu Standard dan Sport yang dibawa masuk ke negara kita.  Aprilia SR GT 200 - Varian Standard Varian Standard terdapat tiga warna pilihan iaitu Street Grey,Infinity Blue dan Aprilia Black yang mana pelana dan rim berwarna hitam.   Sementara varian Sport juga dibekalkan dengan tiga wana pilihan Street Gold,Red Raceway dan Iridium Grey dengan pelana dua tona dan rim berwarna merah.  Bagi varian Standard harga yang ditawarkan RM 19,900 sementara untuk va

KL Motors Brera X 125cc dan 300cc Dijangka Masuk Pasaran Malaysia

Imej
  KL Motors Brera X 2022 300cc Model skuter terkini untuk pasaran Itali. KL Motors telah mengumumkan akan ketibaan model ini pada awal tahun 2022 lalu. Model ini dikenali dengan KL Motors Brera X 2022.  Penawaran dua pilihan varian iaitu 125cc dan 300cc. Varian 125cc disajikan dengan enjin bersesaran 124.9cc.Sementara varian 300cc di lengkapi enjin bersesaran 278.2cc.  Hariankabar(HK) sempat menjengah ruangan versi skuter keluaran dari negara Tembok Besar, China.  Longjia XADV 250Si Tepat seperti jangkaan HK skuter ini berasal dari keluaran Longjia. Model berkenaan telah berada di pasaran China dikenali dengan Longjia XADV 250Si 2022. Tampak menarik dengan kategori Adventure. Rekabentuk  yang pasti menambat hati peminat skuter di Malaysia. Technical data sheet 125 MOTOR Engine:   Single cylinder, 4 stroke, SOHC, 4 valves  Displacement:   124.9 cc Max power:   7.2 kW at 8000 rpm Max torque:   10.5 Nm at 6000 rpm Fuel system:   Electronic injection Transmission:   Automatic CVT Tank:   1

Treler Ajar 'King' Hormati Undang-Undang Jalanraya

Imej
  Sebut sahaja 'King' majoriti pengguna jalanraya di negara kita pasti tersenyum dengan pelbagai kisah kenderaan berkenaan.  Myvi atau lebih dikenali sebagai 'King' sebuah kereta yang sering menjadi sasaran bualan dan kerap terdampar di media sosial dengan pelbagai cerita.  Terkini tular di Tik tok bagaimana sebuah treler mengajar 'King' agar lebih berdisplin di jalanraya dan menghormati undang-undang yang sedia ada demi keselamatan pengguna jalanraya lain. Insiden yang berlaku di lebuhraya arah Kulai ke Johor Bahru mungkin membuat pemandu Myvi merah itu 'Insaf'. Video tersebut menunjukkan bagaimana sebuah Myvi merah hampir di himpit oleh treler .  Sikap pemandu treler itu mendapat kepujian warganet yang berpuashati dengan tindakan yang dilakukan.  Dapat dilihat dalam video tersebut bagaimana Myvi merah telah menggunakan lorong kecemasan untuk memintas kenderaan yang lain termasuk treler berkenaan.  Menyedari kelibat Myvi tersebut yang tidak menghormati

Bakal Dilancarkan Di Vietnam- Honda Air Blade 2022

Imej
  Honda Vietnam sekali lagi akan memperkenalkan sekaligus melancarkan produk terbaru Honda yang di kenali sebagai 'Air Blade 2022' dalam waktu terdekat.  Hariankabar (HK) sempat menjengah Facebook rasmi syarikat berkenaan dan dapati pengumuman telah dibuat tentang pelancaran model terbaharu.  Honda Air Blade 160 Jangkaan HK model baharu bakal dilancarkan adalah Skuter Honda Airblade 125cc dan 160cc. Difahamkan kedua versi Skuter tersebut menggunakan teknoloji eSP + 4 valve . Honda Air Blade 125 Bukan setakat Vietnam, malah Honda Air Blade 125 dan Honda Air Blade 160 dijangka akan turut diperkenalkan di negara Asean yang lain bagi pasaran tempatan.  Adakah Malaysia tersenarai? 

Menang Dan Bantu Tutup Aurat Pihak Lawan - Syabas Pesilat Malaysia

Imej
  Setiap perlawanan ada kalah dan menang. Impian memenangi sesuatu perlawanan tersemat disanubari sesiapa sahaja yang menyertainya.  Kemenangan bergaya sering kita dengar,namun kemenangan sambil melindungi aurat pihak lawan mungkin ini pertama kali berlaku dalam sejarah.  Siti Shazwana Ajak, pesilat wanita negara kita sememangnya layak mendapat kepujian sewaktu menentang lawannya dari Indonesia.  Kepujian yang diterima bukan setakat memenangi perlawanan malah tindakan secara spontan yang boleh dikategorikan bertanggungjawab dalam menjaga aurat sesama wanita Islam dipertontonkan oleh Siti. Dapat dilhat dalam video yang tular Siti sewaktu berentap telah tertarik tudung pihak lawan pesilat wanita dari Indonesia Selly Andriani.  Menyedari tudung lawannya hampir tertanggal dan nampakkkan rambut,dengan pantas Siti bangun dan bergegas melindungi kepala Selly.  Tindakan tersebut memberi peluang kepada Selly membetulkan tudung sebelum meneruskan perlawanan. Aksi Siti dalam menyelamatkan aurat S

Rupa-Rupanya Ada Masalah pendengaran

Imej
  Kecoh di dada media sosial kisah seorang pemandu SUV yang enggan memberi laluan kepada ambulan baru-baru ini. Pelbagai reaksi netizen tular bengang dengan tindakan pemandu tersebut.  "Tidak lojik jika siren ambulan sebegitu kuat dibelakangnya tidak didengari," demikian keluhan netizen. Mungkin kita juga akan berkata sedemikian tanpa ketahui kisah sebenar.  Kecekapan pihak PDRM telah berjaya mengesan pemandu Honda CRV berkenaan dalam waktu terdekat setelah tularnya video tersebut di media sosial.  Kejadian tersebut berlaku di KM 292 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Utara.  Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud siasatan mendapati Kenderaan Utliti Sukan (SUV) tersebut dipandu oleh seorang warga emas.  Lelaki berusia 62 itu menghadapi masaalah pendengaran "tinnitus -acoustic neuroma" sejak tiga tahun lepas.  Sehingga kini warga emas berkenaan masih meneruskan rawatan lanjut dari Pakar Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpu

Adakah Harga Motosikal Akan Naik,Lantaran Nilai 'RM' Semakin Lemah?

Imej
  Hari ini nilai USD 0.23 bersamaan RM 1. Cukup parah jika dibandingkan beberapa bulan lepas. Wujud spekulasi kenaikan harga kenderaan di Malaysia kemungkinan besar akan berlaku.   Datuk Aishah Ahmad, Presiden Automotif Malaysia (MAA) berkata, perubahan ini disebabkan kos yang terpaksa di tanggung oleh pengeluar antaranya kenaikan harga bahan mentah ,kos lojistik dan kejatuhan Ringgit Malaysia.  HK (hariankabar) terdengar desas-desus kemungkinan kenaikan  harga kereta di pasaran negara kita akan berlaku.  Seandainya harga kereta naik.Adakah harga motosikal akan terpalit sama?  Hk juga terdengar ura-ura akan berlaku kenaikan harga motosikal,namun waktunya belum ditetapkan.  Mustahil pengeluar motosikal tidak terkesan dengan kos yang terpaksa ditanggung sepertimana pengeluar kereta.  Jika alasan yang sama diberikan oleh pengeluar motosikal bagi pasaran di negara kita. Maka secara automatik akan menjejaskan golongan pertengahan dan bawahan dengan tekanan kewangan.  Umum mengetahui harga j

Selamat Tinggal MotoGP - Suzuki

Imej
  Ahirnya Suzuki Corporation bersuara mengenai spekulasi yang saban hari viral di media isu pengunduran Tim Suzuki dari perlumbaan MotoGP  bermula tahun depan.  Kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Suzuki menyatakan pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Dorna bagi menamatkan penyertaan di MotoGP pada penghujung 2022.  Kenyataan tersebut juga menyebut keputusan terpaksa di buat dengan mengambil kira isu ekonomi dan perubahan besar dalam sektor automotif.  Dan ini memaksa syarikat mengalihkan kos dan tenaga kerja dalam membangunkan teknoloji baharu. Pihak Suzuki juga mengucapkan terima kasih terhadap pasukan Suzuki Ecstar yang mengharumkan nama Suzuki di pentas perlumbaan motosikal peringkat antarabangsa.  Dengan keluarnya kenyataan rasmi dari Suzuki Corporation,jelas kedudukan dua pelumba Suzuki Ecstar tergugat.  Kedua pelumba berkenaan Alex Rins dan Joan Mir terpaksa mencari pasukan baru bagi meneruskan karier mereka dalam perlumbaan MotoGP di musim akan datang. Persoalan

Kenapa Nombor Plat Kenderaan Daftar Di Perak Bermula Huruf 'A' ?

Imej
  Pemilik kenderaan yang mendaftar di negeri Perak,tahukah Anda kenapa nombor pendaftaran di Perak bermula huruf 'A'.  Rasanya ramai yang tidak tahu susurgalur berhubung isu berkenaan.  Dan mungkin kepada yang rajin mentelaah sejarah nombor pendaftaran negeri-negeri di Malaysia ada jawabannya.  Tercatat dalam sejarah pemilik kereta yang pertama di Tanah Melayu sebenarnya asal dari Perak dan itulah sebabnya nombor plat negeri tersebut bermula dengan huruf "A" .  Difahamkan sebelum itu nombor plat Perak didaftarkan dengan huruf ' 'PK'. Selepas Tentera British mengambilalih, perubahan telah dilakukan iaitu menukar nombor plat Perak kepada huruf 'A'.  Ini bertujuan bagi mengelakkkan kekeliruan nombor plat dari Singapura,Selangor dan Pulau Pinang .  Mengikut sejarah, pemilik kedai Perubatan Cina Eu Yan Sang iaitu Eu Tong Sen adalah orang pertama memiliki kereta. Dikatakan dia telah membawa masuk kereta ke Tanah Melayu pada tahun 1902.  Walaupun Eu merup

'Speed Trap Palsu' Depan Rumah Benteras Pemandu Laju Di Kawasan Kampung

Imej
Tidak semestinya apabila marah, tindakan secara kekerasan merupakan jalan penyelesaian.Terkadang kreativiti terbukti berkesan selesaikan masaalah. Marah dan bengang dengan sikap segelintir pemandu memandu laju di jalan yang lurus di kampung beliau membuatkan seorang pakcik terpaksa bertindak. Satu hantaran tiktok oleh @fiezamieza menyatakan pakcik tersebut adalah ayahnya. Keselamatan penduduk setempat menjadi keutamaan buat pakcik tersebut. Tindakan bijak oleh pakcik tersebut iaitu berlakon seolah-olah di depan rumahnya telah hadir pegawai penguatkuasa sedang melakukan operasi pandu laju. Apa yang menarik, kamera 'Speed Trap' yang digunakan adalah kamera biasa serta lampu bulat untuk ber-selfie. Jelas fieza lagi, hasil tindakan dari ayahnya menampakkan perubahan di mana kereta yang lalu lalang akur dengan kelajuan yang ditetapkan bagi kawasan kampung. Setiap kereta yang melintasi 'Speed Trap Palsu' berkenaan automatik akan memperlahankan kenderaan bila melihat kelibat p

TVS Perkenalkan Produk Terkini Ke Pasaran Indonesia

Imej
  Mungkin versi ini jika dibawa masuk ke negara kita,ramai beranggapan hanya sesuai untuk golongan veteran untuk berulang alik ke masjid atau ke pasar.  Atau mungkin bagi pelajar berulang alik ke kampus. Kategori motor dalam bandar tampak keserasiannya. Produk dari TVS model XL 100 2022 telah dilancarkan baru-baru ini di negara jiran iaitu Indonesia.  Sebuah motosikal 'UNIK' rekaannya dibekalkan dengan enjin 99.7cc ,silinder tunggal(single cyclinder),Penyejuk Udara,Injection.  Sistem transmisi Automatik. Kuasa yang mampu dikeluarkan adalah 4.4ps pada 6,00rpm dengan tork 6.5Nm@3,500rpm. Model ini terdapat dua cara untuk menghidupkan enjin iaitu Sistem Eletrik atau secara manual menggunakan kaki(Kick Starter).  Sistem brek dengan teknoloji Synchronized Braking Technology(SBT) serta masih menggunakan dram didepan dan belakang.Handlebar yang tampak ergonomik di padankan dengan lampu LED DRL.  Pelana(Kusyen) yang selesa bagi penunggang sementara pelana belakang boleh ditanggalkan.