Treler Ajar 'King' Hormati Undang-Undang Jalanraya

 


Sebut sahaja 'King' majoriti pengguna jalanraya di negara kita pasti tersenyum dengan pelbagai kisah kenderaan berkenaan. 

Myvi atau lebih dikenali sebagai 'King' sebuah kereta yang sering menjadi sasaran bualan dan kerap terdampar di media sosial dengan pelbagai cerita. 

Terkini tular di Tik tok bagaimana sebuah treler mengajar 'King' agar lebih berdisplin di jalanraya dan menghormati undang-undang yang sedia ada demi keselamatan pengguna jalanraya lain.

Insiden yang berlaku di lebuhraya arah Kulai ke Johor Bahru mungkin membuat pemandu Myvi merah itu 'Insaf'. Video tersebut menunjukkan bagaimana sebuah Myvi merah hampir di himpit oleh treler . 

Sikap pemandu treler itu mendapat kepujian warganet yang berpuashati dengan tindakan yang dilakukan. 

Dapat dilihat dalam video tersebut bagaimana Myvi merah telah menggunakan lorong kecemasan untuk memintas kenderaan yang lain termasuk treler berkenaan. 

Menyedari kelibat Myvi tersebut yang tidak menghormati pemandu yang lain,pemandu treler telah bertindak dengan sengaja menghalang 'King' dari meneruskan perjalanan di lorong kecemasan. 

Tindakan pemandu treler itu merupakan satu pengajaran kepada pemandu Myvi merah berkenaan agar lebih berhati-hati bagi mengelak kemalangan. 

Keselamatan pengguna jalanraya yang lain harus difikirkan dan bukannya pentingkan diri sendiri. 

Di harap pemandu Myvi merah tersebut menyedari kesilapan serta mengubah sikapnya sewaktu memandu. Pelajaran yang diberikan leh pemandu treler berkenaan jadikan satu pengajaran. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ