2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ

 




Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan pemanggilan semula siri 3/2024 yang membabitkan 2  jenama motosikal yang berada di pasaran Malaysia.

 Honda dan Suzuki,dua jenama gergasi motosikal di pasaran negara kita telah terbabit dalam aktiviti panggilan semula (Recall) oleh JPJ. 

Suzuki V-Strom 800DE


Kami difahamkan 2 model motosikal Suzuki telah terbabit dalam panggilan semula ini. Model V-Strom 800DE pengeluaran tahun 2023 dan Skuter Model Burgman Street EX  keluaran tahun 2024. 

Suzuki Burgman Street EX


Sementara motosikal jenama Honda pula membabitkan Model CBR250RR dan CBR250S3A keluaran tahun 2022. 

Honda CBR250RR -2022


Info secara spesifik yang membabitkan ketiga model berkenaan sehingga kini belum kami perolihi. Panggilan semula(Recall) berkenaan turut membabitkan dua jenama kereta iaitu Toyota dan Mercedes - Benz. 

Model kenderaan Toyota yang terbabit ialah Vios keluaran bulan Mac tahun 2023 hingga Februari tahun 2024. 

Mercedes - Benz yang terbabit dalam Panggilan semula ialah, A 200, A 250,A 250 4MATIC, AMG 45 S 4MATIC, AMG CLA 45 S 4MATIC, B 200, CLA 200 COUPE dan CLA 250 COUPE.Kesemua model berkenaan adalah pengeluaran tahun 2017 -2024.    

Pihak  JPJ melalui laman media sosial rasmi berkata, aktiviti panggilan semula terpaksa dilakukan bagi menjamin pemilik atau pengguna berada didalam keadaan selamat serta selesa sewaktu menunggang atau memandu. 

Menurut pihak JPJ, pengeluar kenderaan yang tersenarai dalam pangilan semula akan menghubungi pemilik kenderaan untuk membuat temujanji serta membawa kenderaan untuk pemeriksaan dalam merelisasikan aktiviti panggilan semula yang dilaksanakan. 

Kerjasama pengeluar kenderaan dan pemilik diharap berjalan lancar dalam usaha melicinkan lagi panggila semula tersebut serta berakhir dalam waktu yang singkat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam