Tong Sampah Hadiah Buat King 'Myvi'

 



Gelaran King 'Myvi ' sudah lali bagi pengguna jalanraya.Pelbagai kerenah segelintir pemilik Myvi telah memburukkan jenama kereta tersebut.

Majoriti kita dengari pelbagai kisah buruk serta mengaibkan. Secara automatik tembelang pemilik Myvi yang bermasaalah dihidu oleh masyarakat dengan tularnya gambar kereta mereka. 

Tular kisah King 'Myvi' dihempap tong sampah kerana paring bertindih dan menghalang kereta lain.

Peristiwa yang berlaku baru-baru ini mengambarkan betapa pemilik kenderaan tersebut hanya pentingkan diri sendiri tanpa mengambil kira pengguna jalanraya yang lain. 

Kerumitan mendapatkan parking adalah sesuatu yang merimaskan setiap pemandu khususnya dibandar. Jalan penyelesaian paling cepat dan mudah adalah parking bertindih. 



Tidak menjadi satu kesalahan untuk parking bertindih, namun pemandu berkenaan harus berfikiran positif. 

Beberapa langkah perlu diambil agar tidak menyusahkan mereka yang telah parking terlebih dahulu untuk keluar. Jalanraya bukan hakmilik kita ,begitu juga dengan parking.

Namun kes yang berlaku pada 'Myvi' di Kuchai Lama menjadi satu pengajaran yang mungkin tidak dapat di lupakan oleh pemiliknya. 

Nak salahkan sapa? 

Myvi tersebut parking bertindih. Pemilik kereta Myvi berkenaan sepatutnya tinggalkanlah no telefon atau sebarang nota untuk dihubungi. 

Pemilik kereta terhalang telah membunyikan hon kereta lebih dari 35 minit. Namun usaha pemilik kereta berkenaan ternyata gagal menyelesaikan masaalah. 

Menurut GeneGene Ng yang memuat naik kejadian tersebut di laman Facebook Malaysia Automotive Shipposting. Suasana terlalu bingit dan menggangu apabila hon dibunyikan terlalu lama.



Selepas 35 minit hon dibunyikan,kelibat pemilik Myvi masih tidak kelihatan. Penyudahnya King 'Myvi" mendapat hadiah 2 'Tong Sampah'. 

Seandainya peristiwa berkenaan berlaku kepada kita, apakah tindakan yang kita akan lakukan?

Ulasan

  1. Sikap yg tidak bertanggung jawab.. Menyusahkan orang lain..

    BalasPadam
  2. Lain Kali tokey cina pemaju jgn kedekut buat parking lebih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ