Selamat Tinggal MotoGP - Suzuki

 


Ahirnya Suzuki Corporation bersuara mengenai spekulasi yang saban hari viral di media isu pengunduran Tim Suzuki dari perlumbaan MotoGP  bermula tahun depan. 

Kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Suzuki menyatakan pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Dorna bagi menamatkan penyertaan di MotoGP pada penghujung 2022.

 Kenyataan tersebut juga menyebut keputusan terpaksa di buat dengan mengambil kira isu ekonomi dan perubahan besar dalam sektor automotif. 



Dan ini memaksa syarikat mengalihkan kos dan tenaga kerja dalam membangunkan teknoloji baharu.

Pihak Suzuki juga mengucapkan terima kasih terhadap pasukan Suzuki Ecstar yang mengharumkan nama Suzuki di pentas perlumbaan motosikal peringkat antarabangsa. 

Dengan keluarnya kenyataan rasmi dari Suzuki Corporation,jelas kedudukan dua pelumba Suzuki Ecstar tergugat. 



Kedua pelumba berkenaan Alex Rins dan Joan Mir terpaksa mencari pasukan baru bagi meneruskan karier mereka dalam perlumbaan MotoGP di musim akan datang.


Persoalannya adakah berita ini bakal merencatkan jualan produk Suzuki khusus di negara kita. Seperti kita ketahui produk Suzuki di Malaysia mutakhir ini agak rancak jualannya.

Permintaan ternyata diluar dugaan di bawah SMSB(Suzuki Malaysia Sdn Bhd). 

Semoga isu penarikan Pasukan Suzuki Ecstar dari perlumbaan MotoGP tidak mempengaruhi jualan produk Suzuki di negara kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ