Kenapa Nombor Plat Kenderaan Daftar Di Perak Bermula Huruf 'A' ?

 


Pemilik kenderaan yang mendaftar di negeri Perak,tahukah Anda kenapa nombor pendaftaran di Perak bermula huruf 'A'. 

Rasanya ramai yang tidak tahu susurgalur berhubung isu berkenaan. 

Dan mungkin kepada yang rajin mentelaah sejarah nombor pendaftaran negeri-negeri di Malaysia ada jawabannya. 

Tercatat dalam sejarah pemilik kereta yang pertama di Tanah Melayu sebenarnya asal dari Perak dan itulah sebabnya nombor plat negeri tersebut bermula dengan huruf "A" . 



Difahamkan sebelum itu nombor plat Perak didaftarkan dengan huruf ' 'PK'. Selepas Tentera British mengambilalih, perubahan telah dilakukan iaitu menukar nombor plat Perak kepada huruf 'A'. 

Ini bertujuan bagi mengelakkkan kekeliruan nombor plat dari Singapura,Selangor dan Pulau Pinang . 

Mengikut sejarah, pemilik kedai Perubatan Cina Eu Yan Sang iaitu Eu Tong Sen adalah orang pertama memiliki kereta. Dikatakan dia telah membawa masuk kereta ke Tanah Melayu pada tahun 1902. 

Walaupun Eu merupakan orang pertama yang membawa masuk kereta ke Tanah Melayu, namun beliau tidak berjaya untuk menggunakan nombor plat 'A 1'. 

Nombor plat 'A 1' telah digunakan oleh Arkitek British iaitu Claude Henry Labrooy. Nombor plat berkenaan diberikan kepada beliau berdasarkan jasa-jasa beliau kepada pembangunan Perak pada masa itu. 

Negeri Perak pada masa itu tercatat sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kenderaan.Ini berdasarkan kekayaan dari industri bijih timah.


Tahun 1910 bandar Ipoh pernah mendapat jolokan 'Bandar jutawan'. Ini berdasarkan kerancakan industri bijih timah serta perladangan getah. 

Pada waktu itu Taiping merupakan ibu negeri Perak. 

Negeri Selangor telah mendapat nombor plat 'B' berdasarkan negeri kedua mendaftarkan pemilik kereta. 

Selepas itu diikuti oleh negeri Pahang menggunakan huruf 'C' dan seterusnya Kelantan huruf 'D'. 

Dan selepas itu bermulanya era setiap negeri menggunakan nombor plat mengikut huruf awal negeri berkenaan. 

Namun jangan terkejut kenapa nombor plat kenderaan yang mendaftar di negeri Perlis menggunakan huruf 'R'. 

Jawabannya mudah, ini kerana huruf  'P' telah diguna pakai oleh negeri Pulau Pinang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ