Denza D9 2022 -Alphard Buatan China

 


Pengeluar kenderaan di China kini melangkah lebih jauh dengan mengeluarkan kenderaan mewah MPV serupa Toyota Alphard. Hariankabar(HK) difahamkan model ini laku keras di negara China. 

Denza D9 2022 satu jenama yang tidak begitu popular di negara kita. MPV keluaran negara China dimana jualannya cukup membanggakan macam goreng pisang panas. 

Denza merupakan satu jenama usahasama antara BYD dan Mercedes-Benz. HK dimaklumkan model Denza D9 2022 ini terdapat dua pilihan rangkaian kuasa untuk pasaran di China. 

Enjn Plug - In Hibrid Petrol Eletric (PHEV) dengan enjin 4 silinder  1.5 liter turbocaj yang dipadankan dengan motor eletrik siap terpasang pada roda hadapan. 

Versi AWD  bagi Denza D9 menambah susunan motor eletrik kedua pada gandar belakang. 

Sementara  pilihan rangkaian kuasa kedua ia merupakan versi eletrik sepenuhnya dalam bentuk kenderaan eletrik (Battery Eletric Vehicle) BEV. 

Sememangnya BYD adala pengeluar kenderaan eletrik yang tersohor di negara China. 

Info yang HK terima versi PHEV menawarkan jarak pemanduan antara 90km sehingga 1.040km. Sementara versi BEV menawarkan jarak pemanduan sehingga 600km. 

Harga Denza D9 varian PHEV bermula dari RMB 335,000 (RM 220,000) hingga RMB 445,000 (RM430,000). Sementara harga bagi varian BEV RMB (RM254,000) hingga RMB 460,000 (RM 300,000). 

Ianya merupakan harga yang tinggi bagi sebuah MPV di China. 



Jadi buat peminat MPV atau mereka yang berminat memiliki Toyota Alphard sila pastikan pilihan anda tepat. 

Takut nanti berniat nak beli Toyota Alphard tapi terbeli Denza D9. Itu pun jika model MPV Denza D9 masuk ke pasaran negara kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ