V-Strom 250SX Akan Dilancarkan Bulan Ini? Biarlah Jadi Kenyataan

 



"Sudah lama saya mendengar cerita ini,biarlah jadi kenyataan"' demikian keluhan seorang peminat tegar V-Strom. Model mana yang beliau obses? Beliau mendengar cerita Suzuki Malaysia bakal melancarkan model V-Strom 250SX dalam masa terdekat. Betul ker ni? 

Kami mendapat info Suzuki telah membawa masuk V-Strom 250SX ke negara kita,namun pelancarannya belum pasti.



 

Tinjauan secara rambang yang kami lakukan berkenaan model tersebut kepada beberapa kumpulan bikers jelas menunjukkan V-Strom 250SX bakal melonjakkan nama Suzuki dipersada pasaran motosikal di Malaysia. 

SMSB(Suzuki Malaysia Sdn Bhd) sekiranya melancarkan model berkenaan pada bulan Ogos ini, boleh dikatakan bijak dalam mengatur strategi serta membuat percaturan yang tepat. 

Ini kerana tiada sebarang jenama lain sama kelas dengannya yang bakal mencabar kemunculan V-Strom 250SX  dalam waktu terdekat. 






Bagi memudahkan pembaca mengenali Suzuki V-Strom 250SX, kami kongsikan butiran tentang model tersebut. 

Speksifikasi V-Strom 250SX :- 

1. Enjin 1 Silinder 250cc, 

2. Sistem penyejukkan minyak 

3. SOHC 4 Valve F1 

4. 26hp - 9,300rpm 

5. 22.2Nm - 7,300rpm 

6. Transmisi 6 gear 

7. Berat 167kg 

8. Disc Brek depan/belakang  

9. Tayar Depan 100/90 - 19 

10.Tayar Belakang 140/70 -17 

11. Suspensi Belakang Tunggal 

12. Bahan api(Tangki Minyak) 12 liter  

Sehingga artikel ini disiarkan,kami belum mendapat sebarang informasi dari Suzuki tentang harga yang ditawarkan.




Buat peminat yang mula berjinak dengan versi Adventure diharap bersabar. Informasi acara pelancaran serta peluang bagi peminat untuk melihat V-Strom 250SX dari dekat akan kami hebahkan nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ