PMX "Cakna" Pengguna Motosikal




Melihatkan kenyataan di Facebook beliau, tampak Perdana Menteri begitu cakna dan gusar dengan insiden kemalangan jalanraya yang tinggi membabitkan pengguna motosikal di negara kita. 

Menyentuh tentang isu kemalangan jalanraya membabitkan pengguna motosikal, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ianya membabitkan aspek kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peyelenggaraan jalanraya. 




Kebimbangan tersebut turut dikongsi oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang telah melakukan kunjungan hormat berjumpa dengan beliau baru-baru ini. 

Menurut coretan di laman Facebook berkenaan, Perdana Menteri juga menyatakan,beliau dan Tan Sri Lee Lam Thye sependapat. Ianya juga termasuk isu keselamatan di tempat kerja.




Promosi kempen kesedaran,keselamatan dan mendidik masyarakat dalam menghidupkan budaya selamat,sihat serta ujudkan suasana kerja kondusif seperti yang dipraktikkan oleh Tan Sri Lee Lam Thye,demikian Perdana Menteri menyeru agar pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut memainkan peranan.    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ