'Jenama Sudah Lama Tersohor Dan Di Yakini" - Cikgu Mazlan

 


Mazlan dengan motosikal V_Strom 250SX 


"Ketahanan enjin,jenama yang sememangnya sudah lama bertapak di Malaysia dan paling penting saya yakin dengan Jentera Suzuki, " demikian luahan Mazlan Yusoff 48.

 Mazlan Yusoff seorang guru, secara automatik menjadi warga Sabah yang pertama memiliki Suzuki V-Strom 250SX di Negeri Sabah. 




Beliau merupakan pemilik yang ke 35 dari 50 orang pemilik pertama Suzuki V-Strom 250SX yang diraikan oleh Suzuki Malaysia dalam acara penyerahan motosikal kepada pemilik baru-baru ini. 









Anak jati Sabah ini mula berkecimpung dalam dunia dua roda semenjak 2005 dan masih aktif sehingga sekarang.Bukan sekejap beliau terpaksa menunggu untuk mendapatkan Suzuki V-Strom 250SX. 

Apa yang mendorong Mazlan hingga sanggup menunggu 9 bulan bagi mendapatkan V-Strom 250SX ? 


Mazlan menerima Sijil dari Dato Jeffery


Sebenarnya saya juga hampir tergugat dan ingin untuk membatalkan tempahan. Namun nasihat dari keluarga membuatkan saya tabah,tambahan model ini belum ada lagi di Sabah. 

Beliau menjadi orang pertama di Sabah yang memiliki model berkenaan. Beliau juga memiliki Honda ADV 150 dan Yamaha NVX.Kedua buah skuter berkenaan digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja dan beriadah bersama rakan permotoran. 


Mazlan(kiri) dan Ahmad Faris dari Sarawak (Kanan)
2 pemilik V-Strom 250SX yang pertama dari Borneo


Kualiti dan harga itu antara fakta yang menarik minat beliau untuk memilih V-Strom 250SX. Kajian terhadap model Adventure 250cc telah beliau lakukan hampir 3 bulan sebelum membuat keputusan untuk tempahan.



 

"Desainnya menarik,saya mengkaji hasil tunggang uji di luar negara jelas enjin model ini tahan lasak khususnya ketahanan untuk aktiviti off road. Jadi saya tidak salah membuat pilihan tambahan jalan di Sabah banyak sekali Of road. 




Beberapa rakan telah pun menurut jejak saya dengan membuat tempahan model yang sama, jadi saya sudah ada grup untuk aktivii off road dan beriadah di hujung minggu," demikian tegas Mazlan mengakhiri temubual kami. 




Mazlan telah memilih warna Ikonik bagi model V-Strom iaitu Champion Yellow. Katanya pemilihan warna berkenaan berdasarkan rekabentuk yang ramping,terserlah ketulenan model Adventure walaupun kuasa enjinnya cuma 250cc.Warna ini juga jelas sinonim dengan Logo Suzuki, memang 'ohsem.' 




Selain dari Mazlan , terdapat juga seorang lagi pemilik dari Sarawak iaitu Ahmad Faris Anuar. Beliau merupakan pemilik yang ke 37 dari 50 pemilik pertama V-Strom 250SX dan merupakan orang yang terawal memiliki jentera Suzuki ini di Sarawak. Beliau memilih V-Strom 250SX berwarna hitam iaitu Glass Sparkle Black.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ