Penyerahan V-Strom 250SX Kepada 50 Pembeli Terawal

 




Suzuki V-Strom 250SX dilancarkan hari ini.Model yang sekian lama menjadi bualan hangat dikalangan peminat motosikal Adventure di negara kita. Harga asas yang ditawarkan RM17,800.


Mazlan dari Sabah(kiri) dan Ahmad dari Sarawak




Sempena upacara pelancaran, Suzuki Malaysia turut juga meraikan 50 orang pemilik pertama V-Strom 250SX ,di mana 2 orang pemilik tersebut adalah dari Sabah dan Sarawak.

Champion Yellow

Desain yang menampakkan Kerampingannya,Tangkas dan Santai. Model V-Strom 800DE diadaptasikan pada V-Strom 250SX. 

Pearl Blaze Orange

Bagi melicinkan pergerakan motosikal V-Strom 250SX dilengkapkan dengan Sistem Easy Start dan Suzuki Eco Performance (SEP) bertujuan bagi penjimatan minyak paling efisien. 

Glass Sparkle Black

Apa yang tampak lebih menyeronokkan kepada penunggang ialah Casis model ini 'slim' yang pastinya lebih ringan memudahkan kendalian sewaktu di kelajuan perlahan. 

Apa ciri-ciri standard yang terdapat pada Suzuki V-Strom 250SX? 

1. Panel Meter Digital 

2. Pengecas USB 

3. Brek ABS. 

4. Pelindung Enjin (Belly Pant) 

5. Lampu Led. 


Bagi Pasaran di negara kita, V-Strom 250SX dilengkapi dengan pelindung tangan pada handlebar serta pemijak kaki Off Road. tambah menyeronokkan lagi 'carrier' aliminium juga tersergam dibelakang untuk meletakkan kotak barang. 


Sijil Pemilikan 50 pembeli pertama



Suzuki V-Strom 250SX ini ditawarkan dengan harga mampu milik dan boleh dikategorikan murah bagi yang sama kelas dengannya.Model ini juga ditawarkan 3 warna  iaitu Champion Yellow,Pearl Blaze Orange dan Glass Sparkle Black. 

50 pemilik V-Strom 250SX bergambar kenangan

Menurut Suzuki Malaysia, orang ramai boleh ke dealer yang berdekatan dengan lokasi mereka untuk melihat secara dekat model V-Strom 250SX mulai hari ini.  





Speksifikasi V - Strom 250SX:- 

1. Enjin 249cc. 

2. 4 lejang,SOHC. 

3.  Kuasa Maksimum 26hp. 

4.  Single Silinder (1 silinder) 

5. Tork Maksimum 22.2Nm. 

6. Bahan Bakar(minyak) 12 Liter. 

7. Fuel Injection. 

8. Sistem Penyejukkan Cecair. 

9.Tayar Depan 19 inci,Tayar Belakang 17 inci. 

10. Brek Depan Dibekalkan dengan disc Brake Size 310mm. 

11. Brek Belakang Dibekalkan Disc Brake Bersize 240mm. 

12. ABS Dwi Channel(Saluran)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ