Kacukan Skuter dan Easy Rider - Haochen HS150T - B






Lain bebeno desain skuter dari negara Tembok Besar ini. Apa yang kami boleh katakan ujudnya Skuter ini hasil gabungan Chopper dan Skuter yang diadaptasikan menjadi sebuah skuter. Maklumlah sekarang ini pasaran skuter cukup baik dan permintaan tinggi. 

Dapat kita perhatikan rekaannya yang agak unik dan penuh dengan gaya tersendiri. Lampu depan jenis bulat sama seperti yang sering digunakan oleh easy rider(Chopper).


  

Hendal bar dan cermin sisi juga berbentuk bulat 'old Skool' betul desainnya.Namun perekanya juga telah mengabungkan elemen mengikut citarasa terkini iaitu panel meter dibekalkan dengan TFT warna. 

Haochen HS150T-B disempurnakan dengan enjin 150cc, sistem sejukan cecair yang memberikan maksimum 9.5 kW pada 8,500 rpm. Sementara kusyen penunggang tampak jauh dari hendal bar.

Mungkin perekanya ingin memberikan keselesaan pada ruang kaki penunggang. Haochen ini didatangkan dengan fork hadapan jenis USD dan penyerap hentak tunggal di belakang.



Sistem keselamatan model ini tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan skuter yang sama keas dengannya. Haichen HSI 150T - B dibekalkan dengan brek jenis cakera tunggal depan dan belakang. 

Sementara sistem ABS pula hanya dipasangkan di bahagian hadapan. Tangki bahan api maksima hanya 4.8 liter dan menurut info jumlah bahan api tersebut mampu menampung sehingga  200 km seperti kenyataan mereka iaitu penggunaan bahan api(minyak) ialah 2.3 liter setiap 100 km. 



Skuter Haochen HSI 150T-B ditawarkan 5 warna pilihan iaitu Putih,Merah Jambu,Merah,Ungu dan Biru. 

Adakah model ini akan masuk ke negara kita? Sehingga artkel ini diterbitkan,kami tidak mendapat sebarang maklumat.

  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ