1 Juta Dos Vaksin AstraZeneca Mendarat Di Malaysia



1 juta dos vaksin Covid-19  keluaran AstraZeneca selamat tiba di negara kita dari Jepun semalam.

Bekalan vaksin berkenaan merupakan sumbangan dari kerajaan Jepun tiba di pintu C32 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Japan Airline JAL723 petang semalam.

Sumbangan satu juta dos keluaran AstraZeneca tersebut adalah bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinansi di bawah Program Imunisasi Covid - 19 Kebangsaan (PICK).

Dengan ketibaan bekalan tersebut sekaligus menjadikan vaksin keluaran AstraZeneca yang diterima oleh Malaysia adalah sebanyak 1,828,000 dos sehingga Julai.

Menteri Luar Datuk Seri Hisahamuddin Tun Hussein , Menteri Penyelaras PICK,Khairy Jamaluddin serta Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka turut hadir semasa ketibaan vaksin berkenaan.

Menurut Hiroshi Oka,sumbangan vaksin dari Jepun kepada kerajaan Malaysia merupakan simbol terbaharu persahabatan antara kedua-dua negara negara .

Kerajaan Jepun juga bersetuju menyumbang vaksin AstraZeneca kepada Filipina,Thailand dan Indonesia.

Vaksin AstraZeneca yang diterima dari Jepun akan dihantar ke pusat penyimpanan  vaksin(PPS) di Kuala Lumpur,Selangor,Johor Baharu,Pulau Pinang dan Sarawak d bawah PICK.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ