Produk Rawatan Covid-19 Secara Kendiri DiRampas - JKNS

Datuk Dr Sha'ari Ngadiman
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor


Produk berjenama 'Lianhua Qingwen Jiaonang' satu produk yang didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19 secara kendiri telah dirampas oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor(JKNS) baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor,Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata sebanyak 101 kotak produk berkenaan telah dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya.

Produk yang bernilai  RM2,500 itu disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan ini merupakan rampasan kali kedua keatas produk berkenaan selepas oktober tahun lalu.

Produk 'Lianhua Qingwen Jiaonang' merupakan produk yang tidak berdaftar. Ianya dikhuatiri akan membawa kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan penggunanya.

"Mereka yang taksub dengan produk tersebut seharusnya membuat pemereksaan perubatan terlebih dahulu dari pengamal perubatan yang berdaftar sebelum mengambil tindakan drastik yang bakal merosakkkan diri sendiri'" demikian nasihat Dr Sha'ari Ngadiman.  

Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi  Negara di talian 03-78835400.

Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan,pemilik premis tersebut boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ