PKPD 34 Mukim Di Selangor Tiada Kawad Berduri - KP Selangor


34 Mukim di Selangor yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 3 Julai  hingga 16 Julai tidak akan dipasang pagar kawat berduri.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed,pihaknya akan mempertingkatkan kawalan di sekatan jalanraya (SJR).

Arjunaidi berkata, pihaknya akan menggunakan 80 peratus kekuatan daripada hampir 14,000 anggota dan pengawainya bagi operasi pematuhan prosedur operasi standard  (SOP) di kawasan PKPD bagi memastikan tiada individu yang merentas kawasan.

"Kita akan lakukan sekatan jalanraya di laluan kebiasaan orang ramai untuk merentas kawasan (antara mukim dan daerah). Pasukan pemantau akan diletakkan bagi memastikan tiada individu yang merentas daerah atau negeri.

Selain 120 hingga 140 sekatan jalan raya yang dijalankan,polis akan memperbanyakkan sekatan jalan raya secara bergerak atau 'snap check'.

Arjunaidi menambah, PKPD yang akan dilaksanakan bermula 3 Julai sehingga 16 Julai adalah satu tindakan wajar bagi memastikan kes positif di negeri Selangor dapat diturunkan dan trend jangkitan tidak merebak ke negeri-negeri lain.

Individu yang tinggal di Selangor tetapi perlu bekerja di luar dari Selangor atau sebaliknya dimestikan menunjukkan surat kebenaran majikan dan kementerian semasa di sekatan jalan raya.

PKPD  di Selangor melibatkan 34 mukim di lapan daerah  iaitu daerah Petaling,Hulu Langat,Sepang,Gombak,Kuala Langat,Klang,kuala Selangor dan Hulu Selangor.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ