Sinovac Dijual,Kenapa? - Rafidah Aziz



Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, rakyat tidak sepatutnya membayar untuk sesuatu “yang sepatutnya percuma.”

Tan Sri Rafidah Aziz mendesak jawatankuasa pemantauan vaksin bagi menjelaskan keputusan untuk membenarkan penjualan 14 juta dos Sinovac kepada syarikat swasta.

“Bukankah semua keperluannya dikira dan dirancang, untuk diberikan secara percuma kepada rakyat?”

Beliau mengulas setelah mengetahui bahawa Pharmaniaga Bhd akan menjual vaksin itu kepada negeri dan syarikat swasta yang berminat mulai bulan ini sehingga September.

Pharmaniaga Bhd diberi lampu hijau untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menyentuh menenai isu berkenaan, Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai negeri dan syarikat yang telah memohon untuk membeli vaksin berkenaan akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan.

“Memvaksin populasi satu perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat, tidak begitu?” soal Rafidah Aziz dalam hantaran di Facebook.

Katanya, tidak semua orang mampu memvaksin sebuah keluarga, terutama mereka yang terkesan akibat sekatan pergerakan.

"Bolehkah pengerusi jawatankuasa vaksin menjelaskan perkara ini? Tiada siapa pun patut mengaut untung daripada Vaksin'. ujarnya.

 Rafidah berkata, beliau merasa “pelik” apabila Putrajaya memberi layanan berbeza terhadap rakyat sedangkan sebelum ini telah membuat peruntukan untuk memvaksin penduduk.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ