Vaksin Pfizer Dan Moderna Berkesan Untuk Varian Lambda



Varian baharu Covid-19, Lambda yang pertama kali dikesan di Peru dipercayai mampu di lemahkan oleh Vaksin Pfizer dan Moderna.

Sekolah Perubatan Grossman Universiti New York telah melakukan kajian terkini dan mendapati vaksin Moderna dan Pfizer mampu melindungi  individu daripada varian Lambda pada tahap yang memuaskan.

Varian Lambda setakat ini telah dikesan di 30 negara dalam masa beberapa minggu sahaja.

“Penemuan ini membuktikan kepentingan pemberian vaksin secara meluas yang akan melindungi individu daripada  Covid-19, mengurangkan penyebaran virus dan melambatkan kemunculan varian baharu,” demikian analisa hasil kajian tersebut.

Intipati dari kajian membuktikan vaksin yang digunakan pada ketika ini kekal melindungi individu dari varian Lambda dan terapi antibodi monokral adalah efektif.

Apa yang membimbangkan ahli epidemiologi ialah lonjakan protein L452Q yang ditemui didalamnya berpotensi berjangkit pada manusia sepertimana mutasi L452R dalam varian Delta secara automatik mengakibatkan mudah berjangkit.

Badan Kesihatan Englang(PHE) telah klasifikan varian Lambda sebagai Covid-19 dan di bawah siasatan.

 Kenyataan dari WHO pula ialah, varian Lambda mempunyai kadar mutasi yang meningkatkan kemampuan dan potensi kebal vaksin, walaupun tiada bukti yang cukup untuk mengesahkan kenyataan itu.

Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) mengklasifikasikan varian Lambda sebagai varian Dipantau pada 14 Jun lalu.

Boleh dikatakan 81 peratus kes Covid-19 di Peru adalah dijangkiti varian Lambda.Sementara itu data yang dikeluarkan oleh John Hopkins,Peru adalah negara dengan jumlah kematian  per kapita tertinggi di dunia.

Varian Lambda menular di Peru sejak Ogos tahun lalu dan sekarang antara varian dominan negara Amerika Tengah itu.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ