Persatuan Insuran - Pemegang Polisi Di Minta Kemukakan Tuntutan Ujian Saringan Covid - 19


Pemegang Sijil atau Polisi di minta untuk kemukakan tuntutan mereka berkaitan ujian saringan Covid - 19 di bawah Tabung saringan Covid - 19 (CTF).

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia(LIAM),Persatuan Takaful Malaysia(MTA) dan Persatuan Insuran Am Malaysia(PIAM).


Ketiga persatuan berkenaan berkata pemohon yang telah melakukan ujian saringan pada atau sebelum 31 Mei 2021, boleh mengemukakan permohonan melalui laman web My CTF  di www.myctf.my pada 15 Julai 2021.

CTF bernilai 10 juta ditutup secara rasmi pada 21 Mei 2021,sepertimana yang diumumkan di laman web LIAM,MTA dan PIAM.

Namun,industri insuran dan Takaful telah memutuskan pertimbangan rayuan untuk ujian yang dilakukan pada atau sebelum31 Mei 2021.Pembayaran balik tertakluk kepada pemohon memenuhi kriteria kelayakan ditetapkan CTP dan pemohon berdasarkan kes demi kes.

Kelulusan permohonan dari pemegang polisi dan sijil adalah atas budi bicara CTP dan pemohon akan diberitahu jika rayuan mereka diluluskan oleh CTP.  

Sementara itu,Program Bantuan Covid -19 mengenai penangguhan premium atau sumbangan sehingga tiga bulan telah dilanjutkan sehingga akhir tahun 2021 untuk pemegang Polisi atau Sijil yang terjejas akibat Covid - 19 serta bantuan tunai,kemasukan ke hospital dan faedah kematian bagi pelanggan yang dijangkiti Covid-19.

CTF yang dilancarkan pada bulan Mac tahun lalu hingga kini telah memberi manfaat kepada lebih 65,000 pemohon.

Dari April hingga Disember 2021, syarikat insuran hayat dan pengendali takaful keluarga telah berikrar menyediakan tambahan dana baharu bagi membantu pemegang polisi atau sijil dalam bentuk bantuan perubatan untuk rawatan Covid-19 di hospital kerajaan atau swasta.

Ianya juga merangkumi kesan sampingan suntikan vaksin yang serius di bawah Program Imunisasi Covid - 19 Kebangsaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ