Lari Kerana Panik Penggera Kebakaran Berbunyi - PDRM


Tular video yang menunjukkan pekerja-pekerja kelam kabut melompat pagar sebuah syarikat kurier di Seksyen 22 Shah Alam bagi menyelamatkan diri masing-masing petang semalam.

Pelbagai telahan dan prasangka buruk susulan kejadian berkenaan telah terdampar didada media sosial.

Kejadian berkenaan dikaitkan dengan serbuan oleh pihak berkuasa serta  memaksa pekerja kilang mengambil tindakan drastik tanpa memikirkan keselamatan diri.

Inilah natijahnya apabila kuasa viral menguasai minda masyarakat kita hari ini. Tanpa selidiki terus mengiyakan apa yang di lihat. Namun kenyataan sebenarnya terpesong jauh.

Kejadian yang berlaku pada petang semalam adalah akibat daripada gangguan 'false fire alarm trigger' syarikat kurier tersebut dan ianya dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian.Dan bukannya operasi oleh pihak berkuasa tehadap kilang berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharuddin Mat Taib, kejadian yang berlaku telah menimbulkan suasana panik kepada pekerja kilang berkenaan apabila mendengar penggera kebakaran berbunyi .

Mereka semua lari lintang pukang ekoran takut berlakunya kebakaran di kilang berkenaan tanpa mengetahui punca sebenar kenapa penggera kebakaran berbunyi.

Syarikat tersebut masih baru sejak diambil alih lebih kurang sebulan lalu,ramai pekerja dan pengurusan belum dilatih mahupun didedahkan dengan ilmu 'fire drill' antaranya tempat berhimpun dan pelan evakuasi(sekiranya berlaku bencana dan kebakaran).








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ