Hanya Untuk Yang Tercicir- Boleh Walk In



Merujuk kepada satu mesej yang tular melalui media sosial hari ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata, justeru inisiatif itu bukan untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing.

Mesej 'berantai' itu turun menyenaraikan 50 PPV serta jenis vaksin yang disediakan di pusat terbabit, sekali gus menimbulkan kebimbangan kemungkinan berlaku kesesakan.

Pada masa sama, CITF berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan 'walk-in' pada Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak, manakala PPV sedia ada tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif itu.

Inisiatif masuk terus tanpa janji temu (walk-in) yang diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, Jumaat lalu, adalah untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu masing-masing selepas tarikh itu.

"Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang sudah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Individu yang masih belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian, juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp yang menyatakan bermula 1 Ogos ini, semua penduduk Selangor dan Kuala Lumpur yang berusia 18 tahun ke atas, yang masih tidak memperolehi vaksin boleh ke mana-mana PPV tanpa perlu mempunyai janji temu untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Jumaat lalu, dalam sidang media khas CITF secara maya, Khairy dilaporkan berkata, mereka yang tidak ada dalam sistem Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tetapi menetap di Selangor dan Kuala Lumpur. 

Serta ketinggalan dalam mendapatkan vaksin melalui PICK termasuk individu yang tidak memiliki dokumen pengenalan dan perjalanan, boleh mendapatkan imunisasi secara masuk terus tanpa janji temu di semua PPV di negeri itu.

Khairy dilaporkan berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan selepas operasi peningkatan kapasiti bagi meningkatkan pemberian vaksin kepada mereka yang sudah mendaftar sebelum ini, dijangka bermula pada 1 Ogos nanti.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ