Kami Yang Teraniaya Kerana KKM


Catatan wanita dikenali Azra Ghaz di Facebooknya       

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita yang menggunakan akaun dikenali Azra Ghaz menyatakan kecuaian KKM terhadap suaminya dalam memaklumkan keputusan negatif RTK-Antigen negatif.

Natijah kekhilafan Kementerian Kesihatan (KKM) menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti  Covid 19 daripada suaminya.

Menerusi perkongsian Azra di Facebook, beliau menyatakan suaminya dijangkiti ketika berada di wad hospital.Ketika mendapat rawatan di hospital, suaminya tidak mampu bergerak dari katil.

Timbul persoalan pada Azra, adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul semasa merawat suaminya.

Menurutnya lagi, kecuaian KKM ketika memaklumkan keputusan  RTK-Antigen kepada suaminya. Dimaklumkan suaminya negatif, namun hakikat sebenarnya suami beliau adalah positif Covid 19.

"KKM mengarahkan suami saya yang positif Covid 19 balik ke rumah,akhirnya kami di rumah pula yang terdedah kepada wabak Covid 19",ujar Azra.

Susulan dari itu, mereka sekeluarga kemudiannya membuat ujian saringan Covid 19 sebelum dimaklumkan positif ketika menjalani tempoh kuarantin.

"Kerana kesilapan KKM, mereka membahayakan nyawa kami sekeluarga. KKM mengarahkan kami sekeluarga untuk buat RTK-PCR kali kedua pada hari ke-15 selepas terdedah kepada kontak positif.

"Apakah signifikannya melakukan RTK-PCR selepas incubation period (tempoh inkubasi) 10 hari, sedangkan kebolehjangkitan di tahap sifar," katanya.

Azra berkata,semasa sesi pertemuan dengan KKM adalah membincangkan aduan rasminya.

Sebelum itu difahamkan Muhammad Ghazali,suami kepada wanita itu berkata,selepas 2 hari dimasukkan ke hospital tersebut,dia diarahkan menjalani ujian saringan Covid 19 selepas terdapat kes positif wabak itu di wad yang didudukinya.

Dia kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember, namun keputusan ujian disahkan negatif serta dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimanapun, pada 23 Disember lalu, dia menerima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan sebenarnya disahkan positif Covid-19 sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada keesokannya.

Suami wanita tersebut dipercayai menerima jangkitan virus terbabit ketika mendapatkan rawatan akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul di hospital tersebut pada 7 Disember tahun lalu. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ