Motosikal Sampai Tapi Rosak


Keadan motosikal yang dihantar oleh syarikat kurier

Seorang pelanggan sebuah syarikat kurier tidak berpuashati dengan perkhidmatan syarikat tersebut selepas mendapati motosikal yang di poskan ke negeri asalnya Terengganu rosak teruk.

Dikenali sebagai Zikri,30-an,menjelaskan, dia menggunakan khidmat syarikat kurier tersebut pada bulan Ogos tahun lalu kerana berpindah dari Johor Bharu ke Kuala Terengganu.

Beliau sebelum ini bekerja di Singapura telah kembali ke Chendering, kampung halamannya untuk memulakan pekerjaan di tempat baru mendapati motosikalnya jenis SYM T2 250 rosak teruk selepas di hantar oleh syarikat kurier berkenaan.

Motosikal tersebut di gunakan untuk berulang alik dari Johor Bharu ke tempat kerja di Singapura.

Bagaimanapun sehari selepas beliau menghantar motosikal kepada syarikat kurier berkenaan, pihak syarikat kurier tersebut ada menelefon memberitahu iaitu lori yang membawa motosikalnya terlibat dalam kemalangan.

Insiden tersebut menyebabkan motosikal beliau rosak teruk. Namun tiada tawaran gantirugi dari pihak syarikat kurier.Ini kerana syarikat kurier mendakwa motosikal terbabit tidak dilindungi insuran.

Menurut Zikri,beliau tidak dmaklumkan oleh pihak syarikat kurier semasa membuat pembayaran untuk khidmat penghantaran motosikal.Sebanyak RM 250 telah dibayar kepada syarikat berkenaan.

Beliau menjangkakan bayaran tersebut adalah termasuk insuran.Apa yang membuat beliau terkilan adalah hampir 4 bulan insiden tersebut berlaku, pihak syarikat kurier hanya mengambil sikap berdiam diri.

"Hampir 10 kali saya menelefon mereka, tetapi jawapan yang sama saya perolihi iaitu akan di rujuk kepada pihak atasan" luah Zikri tentang dilema yang di hadapinya.

Beliau menerima tawaran dari syarikat tersebut selepas mengugut akan membuat laporan pada pihak berkuasa.Sebanyak RM 800  di tawarkan oleh syarikat berkenaan sebagai gantirugi.

Namun tawaran tersebut tidak sepadan dengan nilai kerosakan motosikalnya. Zikri telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis serta laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Bagi beliau tidak ada sebarang masaalah jika kes tersebut di bawa ke muka pengadilan seandainya pihak syarikat kurier terbabit tidak bertanggungjawab atau membayar gantirugi setimpal dengan nilai kerosakan motosikalnya.  



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ