Walau Berambut Panjang Murid Boleh Bersekolah



"Meskipun ada murid yang berambut panjang, mereka dibenarkan masuk sekolah seperti biasa tanpa di kenakan tindakan oleh guru displin", ujar Menteri Kanan Keselamatan,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kelonggaran tersebut dicapai hasil mesyuarat dengan Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

Isu yang melibatkan 5 juta  murid sekolah di seluruh negara apabila memasuki semula ke institusi  di bawah Kementerian Pendidikan.

Kelongaran tersebut diberi susulan semua kedai gunting tidak dibenarkan beroperasi ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 13 Januari.

Menurut Ismail Sabri, keputusan menutup atau membuka semula premis Gunting Rambut akan di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan selepas PKP, iaitu tempoh penilaian dua minggu.

Beliau juga menjelaskan mengenai rungutan terdapat institusi pengajian tinggi dan sekolah tertentu mengenakan syarat pelajar buat ujian swab dengan kos di tanggung sendiri, beliau berkata ianya tdak boleh dilaksanakan.

Ismail Sabri menegaskan,arahan ujian swab hanya kepada pelajar yang bergejala sahaja sebelum masuk ke kampus atau asrama bagi duduki peperiksaan, bukan semua diwajibkan.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ