Honda Beat 110 - Sinonim Nama Dan Rentak






Hampir 1 tahun penulis tidak menguji Skuter. Walaupun mendapat jemputan hadir ke majlis pelancaran namun kekangan masa membuatkan ketinggalan dalam misi memburu info skuter terkini.

Peluang diberikan oleh Boon Siew Honda bagi menunggang uji Skuter Honda Beat 110.Penulis umpama  baru terjaga dari lena yang panjang.Tidak terfikir langsung tentang model tersebut. Peluang terhidang maka tidak di sia-siakan.

Seikhlasnya penulis klasifikasikan Honda Beat 110 merupakan model awalan atau permulaan bagi mereka yang berhijrah ke dunia skuter.Gadis lepasan SPM,ulang alik kerja,hantar anak ke sekolah serta golongan veteran. Teramat sesuai penggunaan di bandar.

Kenapa penulis berkata begitu. ini berdasarkan ujian selama seminggu di dalam pelbagai keadaan.Pemilihan nama sememangnya sinonim dengan rentak. Honda Beat 110 bukanlah sebuah skuter yang agresif.Namun cukup senang dikendalikan.

Bersifat lemah lembut dengan gaya terkini seronok menunggangnya terutama di celah-celah deretan kenderaan.Kesesakan trafik di kotaraya bukan penghalang utama bagi skuter ini.

Penjimatan dan kapasiti minyak untuk penuhkan tangki. Itu soalan rutin yang perlu dijawab bila bersua dengan mereka-mereka yang berminat pada Honda Beat 110.

Demi mengelak dari pelbagai soalan yang lebih kritikal,penulis jelaskan secara terperinci kepada mereka,skuter ini tersedia dengan ECO Mod dan teknoloji suntikan bahan api PGM - F1.

Tangki minyak menawarkan 4 liter dan berat skuter ini adalah 94kg.

Kuasanya adalah 8.7hp pada 6,000rpm.Dengan kuasa sedemikian pengunaan minyak adalah jimat serta yakin untuk tunggangan jauh.Selepas menguji terbukti skuter ini jimat pengunaan bahan bakar.



Skuter Honda Beat 110, bukanlah sebuah skuter yang memberikan tindakan agresif. Seperti penulis katakan skuter ini sifat lemah lembut.

Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan tindakbalas pendikit (Throttle Respon).Penulis dapat rasakan setiap kali pendikit di pulas dapat dirasakan lontaran kuasa enjin tidak berlaku secara drastik. 


Penularan kuasa cukup lembut,namun situasi tersebut hanya diperingkat permulaan. 4 lejang dengan
silinder tunggal 110cc disejukkan melalui udara dan dibantu dengan transmisi automatik V - Belt.

Keselamatan,.Honda Beat 110 dibekalkan dengan Sistem Brek Kombi (CBS).Seperti skuter yang lain, enjin Honda Beat 110 secara automatik akan mati setelah tongkat sisi diturunkan.

Bagi mengekalkan tayar terkunci sepenuh di permukaan curam skuter ini dilengkapi Kunci Pintar (SLS).

Harga Honda Beat 110 ialah RM 5,365 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran).Waranti pula selama 2 tahun atau 20,000km mana yang terdahulu.



Empat warna pilihan di tawarkan iaitu Vivacity Red (merah), Space Magenta Magellanic (merah - ungu),Pearl Nightfall Blue (biru), dan Pearl Magenallic Black (hitam).




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ