Di Hukum Penjara 1,050 Tahun


Lelaki yang dikenakan 1,050 tahun
penjara dan 24 sebatan 

Sudahlah mengganggur,malah sanggup merogol anak tiri sebanyak 105 kali. Bukan setakat itu sahaja lelaki tersebut juga dikenakan 24 sebatan diatas perbuatannya.

Perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Seksyen Klang dengan prosiding memakan masa lebih empat jam ,tertuduh di dakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya berusia 14 tahun.

Perbuatan sumbang mahram itu telah dilakukan sebanyak 105 kali oleh tertuduh di sebuah flat di Sungai Way,Petaling Jaya bermula dari 2018 hingga tahun lalu.

Hakim Datin M.Kunasundary menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 33 tahun selepas mengaku bersalah terhadap 105 tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut hukuman ditetapkan,lelaki tersebut dipenjara 10 tahun dari tarikh ditangkap pada 20 Januari lalu yang berjalan secara berasingan dan membawa penjara keseluruhannya 1,050 tahun.

Tertuduh juga dikenakan dua sebatan bagi 105 pertuduhan dengan jumlah 210 sebatan.Bagaimana pun hanya 24 sebatan sahaja dikenakan merujuk kepada Seksyen 288 (5) Kanun  Acara Jenayah.

Menurut Hakim Datin M.Kunasundray, perbuatan yang dilakukan adalah keji dan amat berat. Dan sekaligus memalapkan hidup seorang kanak-kanak.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ