Kaunter Agensi Kementerian Pengangkutan Beroperasi Mulai Esok





Perkhidmatan kaunter semua agensi di bawah Kementerian Pengangkutan akan mula beroperasi esok selaras dengan pengumuman oleh Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Namun urusan yang dibenarkan hanya melibatkan urus niaga yang tidak dapat di lakukan secara dalam talian dan perlu dilaksanakan secara temu janji.Tetapi Walk - In tdak dibenarkan sama sekali.

Kementerian Pengangkutan juga menetapkan kapasiti petugas di kaunter tidak melebihi 50 peratus.

Namun bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua perkhidmatan kaunter untuk tranksaksi berkait kenderaan komersial dan persendirian akan beroperasi.

Kecuali perkhidmatan yang boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal awam mySIKAP atau rakan strategik JPJ.

Terdapat 38 tranksaksi yang boleh dilakukan dalam talian menerusi portal mySIKAP.

Sementara 11 tranksaksi seperti tempah nombor pendaftaran dan maklumat pemilik memerlukan kaedah pendaftaran melalui pengesahan biometrik (sekali daftar) bagi meneruskan transaksi melalui portal awam mySIKAP.

Orang ramai digalakkan merujuk Facebook rasmi JPJ@ jabatanpengangkutanjalanmalalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut serta senarai cawangan JPJ berdekatan bagi membuat temu janji.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ