Kluster Nombor Ekor Haram Di Kesan


Datuk Masidi Manjun yang juga j
urucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah,berkata penularan kes Covid-19 dari kluster terbabit melibakan komuniti tiga mukim.

Aktiviti penjualan nombor ekor haram mencetuskan satu kluster baharu, Kluster Kuarters Bata Durok di Keningau, Sabah membabitkan mukim Lingkudau, Luagan dan Patikang di daerah terbabit.

"Berdasarkan siasatan awal, aktiviti penjualan nombor ekor haram dipercayai menjadi punca jangkitan merebak kepada ahli keluarga seterusnya komuniti," katanya.

"Siasatan kontak rapat kemudian mendapati 11 lagi kes positif masing-masing dua kes pada 24 Jun dan sembilan kes pada 26 Jun.

"Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau mula rekodkan kluster ini melalui saringan pra-kemasukan wad terhadap kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun dari Taman Keningau Ville di Hospital Keningau pada 23 Jun lalu.

Selain Kluster Kuarters Bata Durok, dua kluster lagi telah dikesan di Sabah iaitu Kluster Linau Kumpang di Kota Belud dan Kluster Tembok Kota Kinabalu.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ